Tuesday, June 23, 2009

1st day Working

Yesterday was my 1st day at work after a long leave, 18 weeks - 9 weeks of medical leave + 9 weeks of maternity leave. Lama giler. Some of my friends harus la jeles kan.. huhuhu. Seawal 6 pg lg sy dah bgn bersiap.. bukan sbb bersemangat nak pergi kerja. Tp sbb byk bende nak kene buat. Pukul 7 sy dah kluar rmh hantar Adam dan Amir ke rmh K.Wati. Alhamdulillah Adam x byk kerenah pg smalam. Perjalanan ke ofis terasa sgt memenatkan..maklumlah dah lama sy x drive long distance. Sampai jer ofis pening gler kepala ni. Mungkin sbb pencahayaan yg terang dan mungkin juga sbb driving lama. Sy sampai ofis awal juga.. kol 8 tepat. Kira awal la tu... sbb sy mmg terkenal dgn dtg lmbt sblum2 ni :)

Di ofis pg2 lg En Faisal dah dtg jumpa sy utk discuss pasal KPI. Patutnya sy yg pegi jumpa dia. ni.. boss lak dtg jumpa sy..huhuhu. Lepas tu dia ajak pegi East Oil Mill utk jumpa 2 trainee student yg baru masuk bwh jagaan kitorang. Aduh.. 1st day dah kene gi mill. Sib baik x lama. Mata sy dah la mengantuk x cukup tido. Kalo sblum ni kalo x cukup tido waktu mlm pun.. siang masih bleh rehat. Tp ni kat ofis.. nak rehat camne pun. Dah la malam sblum tu pun Amir buat perangai susah tido lg. Dr kol 8.30 sy dok mendodoikan dia.. kol 10.30 br dia tido. Tgh mlm lak x lena tido nyer.. asyik gelisah jer. Tu yg sy jd x cukup tido tu.
Balik dr mill sy habiskan masa mengemas tmpt sy yg bersepah. Buku2, document2, mcm2 la atas meja berdebu tak diusik sejak sekian lama. Lama jugak sy mengemas meja, locker , buat filing document, dll. Kira smalam mmg x mula kerja sgt lg lah. Pastu sy chatting dgn kwn lama.. huhuhu.

Kol 5.15 sy kluar dr ofir dan terus amik Adam n Amir di rmh babysitter. Kemudian balik rumah jap amik stroller Amir dan jln kaki bwk diorg ke playground tmn perumahan kami. Saje jer jln kaki.. dpt exercise skit. Balik rmh dah dekat jam 7. Sy melayan anak2 sementara tunggu hubby balik kerja. Adam time2 camni la dia byk kerenah nak itu ini. Jenuh la nak pujuk dia. Skang dia ni kalo nak sesuatu.. time tu gak dia nak. Kdg2 sy jd x bleh nak handle. Mlm lak lepas sy siap2 mandi n solat.. sy tidokan Amir. Spt mlm sblum nyer dia buat perangai susah nak ditidokan lg. Padahal mata dia dah ngantuk.. byk kali menguap. Lena kat riba tp bila letak jer terjaga balik. Last2 dia tido dlm pelukan sy lebih kurang kol 10.30 gak la. Agaknya ni la perangai baru Amir bila masuk 2 bulan.

Kesimpulannya.. I had a very extremely tiring and exhausting day yesterday. Kpl sy pening dr pg sampai la ke mlm. Bdn sakit2 mcm dah lama x exercise. Bdn pun panas mcm demam jer. Mlm lak x cukup tido. Makan mlm x menentu waktu. Masa dgn hubby n Adam jd terhad sbb byk masa dihabiskan utk menidurkan Amir. Melihatkan jadual sy smalam membuatkan sy terfikir lg ttg idea utk berhenti kerja. Sy rasa mcm x mampu nak melalui kehidupan spt smalam. Tgk lah camne.. mungkin hr ni lebih baik dr smalam ..

