Thursday, November 05, 2009

Pagi yang stress

Pagi ni sy rasa agak stress berikutan perkara2 berikut:-

1. Melihatkan task list yg panjang.. ade 20 task yg perlu di buat sebelum saya mula bercuti 20hb. Ni baru carry forward task dr bulan lepas. Task lain yg bakal menjelang tak masuk lg .. waaaa :(

2. Meeting with UM on Algae project has to be postponed to December sbb Ketua projek dr UM nak bercuti ke luar negara.. and she will only be back end of November. Yg geram tu.. dr bulan lepas sy dok email everybody to set the date for the meeting.. si Datin ni tak reply. aleh2 bila contact PA dia pg ni.. PA dia kata dia not available. Bgtau la awal2 kalo tak bleh attend. bleh set date lain. dia dah la ketua projek. Dah la Sime Darby funded for this algae project. . bila nak panggil meeting susah sgt. dah bape kali postpone meeting ni. skarang ni diorg dah mintak duit lagi .. banyak cantik!!! selagi tak de project meeting.. jgn harap sy nak release payment!!

3. Sample yg amik dari UIA smalam belum diuruskan. dah la sample tu nak kene simpan dlm fridge. tp sblum tu kene cairkan sample.. kene filter.. kene label elok.. etc.. sample bukan skit.. ade 50 sample.. waaaa :(

4. Report seminar biomass last week blum siap lg.. walaupun ade collegue dah buat.. tp tak cukup... kene tambah n olah semula.. need to think and analyze.. bleh ker siapkan hr ni? ni baru 2 task dr 20 task. lg 18 tak yah cerita lah..

5. hari ni dah 5 hb.. rumah sewa tak jumpa lgi.. by end of december nak kene pindah rumah sbb tuan rumah skang nak duduk rumah tu. rumah yg kitorang beli bulan 7 tahun depan baru siap. nak tak nak kena cari gak rmh sewa lain dulu.. rumah2 dlm kawasan kampung dah x de untuk disewa.. kalo ade rumah kosong pun.. x la plak tulis utk disewa ker.. di jual ker.. nanti nak kena kemas2 n pack barang2 kat rumah yg sgt byk tu.. sempat ker? kene amik cuti.. tp cuti pun dah tinggal 3 hr jer.. so how?? waaaaa:((

Apa2 pun sy bersyukur sbb Amir dah semakin pulih dr demam+batuk+selsema nye yg berlarutan sejak sebulan lalu.. Alhamdulillah... selera makan n minum dia pun dah bertambah.. to see him n Adam smiles makes all my worries n stress go away.. tp temporary jer.. x de stress x de worrie... keje x siap jugak kalo tak dibuat..

Monday, October 19, 2009

After 4 months

Pejam celik pejam celik.. dah 4 bulan sy bekerja setelah lama bercuti (MC + maternity). Rutin harian yg sgt memenatkan berjaya juga sy tempuhi. So far, kesibukan di tmpt kerja dgn kerja2 yg pending sejak sy bercuti dr bulan Feb lalu sy masih boleh handle, walaupun byk bende yg terpaksa di'recall'. Yg lebih memenatkan ialah nak handle anak2 bila balik dr kerja. Sekarang baru la sy terasa jauhnya ofis sy dr rumah, 47km. Kalo dulu tak terasa sgt. Anyway sy bersyukur sbb perjalanan pergi dan balik ke ofis takde jem atau pun tol. Dlm 45 min boleh sampai ke destinasi.

Dalam 4 bulan ni.. rasanya ok la jugak. Amir dan Adam pun dah boleh bangun awal walaupun kadang2 terpaksa juga dikejutkan. Kol 7-7.30 pagi sy dah hantar Amir & Adam. Kdg2 Adam nak papanya yg hantar. Papanya masuk kerja kol 9.. jadi dia selalu kluar lmbt berbanding sy. Malam pulak byk bergantung kepada Amir. Kalo dia tido awal.. senang skit kerja sy. Tp kalo time dia buat perangai mmg payah la. Most of the time.. sy tidurkan Amir.. sy pun tertido skali.

Hr ni sy x de mood nak buat keje sgt. mungkin sbb selsema.. mungkin jugak sbb tak dpt ape yg sy nak. Sy br dapat notebook baru.. company bg in replace of desktop. Smalam sy dah transfer semua file dlm notebook lama (personal notebook) ke dalam external hard disk untuk dipindahkan dalam notebook baru ni. Tp pagi ni bila sy transfer dlm notebook baru.. ade beberapa folder yg mcm x update. So.. ade sesetengah file yg sy nak x de.. n sy x bleh nak buat keje. Lagi satu yg mungkin mambuatkan sy x de mood nak buat keje ialah sbb broadband. Sy cuba connect kan broadband sy di notebook baru.. tp notebook tak dpt detect. Walhal di notebook sy dulu senang jer.. x payah nak install ape2 pun. Oleh kerana x dapat detect broadband.. maka x dpt la nak check yahoo mail & facebook.

