Thursday, May 28, 2009

Aduh.. sukarnya...


Aarrgghh :( ... Amir is giving me hard time lately. Susah betul nak tidurkan dia, especially waktu mlm. Jenuh dah susukan.. 'burb'kan.. dodoikan.. most of the time amik masa dekat2 sejam gak baru dia lena. Bila diriba/didukung.. senang jer dia terlelap. Tp bila letak jer.. terus terjaga balik. Kalo tak pun.. lena dlm 15min.. pastu terjaga balik. Kadang2 tu nampak sgt dia dah mengantuk benar.. berkali2 menguap.. tp mcm ditahan matanya supaya tak tertido. Yang pelik nya waktu siang tak la sesusah waktu malam bila nak tidorkan dia. Kadang2 waktu siang sengaja sy biarkan dia berjaga lama skit dgn harapan bila malam dia akan lebih mudah tidor. Tp tak jadi jugak..

Kami mmg tak ajar anak2 tido dalam buaian.. takut nanti susah pulak bila nak jalan2. Tp kat rumah babysitter.. Adam dulu mmg ditidorkan dlm buai. Sy tak salahkan babysitter pun.. mungkin jugak susah nak tidorkan dia. Amir ni nanti pun sy tak kisah kalo babysitter nak tidorkan dalam buai. Yer la.. dia pun ade jaga anak org lain. Mesti susah kalo nak concentrate kat Amir sorang jer. Sedangkan sy pun susah nak tidorkan dia. Inikan pulak org lain.

Kadang2 mmg rasa geram n nak marah jer. Yer la.. kita dah penat seharian jaga dia, malam lak dia buat perangai susah nak tido. Nanti tgh2 malam nak bangun menyusukan dia lg. Tp nak marah dan lepaskan geram pd siapa pun. Dah namanya baby.. dia bukan faham. Nak marahkan hubby... tak boleh juga. Dia pun dah penat seharian di tmpt keje. Kdg2 ada juga la dia tolong tidorkan Amir. Tp jarang2 la berjaya melenakan Amir. Sudahnya kat mama ni jugak yang Amir nak. Itu pun sy dah cukup bersyukur hubby blum lg bersungut sbb sy byk habiskan masa utk Amir. Makan mlm pun skang ni ala kadar jer. Makan pun asing2 sbb kalo Amir tak tidor lg.. salah sorang kene temankan dia. Ha.. ni lg satu masalahnya. Si Amir ni asyik nak berdukung n beriba jer. Dia nak sentiasa ada org temankan dia. Dah tu camne nak wat keje?

Aduuhh.. mencabar betul jaga anak sy yg no-2 ni. Seingat sy Adam dulu tak la sesusah ini nak dijaga. Waktu mlm pun dia cuma bangun 2 kali utk menyusu.. pastu sambung tido balik. Tp Amir ni.. kdg2 bila dah menyusu dia bantai berjaga plak 1-2 jam. Mcm mana la sy nak cukup tido. Skang ni sy masih bercuti tak pe la. Waktu siang bila Amir tido.. sy bleh tido skali (walaupun jarang dpt peluang tu). Tp mcm mana bila sy dah mula bekerja semula nanti? Sy risau keadaan ni berlarutan. Kadang2 terfikir nak berhenti kerja saje dan tumpukan pada keluarga. Tp kedudukan kewangan keluarga tak mengizinkan. Nanti mana cukup duit nak bayar rumah.. kereta.. monthly expenses lg. Org kata.. rezeki ada di mana2. Tp ntah la.. sy blum berani nak ambil langkah drastik berhenti keje. Lg pun tak sampai hati nak biarkan hubby tanggung sorg. Tgk org lain bleh jer besarkan anak2 dan keje dalam masa yg sama. Takkan sy tak boleh kan..

Mungkin ni cuma sementara. Harapnya bila Amir dah besar skit dlm 3-4 bulan.. dia lebih mudah dijaga. Waktu tido yg lebih teratur. Itulah harapan sy. Tp yg pasti bila dah besar skit nanti.. lain pula cabarannya nanti. Hmm.. tak baik betul sy ni dok mengeluh ttg kurniaan-Nya. Begitu sukar waktu sy mengandungkan dia.. bila dah lahir patutnya sy lebih bersyukur dan menghargai putera kurniaan-Nya ini. Tp sy mengeluh pulak. Astaghfirullahal'azim.. ini baru sedikit dugaan yg diberiNya. Blum lg dugaan anak sakit.. dan mcm2 lg. Betapa sukarnya membesarkan anak.. mcm2 pengorbanan dilakukan si ibu.. masa, tenaga, perasaan, wang.. etc. Patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sy yakin siapa yg telah menjadi ibu.. pasti lebih faham perasaan ibunya kini.

Hmm.. sy ni mengeluh mcm tak penah ada anak plak. Padahal dulu sy berjaya mengharungi dugaan membesarkan anak sulong, Adam. Tp yer la kan.. cabarannya berbeza. Skang ni bukan stakat nak jaga Amir.. nak melayan kerenah Adam yg dah 2 tahun tu pun satu hal lg. Sungguh mencabar... Apa2 pun.. sy masih bersyukur dgn dikurniakan suami yg memahami.. anak2 yg sihat.. Walau sesusah mana pun menjaga dan membesarkan mereka.. mereka tetap mengembirakan dan menceriakan keluarga kami.





Tuesday, May 19, 2009

Adam Mifzal & Amir Mukhriz

Last week we held a birthday celebration for our first son, Adam Mifzal. His birthday is actually on 11th May, but we held it on Sunday 10th May. It was a last minute plan. Mula2 ingat tak nak celebrate since sy pun masih dlm pantang. Tp hubby kata kesian lak nanti tak de gambar 2nd birthday Adam. So.. last2 buat jugak la a small party for him. Jemput family, his babysitter and jiran2 sebelah rumah. Menu simple jer.. bihun goreng, keropok, nugget, agar2, cake, fruits and air. Tp penat gak la sbb masak sendiri (except for the cake).


(Left: Adam 3 days; Middle: Adam 1 yr; Right: Adam 2 yr)

Macam tak percaya dah 2 tahun anak mama & papa ni. The 1st year rasa lama gak. Tp bila dah masuk setahun rasa cepat jer dia membesar. He learnt a lot of things through observation and he learnt them very fast. Bila dia dah pandai bercakap (still pelat2 and only certain ppl yg paham..hehehe) best sgt. We treat him mcm kwn2 jer. But towards the end of my pregnancy Adam byk kerenah. I guess he knew that he was about to get a brother. Tensen gak melayan kerenah dia. Anyway masa birthday Adam hr tu suka betul dia dapat hadiah.. walaupun tak banyak berbanding masa his 1st birthday. But he loves all his presents, especially the one yg mama & papa beli la. We bought him 2 presents - playhouse (khemah) with balls and a small pool yg bleh isi air or balls. Habis bersepah rumah dgn toys Adam. Dah mcm nursery pun ade gak.

Our second son, Amir Mukhriz was born on 20th April 2009, 3 weeks before Adam turned 2 years old. Dia ni kecik skit berbanding abangnya masa lahir, only 2.8kg. Could be due to pregnancy problem that I had, uri rosak and flow dlm tali pusat tak kuat, causing him not getting enough nutrition from me. Apa2 pun alhamdulillah dia slamat dilahirkan masa minggu ke-39. Hopefully he grows well after this.

(Left: Amir 3 days; Right: Amir 3 weeks)

Amir ni kira ok la.. tak byk kerenah n bukan yg jenis menangis. Jarang dengar dia menangis. Sama mcm Adam dulu. Tp lately ni dia start kembung perut. Dia tak menangis tp dia selalu mengerang2 mcm meneran nak berak n kentut. Tgh tido pun kdg2 dia mengerang. Kesian sgt tgk bila dia mengerang2.. mcm sakit jer. Org kata baby kdg2 meneran nak membesarkan badan.. mcm mengeliat. Tp kdg2 mmg dia meneran nak kentut/berak. Bila dah berjaya kentut/berak baru dia nampak lega. Jenuh dah sapu minyak kat perut n kaki dia, tuam perut dia, but still dia kembung. Adam pun dulu mcm tu jugak. Nothing much that we can do to help him. Just hoping that as he grows this mengerang2 thing will be gone soon.

Wednesday, May 06, 2009

Kembali Menulis

Setelah sekian lama sy menyepi dr memblogging.. hr ni sy kembali menulis. Kalo ikutkan mmg dah lama sy nak menulis. tp keadaan kesihatan tak mengizinkan walaupun sy telah bercuti dan hanya duduk di rumah sejak awal februari. Kesukaran untuk berdiri, berjalan mahupun duduk lebih dr sejam banyak membataskan aktiviti sy. Akhirnya sepanjang 3 bulan ini sy banyak menghabiskan masa berbaring menonton TV saje. Walaupun dalam hati banyak yg ingin sy luahkan dan coretkan dalam blog. Dari sehari ke sehari sy berazam hendak menulis blog.. tp tak mampu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga sy menyambung blog ini.


Kalo ikutkan hati sy nak cerita pengalaman mengandung anak ke-2 saya ni.. sgt berbeza dgn pengalaman mengandung anak pertama dulu. terlalu byk yg nak diceritakan sampai tak tahu di mana nak dimulakan. Pengalaman bersalin juga tak kurang hebatnya. Dan kini setelah 2 minggu lebih sy menjadi ibu kepada 2 anak lelaki.. bermacam2 cerita ingin sy coretkan. Tp tak tahu la samada semua cerita dan pengalaman itu akan dapat saya abadikan dalam blog ni. Insya-Allah...


Tp utk hari ini sy tak bercadang untuk berkongsi cerita2 itu semua. Sbb sy sedang mengikuti drama kegemaran sy yg baru.. Gelora Dihati Sara. Drama ni pernah ditayangkan sebelum ni. Tapi sy tidak mengikutinya kerana waktu tayangannya dulu sama dengan satu lagi drama yg sy ikuti di channel lain. Tp kali ni sy tak lepaskan peluang memandangkan sy pun masih bercuti. Tak sangka drama ni mmg best. Sesuai dengan tajuknya 'Gelora Dihati Sara'.. mmg sy dapat rasakan gelora dan gelodak di hati Sara. Kadang2 geram sgt dgn si Asrul, suami Sara tu.. dan kesian sgt kat Sara. Lagi satu.. soundtrack drama ni dua2 sedap. Nak kene cari mp3 kat internet ni :)