Monday, June 15, 2009

1st day for Amir Mukhriz

Hari ni hari pertama Amir dihantar ke rumah babysitter bersama abgnya Adam. Dan juga hr pertama sy tidak bersama Amir sejak dia lahir. Sebelum ni hati sy risau sgt mengenangkan mcm mana la nanti Amir duduk rumah org. Ok ker dia.. meragam ker dia.. Amir ni dah la manja n agak kuat menangis berbanding abgnya Adam dulu. Bukan sy tak percaya pd babysitter (Kak Wati) menjaga anak2 sy.. tp hati ibu mana yg tak risau nak meninggalkan anak di tangan org lain. Yer la.. 1st day berpisah (walaupun hanya di waktu siang).

Sy selalu meletakkan dan membayangkan diri sy di tempat Amir. Amir pun mesti terkejut. Why suddenly persekitarannya dan org2 dikelilingnya lain. Sure dia rasa unsecure. Paling sy kesian bila dia nak menyusu n nak tido. Yer la.. bila dok dgn sy Amir menyusu di badan. Nak tido pun nak menyusu badan jugak. Tp bila dok rumah babysitter ni.. minum susu mama dlm botol jer la. Mesti dia marah2 n menangis nanti. Walaupun sebulan sblum sy mula hantar dia ke rumah K.Wati sy dah train Amir minum susu dlm botol, tp sy cuma bagi dia sekali sehari. Tp hr ni Amir kene minum susu dr botol dr pg sampai la ke ptg.

Hari ni Amir duduk rumah 'ibu'nya, K. Wati.. suasana yg tentu asing bg dia. Dikelilingi org2 yg juga asing bg dia. Cuma harapkan ada Abang Adam nya lah. Org kata baby tak tahu ape2 lg. Tp sebenarnya baby mempunyai deria yg sgt peka. Baby bleh tahu jika org lain yg mendukungnya. Masa balik kampung baru2 ni pun.. Amir tak nak dgn org lain. Bila org lain yg dukung dia.. dia menangis. Mengenangkan tu semua.. buat sy rasa susah hati.. rasa nak menangis.. rasa nak pegi amik dia skang jugak. Tp sy kene kuatkan hati. Ni training buat Amir juga sy sendiri. Minggu ni sy masih blum bekerja. Minggu depan sy sudah mula bekerja dan sy perlu memberikan tumpuan pd kerja. Kalo minggu depan baru nak mula hantar Amir ke rmh babysitter.. mesti sy pun tak dpt nak focus pd kerja nanti... dok teringat kat anak. So dgn menghantar Amir seminggu lebih awal juga sebenarnya membantu sy menyediakan emosi sy utk pegi bekerja minggu depan. Harap2 sy berjaya mengharungi hari ni.. esok dan hari2 seterusnya....

Thursday, June 04, 2009

Cabaran yang Mencabar

Hari ni masuk hr ke-4 sy menjaga Adam dan Amir. Sebelum ni hubby hantar Adam ke rumah babysitternya sblum dia pegi keje, kerana sy bimbang tak mampu nak menjaga kedua2nya bersendirian. Lg pun dah upah babysitter kan.. hantar jer la. Tp sejak hr isnin lalu babysitter ade emergency.. kakaknya kene strok.. masuk ICU. So.. 1st time la sy kene jaga dua2 putera bersendirian di rumah. PERKKHHH... SANGAT MENCABAR!!!. Yer la.. si abang walaupun dah besar (x de la besar mana pun) byk la kerenahnya. Nak itu.. nak ini.. Ade time dia baik senang la nak menjaganya. Tp bila time dia moody.. manja n mengada2 mengalahkan si adik. Tu belum masuk bab suka menjawab n sengaja sakitkan hati mama dia ni. Kdg2 sajer jer dia ckp kuat2 time adiknya tgh tido. Kdg2 lompat2 atas katil la. Sengaja nak tarik perhatian la tu. Mujur la dia masih mau mendengar kata. Cuma kene pandai caranya.

