Friday, November 16, 2007

Plan ke German

Hari ni pagi2 lg dah rasa sedih.. sampai jer kat ofis En Faisal bgtau yg plan training 4 bulan di German on balik. Ingatkan ED postpone plan tu sbb merger. tup tap tup tap.. dia on balik plan tu. risau nyer kalo kene pegi sana 4 bulan. camne dgn Adam nanti? dah la adam skang ni manja sgt.. dah mcm katak pisang nak melekat jer. dah la dia kecik lg.. baru 6 bulan.. x putus susu pn lg. kalo kene gi German camne dia nanti? mlm2 kalo dia terjaga mesti nangis2. dah la dgn papa dia pun dia x nak. camne ni???

nak tolak rugi.. n for sure dpt bad reputation n impression pd ED. nak pulak pas merger ni senang2 jer SD nak buang org. kalo tolak lg la senang alasan diorg x nak renew contract. tp kalo terima.. camne adam? just cant imagine my life without him. nak tinggalkan semalam pn dah susah hati. inikan kene tinggal 4 bulan. camne kalo balik2 nanti dia x ingat mama dia ni? 4 bulan bukan sekejap.

kalo pegi attachment 2-3 tahun ok la.. bleh bawak family. tp kalo 4 bulan ni.. bukan dpt permit kerja pun. camne nak bawak family? kalo nak bawa adam pn mesti nak kene bawak sorg lg utk jaga adam time keje. sape yg nak dibawak? aduh.. sakitnya kepala pikir mende ni.. sesak nyer dada.. takut nyer kalo ED panggil utk bgtau pasal ni. harap2 en faisal la kene pegi. dia laki.. senang. x yah nak pikir psl anak tinggal kat sape. sah2 wife dia jaga. tp pompuan bukan senang2 bleh tinggal anak

aduh.. sakit nyer .. rasa nak balik skang ni gak.. nak main2 dgn adam. already missing him.



Monday, November 12, 2007

Ujian dtg melanda

Hari ni rasa x bersemangat sgt. Fikiran bercelaru. Sejak sampai ofis.. x buat keje langsung. bila teringat jer.. mesti menangis. mudah betul air mata ni gugur. just cant help it. Stress sbb abah asyik sms and call. I guess he must be feeling guilty after what he discussed yesterday. Yes.. I was really shocked with the news. Although I've thought about it before, but I never expected that it will come at this moment. But cant blame abah for that. it is his right to ask for that kenari. and his intention was to give to iylia. bukan nak bg kat sape pun. tpi kami pulak yg problem x de kereta.

dr smalam lg air mata ni senang sgt mengalir. teringat kata2 abg. mmg dia penah marah sblum ni. tp smalam dia betul2 marah dan yg amat menyedihkan dia marah pd abah sebenarnya. I was and I am caught in the middle. Hate this feeling. Dulu selalu tersepit antara abah and mama. x sangka plak skang ni tersepit antara abah and husband. though diorg ckp.. not to make me choose.. but still i feel caught in the middle.

ya allah.. dah lama allah x uji aku dgn ujian begini. tu la.. masa happy x ingat pada Nya. skang ni baru diuji sedikit dah menangis beriya2. mcm mana nanti kalo diuji yg lebih berat. ape2 pun syukur ade Adam. budak kecik x tau ape.. dia still ketawa dan menangis spt biasa. alhamdulillah.. tu lah penguat semangat.. penceria hari2.

rasa nak balik rumah.. tenangkan fikiran. tp abg ade kat rumah. dia mc.. mesti sbb dia pun x de mood nak keje. bukan x nak berdepan dgn dia. tp yg sebenarnya x nak berbincang soal tu lg. tak reti nak ckp ape.. mmg dah camni perangai.. nak wat camne. lebih suka berdiam diri. tp stay kat ofis pun.. bukan buat kerja.. asyik teringat psl tu jer... abih2 lawat fotopages org.

camne nak ckp dgn abg? camne nak ckp dgn abah.. sungguh aku x punya kekuatan utk berbicara. diam mungkin yg terbaik buat masa ini. tp bukan selamanya.

Friday, November 02, 2007

Lepas Geram Polis

On d way pegi ofis td... dgr radio era.. slalunya kalo hr jumaat ada 'lepas geram di era'.. ingat nak call nak lepas geram.. tp hr ni diorg x bukak plak topik pg era sbb DJ2 era (AC & Kiran) geram bila slot teka-teki.. soalan yg diorg kasi dijawab dgn mudah oleh pendengar.. huhuhu... so sbb nak balas dendam segmen teka teki tu telah dipanjangkn mnggantikan slot topik pagi era..

tp ni bukan nak citer pasal radio era.. ni nak citer pasal geram yg x dpt dilepaskan kat radio era.. bukan geram kat radio era.. tp geram kat polis (PDRM)... masuk hr ni dah 2 hari dah diorg buat roadblock kat sg manggis.. yg menjadi kegeramannya ialah diorg buat roadblock tu dekat dgn traffic light... x sampai 20m dr traffic light.. dah la jem jd nyer.. dah la buat time peak hour.. time org nak pegi keje... n time org balik keje... dah 2 hari sampai ofis lewat.. sumer sbb polis nyer roadblock tu la...

sy x paham tul ape motif polis buat roadblock tu.. tgk diorg cuma letak papan 'berhenti pemeriksaan polis'.. pastu polis2 tu dok bersidai kat tepi jln sambil borak2... cuma ade 1-2 polis jer yg jaga kat tgh jln tu sambil tgh lambai2 suh jalan.. jd ape kejadahnya dia buat roadblock camtu? ptg smalam masa lalu tmpt yg sama masa balik dr keje.. nampak la ade 1-2 motosikal kene tahan... kalo stakat nak tahan motosikal.. perlu ker buat roadblock yg terlalu dekat dgn taffic light.. waktu peak hour?

eeeii.. geram tul... kalo ade polis yg baca blog ni.. tolong lah beri penjelasan..

Tuesday, October 30, 2007

Sejak sekian lama..

Ya Allah... dah lama tul tak menulis di blog ni. Tu la dia.. hangat2 tahi ayam jer... bukan ape.. cuti raya.. balik dr raya mmg byk cerita.. tp x de masa pulak nak mengarang.. lg pun tau.. bukan ade peminat nak baca blog ni pun... huhuhuhu...

Wednesday, October 10, 2007

Photography and Interesting Blogs, Websites n Fotopages

Minat sy terhadap bidang photography bermula sejak setahun lebih yg lepas. Tp ketika itu sy tak punya kamera. Tak lama kemudian sy membeli sebuah kamera Canon Powershot A300. Murah jer. 4 Megapixel. Boleh la.. utk beginner spt sy yg baru berjinak2 dlm photography. Kemudian sy bukak account Fotopages. Masa tu baru kahwin dan blum ada anak. Jadi 'anak' sy yg satu lagi Miko lah yg selalu jd model sy. Tp sejak ade Adam Mifzal, dia la yg selalu jd model.

Sy selalu melawat fotopages org utk melihat dan belajar. Antara fotopages yg sy suka lawati ialah Ouled Kenitra, Korok, Saiful Nang dan mcm2 lagi. Sy menanam cita2 utk membeli camera baru yg lebih canggih, DSLR instead of point and shoot camera. Chewah.. dah pandai skit dah :) Tapi sy x tau nak beli camera ape. Minggu lepas sy telah menemui beberapa website, blog dan fotopages yg menarik berkaitan fotography. Salah satunya Fotopages Malaysia. Byk yg saya belajar dr forum. Ramai yg membantu. Sy juga tlh melawat blog Dr Faisal Photography yg mengandungi byk tunjuk ajar utk beginner spt sy. Terima kasih pd Dr Faisal yg sudi mengunjung balas blog sy :)

Antara yg sy tlh sy pelajari ialah Aperture, Depth of Field, Shutterspeed dan ISO. Tapi sayang sy x dpt praktikkannya kerana camera sy dr jenis point n shoot. Setting2 tu telah disediakan dan pengguna x boleh nak adjust. Walaubagaimanapun camera yg sedia ada tu mmg sesuai utk org spt sy yg tiada pengetahuan ttg photography. Kalau ade camera hebat tp x tau setting pun x guna, nanti gambar tetap x cantik. Mungkin buat masa ini sy perlu belajar ttg angle mengambil gambar dan me'capture' gambar yg mengandungi maksud.. yg x melibatkan kebolehan camera. Boleh ke camtu? Dlm pd masa yg sama sy sedang mengumpul duit utk beli camera DSLR. Semoga cita2 sy akan segera tercapai :)

Adam Mifzal sakit lagi

Pulang dr kampung hubby di Kelantan 2 minggu lepas, Adam dan sy telah demam + selsema + batuk. Mungkin disebabkn keletihan travel. Alhamdulillah Adam sembuh dlm masa 2-3 hari. Sy pula masih selsema + batuk hingga hr ini. 3 hari lepas Adam demam + batuk + selsema semula. Tapi kali ni benar2 teruk sakitnya. Suhu bdn dia mencapai 104F atau 40degC. Batuknya berkahak, nafasnya berbunyi. Kami segera bawa Adam ke hospital kerana klinik yg biasa kami pergi tutup pd siang hr (hr Ahad). Doktor kata tonsil Adam bengkak n merah kene infection. Wallahu'alam bagaimana Adam bleh kene. Kesian Adam.. dia menangis setiap kali batuk. Dpt sy bayangkn betapa peritnya tekak dia. Sedangkn kalo sy yg kene pn dah gelisah. Inikn pula baby 5 bulan. Kerana high fever, doktor tpaksa masuk ubat melalui dubur utk segera menurunkn suhu badan.

Sepanjang Adam demam panas, air mata sy begitu mudah berguguran. Tak sanggup sy melihat anak sy terseksa begitu. Terasa berat ujian yg Allah berikan kali ini. Begitulah besarnya kuasa Yg Maha Esa. Bila2 masa saje Dia boleh mengurniakan nikmat kesihatan dan menariknya semula sekelip mata. KepadaNya sy bermohon agar Adam segera sembuh. Alhamdulillah demam Adam surut dlm masa sehari. Tapi selsema dan batuknya masih berterusan hgga hr ni.

Pengajaran yg sy dpt, lain kali jgn bawa baby berjalan jauh. perjalanan yg jauh memenatkn baby. Juga jgn bawa dia ditempat yg terlalu ramai org spt shopping complex. Antibody baby blum betul2 kuat dan mudah terkena jangkitan. Kesilapan kami ialah bawa Adam shopping di KL semasa dia baru saja sembuh. Natijahnya dia sakit semula. Nampak gayanya raya kali ni mungkin kami tak pulang ke kampung.

Tuesday, October 09, 2007

Ceramah Keselamatan oleh OCPD Hulu Langat

Hari tu bukak blog sebenarnya nak cerita bende lain, tp cerita bende lain pulak. Sebenarnya nak cerita kisah Ceramah Keselamatan (CK) yg diadakan pd hr Khamis lepas. CK bertemakan 'Rakan Kop' ni bersempena Kempen Keselamatan yg bermula sejak 6 Sept hingga 8 Dec di GHRSB. Beberapa siri ceramah telah diadakan dan CK merupakan salah satu drpdnya. Committe telah menjemput OCPD Hulu Langat utk memberikn ceramah. Tp agak mengecewakn kerana beberapa perkara, terutamanya sikap OCPD yg dijemput.


1. OCPD tu tiba lewat 1/2jam. Setibanya dia di sini, dia marah2 pula pegawai yg menyambutnya. Katanya peta tak jelas. Padahal itu la peta yg kami berikn pd para pelawat yg nak dtg ke Golden Hope Carey Island.

2. Ingatkn dah marah2 kat pegawai tu, abis citer. Rupanya tidak. Mula jer ceramah dia dok membebel2 lg pasal ketidakpuasan hatinya. Katanya dia tidak dimaklumkan ttg siapa yg hadir, topik apa, infomasi yg diterima tak cukup dan mcm2 lg lah. Dah la tu gayanya marah2 jer. Dah la tak berterima kasih sbb kami jemput, tp marah2 pulak.

3. Katanya dia sepatutnya ade meeting tp dtg juga kerana dia ingat yg hadir manager2 estet dan high level exec. Tp rupanya pekerja bawahan saje. Ade ke patut dia ckp, kalo dia tahu dia suh jer koperal dia dtg bg ceramah. Begitu rendah pandangan dia terhadap kami. Sungguh pun dia busy n telah mengorbankn masanya utk dtg, tp pd sy tak perlu la nak heboh2 begitu skali, as if kami ni menyusahkan dia. Kalau dah susah nk dtg, hantar jer la org lain. tak perlu la nak komplen2 masa ceramah tu. betul tak?


4. Kerana dia tidak dimaklumkan ttg topik yg perlu diceritakn (menurut OCPD tu - which I doubt) akhirnya sesi ceramah jadi sesi soal jawab. Hadirin tanya, dia jwb. Soalan pertama drpd Mr Jaya, salah seorang Research Controller yg paling senior kat sini. Mr Jaya tanya "kenapa kadar jenayah di negara kita semakin meningkat?". Nak tau apa OCPD tu jawab? Dia marah balik Mr Jaya. Di kata "Siapa ckp? Mana awak dpt maklumat ni? Awk bercakap berdasar ape?" bertubi2 dia tembak Mr Jaya balik. Mr Jaya bg la pendapat dia n beberapa contoh kes (spt kes Nurin). Lepas tu OCPD tu ckp "Org2 mcm ni la yg menulis blog menghentam govt, yg tulis negative je. yg menulis x berdasarkn fakta. bla..bla"... Ade ke patut dia ckp camtu depan public masa tgh ceramah? Mr Jaya diam jer. OCPD beriya2 mendefend kata kadar jenayah di M'sia tak meningkat sebaliknya menurun. Dia bgtau ade officer yg bertggjwb buat kajian ttg kadar jenayah ni.

Well.. to me Mr Jaya cuma bertanya berdasarkan padangan dia sbg org awam. Kita sbg org awam mana la keep rekod pasal kadar jenayah ni. Tp lately ni bila byk dgr kes jenayah kat berita, tentulah kita mendapat tanggapan bahawa kadar jenayah sudah meningkat. 20 tahun dulu nak dgr kes bunuh di berita tv.. punya lah susah. tp sekarang hampir hari2 ade. Apa yg mengecewakan ialah cara OCPD tu handle the question. Dia suh org tanya, tp lepas tu dia tembak balik org yg bertanya. Ade ker patut?? So not professional.


5. Another thing yg sy notice, OCPD ni tak sensitif. Yg hadir ceramah tu bukan org melayu jer. Ada Cina n India juga. Tapi dia bagi contoh2 yg melibatkan perkauman dan boleh mengecilkan hati sesetengah org. Isu politik pn ade masuk skali. Well.. to me SO NOT PROFESSIONAL. Semasa ceramah berlangsung sy dan kawan2 dok mengumpat pasal sikap OCPD ni. bukan saya sorg yg beranggapan negatif, kawan2 sy juga sama. OCPD ni begitu angkuh, sombong dan yg sewaktu dgn nya. At least that the impression I got during his visit to or place.

Bila menulis cerita ni, teringat sy pd Patrick Teoh yg pernah menulis blog ttg pengalamannya membuat aduan di balai polis. So frustrating. Anyhow, I believe there are good cops out there, who potrait good image. Okaylah.. cukup kisah Ceramah Keselamatan dan OCPD Hulu Langat. Ape2 pun sy yakin setiap yg hadir ceramah itu belajar sesuatu dr aktiviti tersebut. Lepas ni saya akan ceritakn kisah Adam Mifzal sakit lagi , dan penemuan beberapa blog yg menarik.

Thursday, October 04, 2007

Pulang mengejut

Hari Sabtu lepas mek di Kelantan telefon memberitahu ayah sakit kuat. Saya tidak la terkejut sgt kerana mmg sudah maklum akan keadaan ayah yg tak berapa sihat 2-3 bulan ni. Tapi suami saya begitu risau mendengar berita dr mek. Katanya mek takkan telefon kalau ayah biasa2 aje. Dalam masa 2-3 minit selepas mek telefon, Kak Ros pula telefon hp suami mengajak balik sekali ke kampung. Dia minta suami saya drive kerana Abg Hashim sakit lutut dan tak boleh memandu jauh. Pada mulanya saya tak mau balik mengenangkan perjalanan yg jauh. Tapi bila mengenangkan ape pulak kata mereka nanti, saya dan Adam balik skali.


Tengahari tu, dlm jam 12 Kak Ros sampai. Mujur cuma 3 org anaknya ikut, Atiq, Amid, Alif. Itupun berhimpit juga dalam Naza Citra tu. Mulanya risau juga kalau2 Adam merengek dalam kereta. Dah la perjalanan jauh, naik pula dgn org2 yg dia tak pernah jumpa. Tapi Alhamdulillah Adam ok. Malahan dia suka sebab ade abg2 yg mengagahnya. Dia cuma tidur 2 kali sepanjang perjalanan 8 jam tu. Suami saya memandu laju sungguh, 100-120 km/j. Kami di belakang kdg2 mcm naik roller coaster. Terbayang la camne nanti bila kami balik beraya dgn Kenari ku itu. Sepanjang prjalanan kepala sy sakit yg amat sgt. Tak pasti pula kenapa, tp saya suspect low blood preasure sbb minggu lepas sy terpaksa MC kerana low bp.

Tiba di kampung hampir jam 8. Keadaan ayah stabil. Adam pula happy jer, tak menangis langsung walaupun dikelilingi org2 yg tak pernak dia jumpa. Malam itu saya dan Adam tidur awal kerana kepenatan. Kami di kampung selama 3 hari 2 mlm saje. Hari Isnin kami bertolak balik.

Perjalanan jauh dalam masa 3 hari amat memenatkan. Adam dan saya demam dibuatnya. Kesian Adam. Ini kali pertama dia demam sejak lahir. Terus nampak susut mukanya. Kalau setakat demam ok lagi. Ini ditambahkan pula dgn selsema dan batuk. Mujur suami tak kena. Saya dapat MC sehari. Semalam balik cepat sbb x larat sgt. Perjalanan ini membuatkan saya berfikir, macammana lah agaknya nanti bila kami balik beraya nanti. Apa2 pun saya bersyukur kerana kami selamat pergi san selamat kembali. Sempat berjumpa ayah, kalau apa2 jadi selepas ini tak la terkilan sgt. Ayah pun ok, walaupun tak la sihat mana.

Nampaknya hujung minggu ni terpaksa la kami ke KL. Persiapan raya satu pun blum buat. Cadangnya nak shopping baju raya hari Sabtu hr tu. Tapi emergency kene balik kampung pulak. So, hujung minggu ni kene juga shopping. Nanti tak beraya pulak kami sekeluarga.

Tuesday, September 25, 2007

Apa yg dipelajari dlm seminggu ini

Dalam tak sedar hari ni dah masuk hari ke-13 berpuasa. Kejap betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi tulis blog pasal hari pertama berpuasa. Dah seminggu tak bukak blog pun. Nak kata byk keje, mmg pun. tp x buat2 juga. ape nak jd ni irma..

Apa yg saya belajar dalam masa seminggu ni? Byk juga... Pada awalnya sy nak tulis blog setiap kali sy belajar sesuatu. tp lepas tu x tertulis plak sbb byk sgt.

18/9/2007 - Presentation by Miksen Engineering Co. Ltd
Ade sorg scientist dr China dtg buat presentation mengenai Heat Pipe. Heat pipe ni adalah satu teknologi yg mana boleh meng'transfer' heat walau pd suhu yg rendah kerana heat pipe ini sgt efficient. It can conduct heat at a speed of 100m/s. Antara kelebihan lain ialah heat loss from 1 point to another sgt minimum kerana ke'efficient'an heat pipe ini. Apabila di install dia boiler exhaust (utk recover heat dr flue gas), dust tidak akan terbentuk pd heat tube. oleh sbb itu less maintenance n better heat transer. kalo normal boiler tube pasti akan ade dust melekat yg mereducekan heat transfer. ke'efficient'an heat pipe ini membolehkan ia digunakan di ice making factory untuk cooling purpose. yg menariknya kerana terlalu efficient, heat diremove tanpa perlu mggunakan pump. rupa heat pipe ni biasa jer. hollow pipe biasa jer. tp menurut scientist ni, ade ingredient secret yg diletak dlm metal tu. meaning.. dinding heat pipe ni bukan la solid. scientist ni juga buat demo. mmg menarik lah

20/9/2007 - Discussion on Bioethanol and CDM project
Sy telah berkesempatan menyertai discussion dgn Idemitsu dan Sumitomo utk projek Bioethanol dan CDM. Dr Hiyamuta nak study on polysacharide (betul ker eja ni) yg terkandung dlm oil plam trunk (OPT) dan cellulose dlm empty fruit bunch (EFB). OPT dan EFB nak digunakan utk buat bioethanol through fermentation. So dia juga require some palm oil mill effluent (POME) untuk screen microbes yg boleh convert EFB dgn OPT kpd bioethanol. Selain dr tu dia juga nak buat bioethanol from glycerine. So dia perlu sample biodiesel effluent utk screen microbes yg bleh hidup dlm waste water yg mengandungi glycerine. Menarik kan ? :)

21/9/2007 - Pilot plant trial RBDPS to ME
Sedikit kekeliruan berkenaan quality RBDPS telah berlaku. walaubagaimanapun kekeliruan itu berjaya diatasi. setelah postponed beberapa kali pilot trial ni, akhirnya buat juga. itu pun setelah bermacam2 masalah yg terpaksa ditempuhi, moisture methanol tinggi lah, karl fischer rosak lah, stearin offset lah, dan yg terakhir skali.. terpaksa menunggu tanker dr jomalina sampai. ape la payah sgt.. pilot plant trial bermula pukul 3 ptg - pump stearin from tanker to reactor. kol 4 baru start 1st stage reaction. x larat la nak menunggu sampai ke mlm. x tunggu pun sampai 1st reaction abis. nanti jer la update dgn faizal, engineer yg run pilot plant trial tu.

ni la serba sedikit yg saya belajar. ni x masuk yg unofficial nyer. uuuiihhh.. byk lah. lain kali jer la sambung

Tuesday, September 18, 2007

Sedangkan lidah lagi tergigit

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Mmg benar kata org tua. Ada org kata perselisihan antara suami isteri, malah antara sesiapa pun, ade bagusnya. Salah satunya kita akan lebih memahami org itu, lantas akan lebih berhati2 pada masa depan, dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan. Tapi kalau selalu sgt perselisihan bagus ke? Bagaimana pula kalau perselisihan dalam diam? Selalunya lelaki ni malas nak cakap, tak seperti perempuan yg lebih byk meluahkan perasaan dgn kata2 (membebel). Jadi mcm mana perempuan nak tahu seseorang lelaki tu suka atau tak suka tentang sesuatu perkara.. atau ketidakpuasan hati si lelaki? ini la yg dikatakan perselisihan dalam diam.

Untuk seseorang betul2 mngenali seseorang memerlukan masa. bukan mudah memahami ape yg si lelaki/ suami suka dan tidak suka. sama juga dgn perempuan / isteri. ape makna bila dia diam. ape makna bila dia kata sepatah. apa makna bila dia sekadar senyum. adakalanya diam kerana tidak mahu mengguris perasaan. adakala diam tindakan yg lebih baik utk tidak memanjangkan cerita. adakala diam kerana terlalu marah. tapi bagaimana nak mengetahui yg mana satu maksud diamnya? atau senyumnya?

Jadi,siapa yg sebenarnya lebih complicated? laki atau wanita? pada saya ini bukanlah soal laki atau wanita. sudah semestinya Allah jadikan laki dan wanita itu berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain. perselisihan bukan saja berlaku antara suami-isteri, laki-perempuan, malah sesama jantina pun ada perselisihan. yg penting bagaimana seseorang itu menanganinya, dan belajar dari perselisihan tersebut.

Apa yg saya pelajari ialah kita harus pandai mencari ruang (masa, tempat dan keadaan) bila hendak berkata sesuatu. Juga perlu tahu menyusun kata agar tidak disalahfaham. Barangkali sbb tu ada peribahasa "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa"


Friday, September 14, 2007

Antara malas dan membuang masa

Cuaca hari ini pada mulanya cerah. Tetapi beransur mendung dan sekarang hujan turun dgn lebat sekali. Jam baru menunjukkan pukul 10.45a.m. Saya tiba di ofis jam 8.15 a.m, bermakna sudah 2 jam lebih saya di ofis. Dan sekarang saya telah mula menaip blog. Apa yang telah saya lakukan dalam masa 2 jam lebih itu? hhmm.. saya update friendster, fotopages, email dan skang blog pula. tapi saya x buat keje yg sepatutnya saya buat. Adakah ini dikira malas atau membuang masa? tapi saya buat keje cuma bukan keje ofis. Adakah ia disebabkan oleh faktor cuaca yg hujan dan merangsang utk tido? Atau disebabkan oleh sikap saya sndiri?



"Ya Allah, sememangnya ini kelemahan hambaMu ini. Kau berikanlah aku keazaman dan kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yg diberikan kpd ku."

Thursday, September 13, 2007

Hari pertama berpuasa

Hari pertama berpuasa sebagai seorang ibu, agak mencabar rasanya kerana anakanda tersayang Adam Mifzal masih menyusu badan. Ada sedikit kebimbangan susu berkurang pada siang hari kerana tidak dapat minum. Kalau selalu, sekurang2nya 1.5Liter air suam pasti habis pada siang hari. Walaupun Adam di rumah Kak Wati ade susu yang telah dibekalkan, tapi aku di office masih perlu memerah susu untuk buat stock. Hmm.. hati berbelah bagi juga samada nak puasa atau tidak. Tak pe lah.. tengok dulu macam mana. Di office pun masa terasa lambat pulak. Sampai sempat la bukak blog.Selalunya aku ni hangat2 tahi ayam jer. Mula2 jer semangat dgn blog ni. Lama2 tinggal gitu jer. Sama la cam Friendster, Fotopages, termasuk lah thesis MSc. aku. huhuhuhu... ape nak jadi ni.