Sepanjang 4 bulan ni.. antara perkara2 yg telah berlaku:

1) Naik pangkat
Alhamdulillah.. sy telah dinaikkan pangkat Senior Engineer. sempena kenaikan pangkat, gaji pun naik la skit. Syukur kepada Allah s.w.t. rezeki utk Amir. Tp naik pangkat juga seiring dgn bebanan kerja. Sejak naik pgkt ni.. byk betul keje sy. Dulu sempat juga sy ber'facebook' time keje.. or ber'blogging'.. or ber'fotopaging'.. dan perkara2 yg x sepatutnya dibuat time kerja. Tp sejak naik pangkat ni.. x de masa langsung. Sbb tu juga la dah lama sy x dpt nak tulis blog.. walaupun hati sy meronta2 nak meluahkan perasaan.

2) Bos baru
Bermula 1 July 2009 (financial year baru), sy dpt bos baru. not really new actually. cuma dia baru di'promote'kan ke manager level. Dulu sy report to big bos (VP I). Tp skang ni x perlu lg sbb senior sy dah dinaikkan pgkat ke AVP 1 .. so sy report pd dia jer. OK skit.. sbb sy segan dgn big bos. dr dulu lg kalo ade ape2 sy slalu citer kat senior sy tu.. nanti dia yg reportkan kat big bos.

3) Puasa & Raya
Puasa tahun ni agak mencabar sbb dah ade 2 org anak. Yg sorg dah pandai minta itu ini.. yg sorg lg lak asyik nak duduk beriba. Jadi.. terpasak berbuka puasa bergilir2. Anyway.. sebulan puasa berjaya ditempuhi.. rasa kejap sgt. Raya aidilfitri lak kami sekeluarga beraya di Bidor.. kg opah belah mama. Alhamdulillah segala berjalan lancar.

4) Kereta baru
Berikutan kemalangan yg sy tempuhi setahun yg lalu.. condition kereta kancil sy dah x tip top lg.. walaupun sudah dibaiki. Memandangkan suami sy berulang ke office nyer di damansara setiap hari.. akhirnya kami trade in jer kancil tu dgn viva baru. ok la skit.. x de la risau sgt suami nak drive.

5) Adam & Amir
Adam kini dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dia dah x pakai pampers sejak 2 bulan yg lalu. Dah byk bercakap walaupun pelat. Boleh la diajak berborak dalam kereta. Dah pandai merajuk.. dah pandai menjawab.. dah pandai menyakat adiknya.. dah pandai bergaya dan mcm2 lg. Favorite movie dia skang ni Transfomers 2.. siap kenal lg mana robot baik, mana robot jahat. tp bila nak tido mesti nak tgk Ice Age 2.



Amir lak dah 6 bulan. Dah mula makan nestum n kuat minum susu. Badan x nampak berisi.. tp bleh tahan berat. 2 minggu lepas berat dia 7.2 kg. Dia dah cekap meniarap n menelentang.. kejap jer berguling n pusing2. Dh penah jatuh katil sekali.. sian dia. Dah bergerak ke depan dah.. tp x laju. kalo atas lantai.. laju la sbb licin. Kalo atas tilam slow skit. Amir dah pandai main.. suka senyum.. suka jerit.



6) Kesihatan
Alhamdulillah.. kami dikurniakan kesihatan yg baik. Cuma sejak 3 minggu lepas Amir selsema.. x baik2 sampai skang. Batuk sejak seminggu lepas. Adam pun selsema n batuk.. tp dah beransur pulih. Amir ni yg sy risaukan. Mlm2 asyik batuk x berhenti2 .. tp x de bunyi kahak. Plan nak bawak specialist hr jumaat ni.

Hmm.. ape lg yer. cukup lah dulu. panjang2 kan x bleh nak upload lak.. penat jer mengarang. huhuhu

Tuesday, June 23, 2009

1st day Working

Yesterday was my 1st day at work after a long leave, 18 weeks - 9 weeks of medical leave + 9 weeks of maternity leave. Lama giler. Some of my friends harus la jeles kan.. huhuhu. Seawal 6 pg lg sy dah bgn bersiap.. bukan sbb bersemangat nak pergi kerja. Tp sbb byk bende nak kene buat. Pukul 7 sy dah kluar rmh hantar Adam dan Amir ke rmh K.Wati. Alhamdulillah Adam x byk kerenah pg smalam. Perjalanan ke ofis terasa sgt memenatkan..maklumlah dah lama sy x drive long distance. Sampai jer ofis pening gler kepala ni. Mungkin sbb pencahayaan yg terang dan mungkin juga sbb driving lama. Sy sampai ofis awal juga.. kol 8 tepat. Kira awal la tu... sbb sy mmg terkenal dgn dtg lmbt sblum2 ni :)

Di ofis pg2 lg En Faisal dah dtg jumpa sy utk discuss pasal KPI. Patutnya sy yg pegi jumpa dia. ni.. boss lak dtg jumpa sy..huhuhu. Lepas tu dia ajak pegi East Oil Mill utk jumpa 2 trainee student yg baru masuk bwh jagaan kitorang. Aduh.. 1st day dah kene gi mill. Sib baik x lama. Mata sy dah la mengantuk x cukup tido. Kalo sblum ni kalo x cukup tido waktu mlm pun.. siang masih bleh rehat. Tp ni kat ofis.. nak rehat camne pun. Dah la malam sblum tu pun Amir buat perangai susah tido lg. Dr kol 8.30 sy dok mendodoikan dia.. kol 10.30 br dia tido. Tgh mlm lak x lena tido nyer.. asyik gelisah jer. Tu yg sy jd x cukup tido tu.
Balik dr mill sy habiskan masa mengemas tmpt sy yg bersepah. Buku2, document2, mcm2 la atas meja berdebu tak diusik sejak sekian lama. Lama jugak sy mengemas meja, locker , buat filing document, dll. Kira smalam mmg x mula kerja sgt lg lah. Pastu sy chatting dgn kwn lama.. huhuhu.

Kol 5.15 sy kluar dr ofir dan terus amik Adam n Amir di rmh babysitter. Kemudian balik rumah jap amik stroller Amir dan jln kaki bwk diorg ke playground tmn perumahan kami. Saje jer jln kaki.. dpt exercise skit. Balik rmh dah dekat jam 7. Sy melayan anak2 sementara tunggu hubby balik kerja. Adam time2 camni la dia byk kerenah nak itu ini. Jenuh la nak pujuk dia. Skang dia ni kalo nak sesuatu.. time tu gak dia nak. Kdg2 sy jd x bleh nak handle. Mlm lak lepas sy siap2 mandi n solat.. sy tidokan Amir. Spt mlm sblum nyer dia buat perangai susah nak ditidokan lg. Padahal mata dia dah ngantuk.. byk kali menguap. Lena kat riba tp bila letak jer terjaga balik. Last2 dia tido dlm pelukan sy lebih kurang kol 10.30 gak la. Agaknya ni la perangai baru Amir bila masuk 2 bulan.

Kesimpulannya.. I had a very extremely tiring and exhausting day yesterday. Kpl sy pening dr pg sampai la ke mlm. Bdn sakit2 mcm dah lama x exercise. Bdn pun panas mcm demam jer. Mlm lak x cukup tido. Makan mlm x menentu waktu. Masa dgn hubby n Adam jd terhad sbb byk masa dihabiskan utk menidurkan Amir. Melihatkan jadual sy smalam membuatkan sy terfikir lg ttg idea utk berhenti kerja. Sy rasa mcm x mampu nak melalui kehidupan spt smalam. Tgk lah camne.. mungkin hr ni lebih baik dr smalam ..

Monday, June 15, 2009

1st day for Amir Mukhriz

Hari ni hari pertama Amir dihantar ke rumah babysitter bersama abgnya Adam. Dan juga hr pertama sy tidak bersama Amir sejak dia lahir. Sebelum ni hati sy risau sgt mengenangkan mcm mana la nanti Amir duduk rumah org. Ok ker dia.. meragam ker dia.. Amir ni dah la manja n agak kuat menangis berbanding abgnya Adam dulu. Bukan sy tak percaya pd babysitter (Kak Wati) menjaga anak2 sy.. tp hati ibu mana yg tak risau nak meninggalkan anak di tangan org lain. Yer la.. 1st day berpisah (walaupun hanya di waktu siang).

Sy selalu meletakkan dan membayangkan diri sy di tempat Amir. Amir pun mesti terkejut. Why suddenly persekitarannya dan org2 dikelilingnya lain. Sure dia rasa unsecure. Paling sy kesian bila dia nak menyusu n nak tido. Yer la.. bila dok dgn sy Amir menyusu di badan. Nak tido pun nak menyusu badan jugak. Tp bila dok rumah babysitter ni.. minum susu mama dlm botol jer la. Mesti dia marah2 n menangis nanti. Walaupun sebulan sblum sy mula hantar dia ke rumah K.Wati sy dah train Amir minum susu dlm botol, tp sy cuma bagi dia sekali sehari. Tp hr ni Amir kene minum susu dr botol dr pg sampai la ke ptg.

Hari ni Amir duduk rumah 'ibu'nya, K. Wati.. suasana yg tentu asing bg dia. Dikelilingi org2 yg juga asing bg dia. Cuma harapkan ada Abang Adam nya lah. Org kata baby tak tahu ape2 lg. Tp sebenarnya baby mempunyai deria yg sgt peka. Baby bleh tahu jika org lain yg mendukungnya. Masa balik kampung baru2 ni pun.. Amir tak nak dgn org lain. Bila org lain yg dukung dia.. dia menangis. Mengenangkan tu semua.. buat sy rasa susah hati.. rasa nak menangis.. rasa nak pegi amik dia skang jugak. Tp sy kene kuatkan hati. Ni training buat Amir juga sy sendiri. Minggu ni sy masih blum bekerja. Minggu depan sy sudah mula bekerja dan sy perlu memberikan tumpuan pd kerja. Kalo minggu depan baru nak mula hantar Amir ke rmh babysitter.. mesti sy pun tak dpt nak focus pd kerja nanti... dok teringat kat anak. So dgn menghantar Amir seminggu lebih awal juga sebenarnya membantu sy menyediakan emosi sy utk pegi bekerja minggu depan. Harap2 sy berjaya mengharungi hari ni.. esok dan hari2 seterusnya....

Thursday, June 04, 2009

Cabaran yang Mencabar

Hari ni masuk hr ke-4 sy menjaga Adam dan Amir. Sebelum ni hubby hantar Adam ke rumah babysitternya sblum dia pegi keje, kerana sy bimbang tak mampu nak menjaga kedua2nya bersendirian. Lg pun dah upah babysitter kan.. hantar jer la. Tp sejak hr isnin lalu babysitter ade emergency.. kakaknya kene strok.. masuk ICU. So.. 1st time la sy kene jaga dua2 putera bersendirian di rumah. PERKKHHH... SANGAT MENCABAR!!!. Yer la.. si abang walaupun dah besar (x de la besar mana pun) byk la kerenahnya. Nak itu.. nak ini.. Ade time dia baik senang la nak menjaganya. Tp bila time dia moody.. manja n mengada2 mengalahkan si adik. Tu belum masuk bab suka menjawab n sengaja sakitkan hati mama dia ni. Kdg2 sajer jer dia ckp kuat2 time adiknya tgh tido. Kdg2 lompat2 atas katil la. Sengaja nak tarik perhatian la tu. Mujur la dia masih mau mendengar kata. Cuma kene pandai caranya.

Si adik lak walaupun hanya tau minum susu dan tido jer.. demandnya tak kurang tingginya. Tak perlu la nak cerita byk di sini sbb dah byk sy bebelkan psl kepayahan menjaga si adik dlm enrty lepas. So.. just imagine nak jaga baby sorg pun susah.. inikan pulak ditambah dgn si abang. Aduh.. mmg stress sgt kdg2. Smpai nangis2 sy dibuatnya. Kdg2 ade juga marahkan si abang .. tp lepas tu sy kesian lak.. menyesal rasa.. pastu sy yg nangis. Kdg2 bila si adik susah sgt nah ditidurkan pun sy nangis.

Smalam (Rabu) hubby pergi kursus di Bukit Tinggi 3 hr 2 mlm. Esok mlm baru balik. Sy minta tolong abah datang temankan kami 3 beranak di rumah. Lg pun skang ni tgh cuti sekolah. Adik2 sy Nadjmi n Nadjihah bleh la temankan Adam. Adam mmg suka betul kalo tok, uncle n aunty dia tu dtg.. sampai tak nak gi rmh babysitter. Dgn adanya abah n adik2 ringan skit la beban sy. Bleh la nak sembahyg, mandi n makan dgn tenang skit. Tp tu la.. bila diorg ni ade kat rmh.. Adam asyik nak main jer. Main tak ingat dunia punya lah. Lari sana sini.. terjerit2.. gelak2.. kuat lak tu. Maka makin sukar la tugas sy menidurkan Amir. Bertambah payah lg bila Adam nangis bila ada yang tak kene sedang dia bermain dgn uncle n aunty nyer tu. Yer la.. uncle nadjmi n aunty nadjihah dah darjah 4 n darjah 2.. main lak dgn budak umur 2 tahun. Tentu la ada skit perbezaan kehendak.. kefahaman.. dan frequency. Sudahnya Adam jugak yg menangis.

Skang ni dua2 Adam n Amir tgh tidor. Sblum ni tak penah dpt dua2 tido serentak waktu siang. Baru la sy berpeluang surf internet, cek emel dan meluahkan perasaan kejap. tp sekejap jer... sbb sy dah mula dengar si adik merengek2 kegelisahan. Sakit perut agaknya. Sbb td masa sy menyusukan dia.. dengar perut dia bunyi2 angin. Kembung perut skit. Tp selalunya ok lepas dia berjaya kentut or berak. Hopefully....

Thursday, May 28, 2009

Aduh.. sukarnya...


Aarrgghh :( ... Amir is giving me hard time lately. Susah betul nak tidurkan dia, especially waktu mlm. Jenuh dah susukan.. 'burb'kan.. dodoikan.. most of the time amik masa dekat2 sejam gak baru dia lena. Bila diriba/didukung.. senang jer dia terlelap. Tp bila letak jer.. terus terjaga balik. Kalo tak pun.. lena dlm 15min.. pastu terjaga balik. Kadang2 tu nampak sgt dia dah mengantuk benar.. berkali2 menguap.. tp mcm ditahan matanya supaya tak tertido. Yang pelik nya waktu siang tak la sesusah waktu malam bila nak tidorkan dia. Kadang2 waktu siang sengaja sy biarkan dia berjaga lama skit dgn harapan bila malam dia akan lebih mudah tidor. Tp tak jadi jugak..

Kami mmg tak ajar anak2 tido dalam buaian.. takut nanti susah pulak bila nak jalan2. Tp kat rumah babysitter.. Adam dulu mmg ditidorkan dlm buai. Sy tak salahkan babysitter pun.. mungkin jugak susah nak tidorkan dia. Amir ni nanti pun sy tak kisah kalo babysitter nak tidorkan dalam buai. Yer la.. dia pun ade jaga anak org lain. Mesti susah kalo nak concentrate kat Amir sorang jer. Sedangkan sy pun susah nak tidorkan dia. Inikan pulak org lain.

Kadang2 mmg rasa geram n nak marah jer. Yer la.. kita dah penat seharian jaga dia, malam lak dia buat perangai susah nak tido. Nanti tgh2 malam nak bangun menyusukan dia lg. Tp nak marah dan lepaskan geram pd siapa pun. Dah namanya baby.. dia bukan faham. Nak marahkan hubby... tak boleh juga. Dia pun dah penat seharian di tmpt keje. Kdg2 ada juga la dia tolong tidorkan Amir. Tp jarang2 la berjaya melenakan Amir. Sudahnya kat mama ni jugak yang Amir nak. Itu pun sy dah cukup bersyukur hubby blum lg bersungut sbb sy byk habiskan masa utk Amir. Makan mlm pun skang ni ala kadar jer. Makan pun asing2 sbb kalo Amir tak tidor lg.. salah sorang kene temankan dia. Ha.. ni lg satu masalahnya. Si Amir ni asyik nak berdukung n beriba jer. Dia nak sentiasa ada org temankan dia. Dah tu camne nak wat keje?

Aduuhh.. mencabar betul jaga anak sy yg no-2 ni. Seingat sy Adam dulu tak la sesusah ini nak dijaga. Waktu mlm pun dia cuma bangun 2 kali utk menyusu.. pastu sambung tido balik. Tp Amir ni.. kdg2 bila dah menyusu dia bantai berjaga plak 1-2 jam. Mcm mana la sy nak cukup tido. Skang ni sy masih bercuti tak pe la. Waktu siang bila Amir tido.. sy bleh tido skali (walaupun jarang dpt peluang tu). Tp mcm mana bila sy dah mula bekerja semula nanti? Sy risau keadaan ni berlarutan. Kadang2 terfikir nak berhenti kerja saje dan tumpukan pada keluarga. Tp kedudukan kewangan keluarga tak mengizinkan. Nanti mana cukup duit nak bayar rumah.. kereta.. monthly expenses lg. Org kata.. rezeki ada di mana2. Tp ntah la.. sy blum berani nak ambil langkah drastik berhenti keje. Lg pun tak sampai hati nak biarkan hubby tanggung sorg. Tgk org lain bleh jer besarkan anak2 dan keje dalam masa yg sama. Takkan sy tak boleh kan..

Mungkin ni cuma sementara. Harapnya bila Amir dah besar skit dlm 3-4 bulan.. dia lebih mudah dijaga. Waktu tido yg lebih teratur. Itulah harapan sy. Tp yg pasti bila dah besar skit nanti.. lain pula cabarannya nanti. Hmm.. tak baik betul sy ni dok mengeluh ttg kurniaan-Nya. Begitu sukar waktu sy mengandungkan dia.. bila dah lahir patutnya sy lebih bersyukur dan menghargai putera kurniaan-Nya ini. Tp sy mengeluh pulak. Astaghfirullahal'azim.. ini baru sedikit dugaan yg diberiNya. Blum lg dugaan anak sakit.. dan mcm2 lg. Betapa sukarnya membesarkan anak.. mcm2 pengorbanan dilakukan si ibu.. masa, tenaga, perasaan, wang.. etc. Patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sy yakin siapa yg telah menjadi ibu.. pasti lebih faham perasaan ibunya kini.

Hmm.. sy ni mengeluh mcm tak penah ada anak plak. Padahal dulu sy berjaya mengharungi dugaan membesarkan anak sulong, Adam. Tp yer la kan.. cabarannya berbeza. Skang ni bukan stakat nak jaga Amir.. nak melayan kerenah Adam yg dah 2 tahun tu pun satu hal lg. Sungguh mencabar... Apa2 pun.. sy masih bersyukur dgn dikurniakan suami yg memahami.. anak2 yg sihat.. Walau sesusah mana pun menjaga dan membesarkan mereka.. mereka tetap mengembirakan dan menceriakan keluarga kami.





Tuesday, May 19, 2009

Adam Mifzal & Amir Mukhriz

Last week we held a birthday celebration for our first son, Adam Mifzal. His birthday is actually on 11th May, but we held it on Sunday 10th May. It was a last minute plan. Mula2 ingat tak nak celebrate since sy pun masih dlm pantang. Tp hubby kata kesian lak nanti tak de gambar 2nd birthday Adam. So.. last2 buat jugak la a small party for him. Jemput family, his babysitter and jiran2 sebelah rumah. Menu simple jer.. bihun goreng, keropok, nugget, agar2, cake, fruits and air. Tp penat gak la sbb masak sendiri (except for the cake).


(Left: Adam 3 days; Middle: Adam 1 yr; Right: Adam 2 yr)

Macam tak percaya dah 2 tahun anak mama & papa ni. The 1st year rasa lama gak. Tp bila dah masuk setahun rasa cepat jer dia membesar. He learnt a lot of things through observation and he learnt them very fast. Bila dia dah pandai bercakap (still pelat2 and only certain ppl yg paham..hehehe) best sgt. We treat him mcm kwn2 jer. But towards the end of my pregnancy Adam byk kerenah. I guess he knew that he was about to get a brother. Tensen gak melayan kerenah dia. Anyway masa birthday Adam hr tu suka betul dia dapat hadiah.. walaupun tak banyak berbanding masa his 1st birthday. But he loves all his presents, especially the one yg mama & papa beli la. We bought him 2 presents - playhouse (khemah) with balls and a small pool yg bleh isi air or balls. Habis bersepah rumah dgn toys Adam. Dah mcm nursery pun ade gak.

Our second son, Amir Mukhriz was born on 20th April 2009, 3 weeks before Adam turned 2 years old. Dia ni kecik skit berbanding abangnya masa lahir, only 2.8kg. Could be due to pregnancy problem that I had, uri rosak and flow dlm tali pusat tak kuat, causing him not getting enough nutrition from me. Apa2 pun alhamdulillah dia slamat dilahirkan masa minggu ke-39. Hopefully he grows well after this.

(Left: Amir 3 days; Right: Amir 3 weeks)

Amir ni kira ok la.. tak byk kerenah n bukan yg jenis menangis. Jarang dengar dia menangis. Sama mcm Adam dulu. Tp lately ni dia start kembung perut. Dia tak menangis tp dia selalu mengerang2 mcm meneran nak berak n kentut. Tgh tido pun kdg2 dia mengerang. Kesian sgt tgk bila dia mengerang2.. mcm sakit jer. Org kata baby kdg2 meneran nak membesarkan badan.. mcm mengeliat. Tp kdg2 mmg dia meneran nak kentut/berak. Bila dah berjaya kentut/berak baru dia nampak lega. Jenuh dah sapu minyak kat perut n kaki dia, tuam perut dia, but still dia kembung. Adam pun dulu mcm tu jugak. Nothing much that we can do to help him. Just hoping that as he grows this mengerang2 thing will be gone soon.

Wednesday, May 06, 2009

Kembali Menulis

Setelah sekian lama sy menyepi dr memblogging.. hr ni sy kembali menulis. Kalo ikutkan mmg dah lama sy nak menulis. tp keadaan kesihatan tak mengizinkan walaupun sy telah bercuti dan hanya duduk di rumah sejak awal februari. Kesukaran untuk berdiri, berjalan mahupun duduk lebih dr sejam banyak membataskan aktiviti sy. Akhirnya sepanjang 3 bulan ini sy banyak menghabiskan masa berbaring menonton TV saje. Walaupun dalam hati banyak yg ingin sy luahkan dan coretkan dalam blog. Dari sehari ke sehari sy berazam hendak menulis blog.. tp tak mampu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga sy menyambung blog ini.


Kalo ikutkan hati sy nak cerita pengalaman mengandung anak ke-2 saya ni.. sgt berbeza dgn pengalaman mengandung anak pertama dulu. terlalu byk yg nak diceritakan sampai tak tahu di mana nak dimulakan. Pengalaman bersalin juga tak kurang hebatnya. Dan kini setelah 2 minggu lebih sy menjadi ibu kepada 2 anak lelaki.. bermacam2 cerita ingin sy coretkan. Tp tak tahu la samada semua cerita dan pengalaman itu akan dapat saya abadikan dalam blog ni. Insya-Allah...


Tp utk hari ini sy tak bercadang untuk berkongsi cerita2 itu semua. Sbb sy sedang mengikuti drama kegemaran sy yg baru.. Gelora Dihati Sara. Drama ni pernah ditayangkan sebelum ni. Tapi sy tidak mengikutinya kerana waktu tayangannya dulu sama dengan satu lagi drama yg sy ikuti di channel lain. Tp kali ni sy tak lepaskan peluang memandangkan sy pun masih bercuti. Tak sangka drama ni mmg best. Sesuai dengan tajuknya 'Gelora Dihati Sara'.. mmg sy dapat rasakan gelora dan gelodak di hati Sara. Kadang2 geram sgt dgn si Asrul, suami Sara tu.. dan kesian sgt kat Sara. Lagi satu.. soundtrack drama ni dua2 sedap. Nak kene cari mp3 kat internet ni :)

Thursday, January 22, 2009

MS Project 2007 Training dan Cita-citaku

Smalam saya menghadiri internal training on Microsoft Project 2007 for R&D Executives. Instructor training ni cuma R&D exec dr company kitorg yg baru jer attend MS Project Training last month. Honestly sy rasa agak boring jugak la training ni.. walaupun instructor2 nya adalah org2 yg sy kenal. Basically training yg sy pegi smalam cuma untuk ajar user guna software MS Project 2007. Pada sy the software is just a tool that assist us to develop a gantt chart dgn more detail. All this while kitorang buat gantt chart pakai Microsoft Excel jer. Pada pendapat sy apa yg lebih penting ialah how to plan and manage your project. Kalo tak tahu nak plan project, our gantt chart sama jer no mater buat guna Excel of MS Project. Knowledge on project management perlu ada. It will definitely help us to fully utilize the MS Project software. Otherwise byk juga bende yg kita tak tahu /tak faham nape perlu set itu dan ini.

Sy juga agak kecewa dgn training ni. Material x teratur.. notes pun x de.. mcm x properly plan. Instructor pun adakalanya x dpt nak terangkan dgn jelas apa yg ditanya. Tp x de la sy nak salahkan diorg sgt.. sbb diorg pun baru belajar guna software tu. Dan diorg pun bukan cikgu/trainer. Tp sy rasa kalo diorg lebih bersedia.. mungkin penyampaian ilmu tu lebih berkesan.

Hmm.. rasa rindu pulak zaman masa jd tutor dulu. Sy suka mengajar. Sy suka berkongsi ilmu. Sy rasa puas bila dpt ajar org lain bende yg sy faham. Dan sy sanggup belajar bende baru demi nak ajar org lain. Mmg cita2 sy nak jd lecturer.. tp bila mengenangkan nak kena sambung belajar.. rasa cam jauh n lambat jer lg cita2 sy tu nak tercapai. Sy suka buat research.. tp sy x suka buat thesis.. so how?? Camne nak buat Master n PhD kalo camtu? Bila dah berkeluarga ni bertambah2 la cabaran nak sambung belajar. Kalo la determination sy betul2 kuat.. Insya-Allah sy bleh buat. Tp.. kuat ker determination sy ni? :P

Tuesday, January 13, 2009

Car Accident

Just now I read one of my friend's blog. She told about how she accidently slip at staircase and had minor injury. Luckly it was not a serious injury. Reading her story made me want to share mine. Few months back (on 14th August 2008 to be exact), I had an accident. I was on my way to the office after sending my son to the babysitter's house. The accident happened about 2-3km from the house. I was driving my little Kancil up a hilly road (the roads at that area is quite hilly), when i suddenly crashed faced to faced with another kancil coming from the opposite direction (in front of me). I really did not notice the car. I didnt even realize when I hit the car. The driver, who was a young lady (I assume around 22-24) said I was in her lane. As I didnt really remember and realize what actually happened, I just took whatever she said as true. Maybe I did got into her lane. Maklum jer lah, jalan kampung memang sempit. Nak berselisih pun susah. Somehow mesti termasuk lane org.. kan.


My little kancil
Some villagers and people passed by stopped to help. I was a bit stuck but still be able to get out of my car. It seemed to me that the young lady did not injured herself, as she could easily get out of her car and walked. Alhamdulillah I did not had any serious injury. Luckly I weared my seat belt that day. It saved me from any serious head injury. I got a cut in my mouth, between the nose and mouth, which was due to knocked at the steering. It caused me difficulty to speak and smile for almost 1 week. I suffered chest pain due to the impact of accident, during the first two weeks. I also suffered from knee injury. I still feel the pain until today when I do certain movement. And now when my body's weight increases due to pregnancy, the load on my knee also increases. Its painful especially during praying.


The other kancil I hit
Apa2 pun, Sy bersyukur sgt2 sbb masa accident Adam was not with me. Cant imagine if he was inside the car. Org2 kampung ckp kat situ mmg selalu org accident. Org kata tempat tu 'keras'.. wallahualam. Sy jugak bersyukur sbb tak mengalami kecederaan yg serius, sungguhpun kecederaan kereta boleh dikatakan agak serius. Nilai kerosakan berjumlah RM6850. Oleh kerana insured value kereta kancil saya rendah, insuran cuma membayar RM4000 sahaja, manakala selebihnya perlu ditanggung oleh saya. It took more than 4 months to settle everything.. insurance n fixing the car. Baru2 ni dah dapat balik kancil tu. But the condition is no longer the same as before. Bunyi enjin kasar jer. Bawak pun tak brape best. Tp boleh la pakai kalo nak drive dekat2. My hubby doesnt encourage me to travel to work everyday using that kancil, especially masa tgh mengandung ni. Tapi sebenarnya sy lagi suka naik kancil tu, minyak jimat. Dah la distance from home to office 50km. Dengan keadaan jalan yg byk lori dan batu2, sayang nak drive nissan tu.


Moral of the story.. sentiasa lah berhati2 ketika memandu. Always be prepared.. anytime.. anywher.. coz anything could happen to you. Some people asked whether I became phobia to drive after the accident. Alhamdulillah, Im not. I can still drive. Did I cry after the accident? No I did not cry immedietly after the accident. But I cried 2-3 hours after that...huhuhu.. Lambat skit impact dia. Tambahan pulak nangis sebab sakit sgt lutut yg cedera tu.

Thursday, January 08, 2009

Trip ke India

Fuh!!!! Lega rasanya. Pagi ni PA boss besar sy call bagitau yg sy tak perlu ke India. Alhamdulillah... Sy pasti ade hikmahnya. 2 hari lepas sy diberitahu bahawa sy dan beberapa chief scientist yg lain akan mengikut boss besar ke India akhir bulan ni. Terkejut sy. Dah la dlm group tu sy sorg pompuan.. yg paling muda lak tu... junior scientist la katakan. Pelik jugak sy nape nama sy pulak yg naik. Diorg kata sbb sy incharge biodiesel research. Dan rombongan ke India tu nak visit Jatropha plantation dan biofuel research centre kat sana. Mungkin ade kaitannya.. tp sy rasa ade org lain yg lebih layak dan patut pergi berbanding sy. Oleh kerana masalah passport sy tak settle lg.. smalam sy bergegas menyelesaikan urusan passport di immigresen Shah Alam. Alhamdulillah passport dpt disiapkan by tghari. Dan smalam juga sy dah sign borang visa India di pejabat boss besar.

Namun pg ni.. bila PA boss besar call untuk inform yg sy tak perlu menyertai rombongan tu, sy rasa sgt2 lega. Tak perlu la sy runsing nak meninggalkan anak dan suami lagi. Lepas diberitahu 2 hr lepas.. kepala ni dok asyik terkenang camne la nanti Adam tido dgn papa dia. Dah la Adam tu manja dgn sy. Meninggalkan Adam adalah perkara paling susah utk dilakukan. Selain dr tu.. sy rasa lega jugak sbb tak perlu risau mengenai kesihatan dan ke'larat'an sy nanti. Sebenarnya sy pn tak yakin sy akan larat nak berjalan2 masa visit tu nanti. Sedangkan skang ni pun sy slalu sakit2 pinggang dan cepat penat. Skang ni baru 6 bulan. By the time pegi India nanti, kandungan sy dah nak masuk 7 bulan. Tp.. sy dah tak perlu risau psl sumer tu lg... sbb sy tak perlu pergi India :)

Namunbegitu.. dlm masa yg sama sy turut ada rasa sedikit kecewa dan terkilan. 1 - sbb sy dah susah2 pegi buat passport dan kluarkan RM300 smalam. Tak tau la bleh claim ker tak saya buat passport tu. Kalo ikutkan buat passport untuk urusan kerja boleh claim. Tp ni dah tak jadi pergi.. bleh claim ker eh?. 2 - terlepas peluang ke India.. negara yg belum sy jejaki. Ntah bila lg dpt peluang ke oversea ditanggung oleh company. hehehe.. nak pegi guna duit sendiri.. lama lg nampak gayanya. 3 - terlepas peluang belajar sesuatu yg baru. Org kata jauh berjalan luas pandangan. Ade sesetengah perkara tak boleh dipelajari dr buku jer. Peluang ke oversea ni pun penting utk career ladder sy dlm company ni. Apa2 pun.. bukan rezeki sy kali ni. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Oleh kerana sy tak jadi ke India, maka boleh la kami sekeluarga menyertai our Family Day di Ayer Tawar 24hb nanti. Yey!!! Seronok dapat berkumpul ramai2.. jumpa ahli keluarga yg lain. Dah lama tak jumpa diorg.. ramai juga yg blum tau sy mengandung.. huhuhuhu

Tuesday, January 06, 2009

Bengang dan Geram!!

Aduh.. geramnya!!! Sejak 2-3 minggu lepas company sy telah mem'block' kebanyakan website yang sering sy kunjungi (bukan sy saja.. ramai lg yg lain masuk website2 tu). Antara yg telah di'block' termasuk lah yahoomail, hotmail, gmail, facebook, friendster, youtube, etc. Walaubagaimanapun sesetengah website lain (spt blogspot, fotopages, photobucket) masih boleh dikunjungi. Download lagu pun dah tak boleh skang ni.

Saya tak kisah kalo IT Dept nak block website2 yang lain. Sy akui sesetengah org leka sgt melayari website sampai tak buat keje. Yang buat saya sgt2 geram ialah kenapa perlu diorang block public email tu, especially yahoomail, gmail dan hotmail. Kebanyakan kami lebih prefer menggunakan email luar berbanding email company (xxx@simedarby.com) terutamanya untuk attachment, walaupun untuk urusan kerja. Ini kerana email company SANGAT SLOW.. SELALU HANG.. dan kadang2 email yang dihantar TAK SAMPAI. Lawak kan.. dah jadi macam snail mail pulak.. surat hilang tgh jalan. Ada yang beri alasan server jadi SLOW kerana ramai yang melayari website2 tu. Mungkin ada kebenarannya. Tapi perlu ker sampai block email??

Saya tak kisah sgt kalo IT Dept nak block email luar. Tp biar la email system SIME DARBY ni cukup efficient. Ni nak bukak email pun slow.. apatah lagi nak reply/forward/attach. IT Dept tak dpt nak terima ker hakikat sistem diorang belum cukup bagus? Ini la yang dikatakan 'marahkan nyamuk, bakar kelambu'. