Tuesday, June 23, 2009

1st day Working

Yesterday was my 1st day at work after a long leave, 18 weeks - 9 weeks of medical leave + 9 weeks of maternity leave. Lama giler. Some of my friends harus la jeles kan.. huhuhu. Seawal 6 pg lg sy dah bgn bersiap.. bukan sbb bersemangat nak pergi kerja. Tp sbb byk bende nak kene buat. Pukul 7 sy dah kluar rmh hantar Adam dan Amir ke rmh K.Wati. Alhamdulillah Adam x byk kerenah pg smalam. Perjalanan ke ofis terasa sgt memenatkan..maklumlah dah lama sy x drive long distance. Sampai jer ofis pening gler kepala ni. Mungkin sbb pencahayaan yg terang dan mungkin juga sbb driving lama. Sy sampai ofis awal juga.. kol 8 tepat. Kira awal la tu... sbb sy mmg terkenal dgn dtg lmbt sblum2 ni :)

Di ofis pg2 lg En Faisal dah dtg jumpa sy utk discuss pasal KPI. Patutnya sy yg pegi jumpa dia. ni.. boss lak dtg jumpa sy..huhuhu. Lepas tu dia ajak pegi East Oil Mill utk jumpa 2 trainee student yg baru masuk bwh jagaan kitorang. Aduh.. 1st day dah kene gi mill. Sib baik x lama. Mata sy dah la mengantuk x cukup tido. Kalo sblum ni kalo x cukup tido waktu mlm pun.. siang masih bleh rehat. Tp ni kat ofis.. nak rehat camne pun. Dah la malam sblum tu pun Amir buat perangai susah tido lg. Dr kol 8.30 sy dok mendodoikan dia.. kol 10.30 br dia tido. Tgh mlm lak x lena tido nyer.. asyik gelisah jer. Tu yg sy jd x cukup tido tu.
Balik dr mill sy habiskan masa mengemas tmpt sy yg bersepah. Buku2, document2, mcm2 la atas meja berdebu tak diusik sejak sekian lama. Lama jugak sy mengemas meja, locker , buat filing document, dll. Kira smalam mmg x mula kerja sgt lg lah. Pastu sy chatting dgn kwn lama.. huhuhu.

Kol 5.15 sy kluar dr ofir dan terus amik Adam n Amir di rmh babysitter. Kemudian balik rumah jap amik stroller Amir dan jln kaki bwk diorg ke playground tmn perumahan kami. Saje jer jln kaki.. dpt exercise skit. Balik rmh dah dekat jam 7. Sy melayan anak2 sementara tunggu hubby balik kerja. Adam time2 camni la dia byk kerenah nak itu ini. Jenuh la nak pujuk dia. Skang dia ni kalo nak sesuatu.. time tu gak dia nak. Kdg2 sy jd x bleh nak handle. Mlm lak lepas sy siap2 mandi n solat.. sy tidokan Amir. Spt mlm sblum nyer dia buat perangai susah nak ditidokan lg. Padahal mata dia dah ngantuk.. byk kali menguap. Lena kat riba tp bila letak jer terjaga balik. Last2 dia tido dlm pelukan sy lebih kurang kol 10.30 gak la. Agaknya ni la perangai baru Amir bila masuk 2 bulan.

Kesimpulannya.. I had a very extremely tiring and exhausting day yesterday. Kpl sy pening dr pg sampai la ke mlm. Bdn sakit2 mcm dah lama x exercise. Bdn pun panas mcm demam jer. Mlm lak x cukup tido. Makan mlm x menentu waktu. Masa dgn hubby n Adam jd terhad sbb byk masa dihabiskan utk menidurkan Amir. Melihatkan jadual sy smalam membuatkan sy terfikir lg ttg idea utk berhenti kerja. Sy rasa mcm x mampu nak melalui kehidupan spt smalam. Tgk lah camne.. mungkin hr ni lebih baik dr smalam ..

Monday, June 15, 2009

1st day for Amir Mukhriz

Hari ni hari pertama Amir dihantar ke rumah babysitter bersama abgnya Adam. Dan juga hr pertama sy tidak bersama Amir sejak dia lahir. Sebelum ni hati sy risau sgt mengenangkan mcm mana la nanti Amir duduk rumah org. Ok ker dia.. meragam ker dia.. Amir ni dah la manja n agak kuat menangis berbanding abgnya Adam dulu. Bukan sy tak percaya pd babysitter (Kak Wati) menjaga anak2 sy.. tp hati ibu mana yg tak risau nak meninggalkan anak di tangan org lain. Yer la.. 1st day berpisah (walaupun hanya di waktu siang).

Sy selalu meletakkan dan membayangkan diri sy di tempat Amir. Amir pun mesti terkejut. Why suddenly persekitarannya dan org2 dikelilingnya lain. Sure dia rasa unsecure. Paling sy kesian bila dia nak menyusu n nak tido. Yer la.. bila dok dgn sy Amir menyusu di badan. Nak tido pun nak menyusu badan jugak. Tp bila dok rumah babysitter ni.. minum susu mama dlm botol jer la. Mesti dia marah2 n menangis nanti. Walaupun sebulan sblum sy mula hantar dia ke rumah K.Wati sy dah train Amir minum susu dlm botol, tp sy cuma bagi dia sekali sehari. Tp hr ni Amir kene minum susu dr botol dr pg sampai la ke ptg.