Si adik lak walaupun hanya tau minum susu dan tido jer.. demandnya tak kurang tingginya. Tak perlu la nak cerita byk di sini sbb dah byk sy bebelkan psl kepayahan menjaga si adik dlm enrty lepas. So.. just imagine nak jaga baby sorg pun susah.. inikan pulak ditambah dgn si abang. Aduh.. mmg stress sgt kdg2. Smpai nangis2 sy dibuatnya. Kdg2 ade juga marahkan si abang .. tp lepas tu sy kesian lak.. menyesal rasa.. pastu sy yg nangis. Kdg2 bila si adik susah sgt nah ditidurkan pun sy nangis.

Smalam (Rabu) hubby pergi kursus di Bukit Tinggi 3 hr 2 mlm. Esok mlm baru balik. Sy minta tolong abah datang temankan kami 3 beranak di rumah. Lg pun skang ni tgh cuti sekolah. Adik2 sy Nadjmi n Nadjihah bleh la temankan Adam. Adam mmg suka betul kalo tok, uncle n aunty dia tu dtg.. sampai tak nak gi rmh babysitter. Dgn adanya abah n adik2 ringan skit la beban sy. Bleh la nak sembahyg, mandi n makan dgn tenang skit. Tp tu la.. bila diorg ni ade kat rmh.. Adam asyik nak main jer. Main tak ingat dunia punya lah. Lari sana sini.. terjerit2.. gelak2.. kuat lak tu. Maka makin sukar la tugas sy menidurkan Amir. Bertambah payah lg bila Adam nangis bila ada yang tak kene sedang dia bermain dgn uncle n aunty nyer tu. Yer la.. uncle nadjmi n aunty nadjihah dah darjah 4 n darjah 2.. main lak dgn budak umur 2 tahun. Tentu la ada skit perbezaan kehendak.. kefahaman.. dan frequency. Sudahnya Adam jugak yg menangis.

Skang ni dua2 Adam n Amir tgh tidor. Sblum ni tak penah dpt dua2 tido serentak waktu siang. Baru la sy berpeluang surf internet, cek emel dan meluahkan perasaan kejap. tp sekejap jer... sbb sy dah mula dengar si adik merengek2 kegelisahan. Sakit perut agaknya. Sbb td masa sy menyusukan dia.. dengar perut dia bunyi2 angin. Kembung perut skit. Tp selalunya ok lepas dia berjaya kentut or berak. Hopefully....

Thursday, May 28, 2009

Aduh.. sukarnya...


Aarrgghh :( ... Amir is giving me hard time lately. Susah betul nak tidurkan dia, especially waktu mlm. Jenuh dah susukan.. 'burb'kan.. dodoikan.. most of the time amik masa dekat2 sejam gak baru dia lena. Bila diriba/didukung.. senang jer dia terlelap. Tp bila letak jer.. terus terjaga balik. Kalo tak pun.. lena dlm 15min.. pastu terjaga balik. Kadang2 tu nampak sgt dia dah mengantuk benar.. berkali2 menguap.. tp mcm ditahan matanya supaya tak tertido. Yang pelik nya waktu siang tak la sesusah waktu malam bila nak tidorkan dia. Kadang2 waktu siang sengaja sy biarkan dia berjaga lama skit dgn harapan bila malam dia akan lebih mudah tidor. Tp tak jadi jugak..

Kami mmg tak ajar anak2 tido dalam buaian.. takut nanti susah pulak bila nak jalan2. Tp kat rumah babysitter.. Adam dulu mmg ditidorkan dlm buai. Sy tak salahkan babysitter pun.. mungkin jugak susah nak tidorkan dia. Amir ni nanti pun sy tak kisah kalo babysitter nak tidorkan dalam buai. Yer la.. dia pun ade jaga anak org lain. Mesti susah kalo nak concentrate kat Amir sorang jer. Sedangkan sy pun susah nak tidorkan dia. Inikan pulak org lain.

Kadang2 mmg rasa geram n nak marah jer. Yer la.. kita dah penat seharian jaga dia, malam lak dia buat perangai susah nak tido. Nanti tgh2 malam nak bangun menyusukan dia lg. Tp nak marah dan lepaskan geram pd siapa pun. Dah namanya baby.. dia bukan faham. Nak marahkan hubby... tak boleh juga. Dia pun dah penat seharian di tmpt keje. Kdg2 ada juga la dia tolong tidorkan Amir. Tp jarang2 la berjaya melenakan Amir. Sudahnya kat mama ni jugak yang Amir nak. Itu pun sy dah cukup bersyukur hubby blum lg bersungut sbb sy byk habiskan masa utk Amir. Makan mlm pun skang ni ala kadar jer. Makan pun asing2 sbb kalo Amir tak tidor lg.. salah sorang kene temankan dia. Ha.. ni lg satu masalahnya. Si Amir ni asyik nak berdukung n beriba jer. Dia nak sentiasa ada org temankan dia. Dah tu camne nak wat keje?

Aduuhh.. mencabar betul jaga anak sy yg no-2 ni. Seingat sy Adam dulu tak la sesusah ini nak dijaga. Waktu mlm pun dia cuma bangun 2 kali utk menyusu.. pastu sambung tido balik. Tp Amir ni.. kdg2 bila dah menyusu dia bantai berjaga plak 1-2 jam. Mcm mana la sy nak cukup tido. Skang ni sy masih bercuti tak pe la. Waktu siang bila Amir tido.. sy bleh tido skali (walaupun jarang dpt peluang tu). Tp mcm mana bila sy dah mula bekerja semula nanti? Sy risau keadaan ni berlarutan. Kadang2 terfikir nak berhenti kerja saje dan tumpukan pada keluarga. Tp kedudukan kewangan keluarga tak mengizinkan. Nanti mana cukup duit nak bayar rumah.. kereta.. monthly expenses lg. Org kata.. rezeki ada di mana2. Tp ntah la.. sy blum berani nak ambil langkah drastik berhenti keje. Lg pun tak sampai hati nak biarkan hubby tanggung sorg. Tgk org lain bleh jer besarkan anak2 dan keje dalam masa yg sama. Takkan sy tak boleh kan..

Mungkin ni cuma sementara. Harapnya bila Amir dah besar skit dlm 3-4 bulan.. dia lebih mudah dijaga. Waktu tido yg lebih teratur. Itulah harapan sy. Tp yg pasti bila dah besar skit nanti.. lain pula cabarannya nanti. Hmm.. tak baik betul sy ni dok mengeluh ttg kurniaan-Nya. Begitu sukar waktu sy mengandungkan dia.. bila dah lahir patutnya sy lebih bersyukur dan menghargai putera kurniaan-Nya ini. Tp sy mengeluh pulak. Astaghfirullahal'azim.. ini baru sedikit dugaan yg diberiNya. Blum lg dugaan anak sakit.. dan mcm2 lg. Betapa sukarnya membesarkan anak.. mcm2 pengorbanan dilakukan si ibu.. masa, tenaga, perasaan, wang.. etc. Patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sy yakin siapa yg telah menjadi ibu.. pasti lebih faham perasaan ibunya kini.

Hmm.. sy ni mengeluh mcm tak penah ada anak plak. Padahal dulu sy berjaya mengharungi dugaan membesarkan anak sulong, Adam. Tp yer la kan.. cabarannya berbeza. Skang ni bukan stakat nak jaga Amir.. nak melayan kerenah Adam yg dah 2 tahun tu pun satu hal lg. Sungguh mencabar... Apa2 pun.. sy masih bersyukur dgn dikurniakan suami yg memahami.. anak2 yg sihat.. Walau sesusah mana pun menjaga dan membesarkan mereka.. mereka tetap mengembirakan dan menceriakan keluarga kami.





Tuesday, May 19, 2009

Adam Mifzal & Amir Mukhriz

Last week we held a birthday celebration for our first son, Adam Mifzal. His birthday is actually on 11th May, but we held it on Sunday 10th May. It was a last minute plan. Mula2 ingat tak nak celebrate since sy pun masih dlm pantang. Tp hubby kata kesian lak nanti tak de gambar 2nd birthday Adam. So.. last2 buat jugak la a small party for him. Jemput family, his babysitter and jiran2 sebelah rumah. Menu simple jer.. bihun goreng, keropok, nugget, agar2, cake, fruits and air. Tp penat gak la sbb masak sendiri (except for the cake).


(Left: Adam 3 days; Middle: Adam 1 yr; Right: Adam 2 yr)

Macam tak percaya dah 2 tahun anak mama & papa ni. The 1st year rasa lama gak. Tp bila dah masuk setahun rasa cepat jer dia membesar. He learnt a lot of things through observation and he learnt them very fast. Bila dia dah pandai bercakap (still pelat2 and only certain ppl yg paham..hehehe) best sgt. We treat him mcm kwn2 jer. But towards the end of my pregnancy Adam byk kerenah. I guess he knew that he was about to get a brother. Tensen gak melayan kerenah dia. Anyway masa birthday Adam hr tu suka betul dia dapat hadiah.. walaupun tak banyak berbanding masa his 1st birthday. But he loves all his presents, especially the one yg mama & papa beli la. We bought him 2 presents - playhouse (khemah) with balls and a small pool yg bleh isi air or balls. Habis bersepah rumah dgn toys Adam. Dah mcm nursery pun ade gak.

Our second son, Amir Mukhriz was born on 20th April 2009, 3 weeks before Adam turned 2 years old. Dia ni kecik skit berbanding abangnya masa lahir, only 2.8kg. Could be due to pregnancy problem that I had, uri rosak and flow dlm tali pusat tak kuat, causing him not getting enough nutrition from me. Apa2 pun alhamdulillah dia slamat dilahirkan masa minggu ke-39. Hopefully he grows well after this.

(Left: Amir 3 days; Right: Amir 3 weeks)

Amir ni kira ok la.. tak byk kerenah n bukan yg jenis menangis. Jarang dengar dia menangis. Sama mcm Adam dulu. Tp lately ni dia start kembung perut. Dia tak menangis tp dia selalu mengerang2 mcm meneran nak berak n kentut. Tgh tido pun kdg2 dia mengerang. Kesian sgt tgk bila dia mengerang2.. mcm sakit jer. Org kata baby kdg2 meneran nak membesarkan badan.. mcm mengeliat. Tp kdg2 mmg dia meneran nak kentut/berak. Bila dah berjaya kentut/berak baru dia nampak lega. Jenuh dah sapu minyak kat perut n kaki dia, tuam perut dia, but still dia kembung. Adam pun dulu mcm tu jugak. Nothing much that we can do to help him. Just hoping that as he grows this mengerang2 thing will be gone soon.

Wednesday, May 06, 2009

Kembali Menulis

Setelah sekian lama sy menyepi dr memblogging.. hr ni sy kembali menulis. Kalo ikutkan mmg dah lama sy nak menulis. tp keadaan kesihatan tak mengizinkan walaupun sy telah bercuti dan hanya duduk di rumah sejak awal februari. Kesukaran untuk berdiri, berjalan mahupun duduk lebih dr sejam banyak membataskan aktiviti sy. Akhirnya sepanjang 3 bulan ini sy banyak menghabiskan masa berbaring menonton TV saje. Walaupun dalam hati banyak yg ingin sy luahkan dan coretkan dalam blog. Dari sehari ke sehari sy berazam hendak menulis blog.. tp tak mampu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga sy menyambung blog ini.


Kalo ikutkan hati sy nak cerita pengalaman mengandung anak ke-2 saya ni.. sgt berbeza dgn pengalaman mengandung anak pertama dulu. terlalu byk yg nak diceritakan sampai tak tahu di mana nak dimulakan. Pengalaman bersalin juga tak kurang hebatnya. Dan kini setelah 2 minggu lebih sy menjadi ibu kepada 2 anak lelaki.. bermacam2 cerita ingin sy coretkan. Tp tak tahu la samada semua cerita dan pengalaman itu akan dapat saya abadikan dalam blog ni. Insya-Allah...


Tp utk hari ini sy tak bercadang untuk berkongsi cerita2 itu semua. Sbb sy sedang mengikuti drama kegemaran sy yg baru.. Gelora Dihati Sara. Drama ni pernah ditayangkan sebelum ni. Tapi sy tidak mengikutinya kerana waktu tayangannya dulu sama dengan satu lagi drama yg sy ikuti di channel lain. Tp kali ni sy tak lepaskan peluang memandangkan sy pun masih bercuti. Tak sangka drama ni mmg best. Sesuai dengan tajuknya 'Gelora Dihati Sara'.. mmg sy dapat rasakan gelora dan gelodak di hati Sara. Kadang2 geram sgt dgn si Asrul, suami Sara tu.. dan kesian sgt kat Sara. Lagi satu.. soundtrack drama ni dua2 sedap. Nak kene cari mp3 kat internet ni :)

Thursday, January 22, 2009

MS Project 2007 Training dan Cita-citaku

Smalam saya menghadiri internal training on Microsoft Project 2007 for R&D Executives. Instructor training ni cuma R&D exec dr company kitorg yg baru jer attend MS Project Training last month. Honestly sy rasa agak boring jugak la training ni.. walaupun instructor2 nya adalah org2 yg sy kenal. Basically training yg sy pegi smalam cuma untuk ajar user guna software MS Project 2007. Pada sy the software is just a tool that assist us to develop a gantt chart dgn more detail. All this while kitorang buat gantt chart pakai Microsoft Excel jer. Pada pendapat sy apa yg lebih penting ialah how to plan and manage your project. Kalo tak tahu nak plan project, our gantt chart sama jer no mater buat guna Excel of MS Project. Knowledge on project management perlu ada. It will definitely help us to fully utilize the MS Project software. Otherwise byk juga bende yg kita tak tahu /tak faham nape perlu set itu dan ini.

Sy juga agak kecewa dgn training ni. Material x teratur.. notes pun x de.. mcm x properly plan. Instructor pun adakalanya x dpt nak terangkan dgn jelas apa yg ditanya. Tp x de la sy nak salahkan diorg sgt.. sbb diorg pun baru belajar guna software tu. Dan diorg pun bukan cikgu/trainer. Tp sy rasa kalo diorg lebih bersedia.. mungkin penyampaian ilmu tu lebih berkesan.

Hmm.. rasa rindu pulak zaman masa jd tutor dulu. Sy suka mengajar. Sy suka berkongsi ilmu. Sy rasa puas bila dpt ajar org lain bende yg sy faham. Dan sy sanggup belajar bende baru demi nak ajar org lain. Mmg cita2 sy nak jd lecturer.. tp bila mengenangkan nak kena sambung belajar.. rasa cam jauh n lambat jer lg cita2 sy tu nak tercapai. Sy suka buat research.. tp sy x suka buat thesis.. so how?? Camne nak buat Master n PhD kalo camtu? Bila dah berkeluarga ni bertambah2 la cabaran nak sambung belajar. Kalo la determination sy betul2 kuat.. Insya-Allah sy bleh buat. Tp.. kuat ker determination sy ni? :P