Hari ni Amir duduk rumah 'ibu'nya, K. Wati.. suasana yg tentu asing bg dia. Dikelilingi org2 yg juga asing bg dia. Cuma harapkan ada Abang Adam nya lah. Org kata baby tak tahu ape2 lg. Tp sebenarnya baby mempunyai deria yg sgt peka. Baby bleh tahu jika org lain yg mendukungnya. Masa balik kampung baru2 ni pun.. Amir tak nak dgn org lain. Bila org lain yg dukung dia.. dia menangis. Mengenangkan tu semua.. buat sy rasa susah hati.. rasa nak menangis.. rasa nak pegi amik dia skang jugak. Tp sy kene kuatkan hati. Ni training buat Amir juga sy sendiri. Minggu ni sy masih blum bekerja. Minggu depan sy sudah mula bekerja dan sy perlu memberikan tumpuan pd kerja. Kalo minggu depan baru nak mula hantar Amir ke rmh babysitter.. mesti sy pun tak dpt nak focus pd kerja nanti... dok teringat kat anak. So dgn menghantar Amir seminggu lebih awal juga sebenarnya membantu sy menyediakan emosi sy utk pegi bekerja minggu depan. Harap2 sy berjaya mengharungi hari ni.. esok dan hari2 seterusnya....

Thursday, June 04, 2009

Cabaran yang Mencabar

Hari ni masuk hr ke-4 sy menjaga Adam dan Amir. Sebelum ni hubby hantar Adam ke rumah babysitternya sblum dia pegi keje, kerana sy bimbang tak mampu nak menjaga kedua2nya bersendirian. Lg pun dah upah babysitter kan.. hantar jer la. Tp sejak hr isnin lalu babysitter ade emergency.. kakaknya kene strok.. masuk ICU. So.. 1st time la sy kene jaga dua2 putera bersendirian di rumah. PERKKHHH... SANGAT MENCABAR!!!. Yer la.. si abang walaupun dah besar (x de la besar mana pun) byk la kerenahnya. Nak itu.. nak ini.. Ade time dia baik senang la nak menjaganya. Tp bila time dia moody.. manja n mengada2 mengalahkan si adik. Tu belum masuk bab suka menjawab n sengaja sakitkan hati mama dia ni. Kdg2 sajer jer dia ckp kuat2 time adiknya tgh tido. Kdg2 lompat2 atas katil la. Sengaja nak tarik perhatian la tu. Mujur la dia masih mau mendengar kata. Cuma kene pandai caranya.

Si adik lak walaupun hanya tau minum susu dan tido jer.. demandnya tak kurang tingginya. Tak perlu la nak cerita byk di sini sbb dah byk sy bebelkan psl kepayahan menjaga si adik dlm enrty lepas. So.. just imagine nak jaga baby sorg pun susah.. inikan pulak ditambah dgn si abang. Aduh.. mmg stress sgt kdg2. Smpai nangis2 sy dibuatnya. Kdg2 ade juga marahkan si abang .. tp lepas tu sy kesian lak.. menyesal rasa.. pastu sy yg nangis. Kdg2 bila si adik susah sgt nah ditidurkan pun sy nangis.

Smalam (Rabu) hubby pergi kursus di Bukit Tinggi 3 hr 2 mlm. Esok mlm baru balik. Sy minta tolong abah datang temankan kami 3 beranak di rumah. Lg pun skang ni tgh cuti sekolah. Adik2 sy Nadjmi n Nadjihah bleh la temankan Adam. Adam mmg suka betul kalo tok, uncle n aunty dia tu dtg.. sampai tak nak gi rmh babysitter. Dgn adanya abah n adik2 ringan skit la beban sy. Bleh la nak sembahyg, mandi n makan dgn tenang skit. Tp tu la.. bila diorg ni ade kat rmh.. Adam asyik nak main jer. Main tak ingat dunia punya lah. Lari sana sini.. terjerit2.. gelak2.. kuat lak tu. Maka makin sukar la tugas sy menidurkan Amir. Bertambah payah lg bila Adam nangis bila ada yang tak kene sedang dia bermain dgn uncle n aunty nyer tu. Yer la.. uncle nadjmi n aunty nadjihah dah darjah 4 n darjah 2.. main lak dgn budak umur 2 tahun. Tentu la ada skit perbezaan kehendak.. kefahaman.. dan frequency. Sudahnya Adam jugak yg menangis.

Skang ni dua2 Adam n Amir tgh tidor. Sblum ni tak penah dpt dua2 tido serentak waktu siang. Baru la sy berpeluang surf internet, cek emel dan meluahkan perasaan kejap. tp sekejap jer... sbb sy dah mula dengar si adik merengek2 kegelisahan. Sakit perut agaknya. Sbb td masa sy menyusukan dia.. dengar perut dia bunyi2 angin. Kembung perut skit. Tp selalunya ok lepas dia berjaya kentut or berak. Hopefully....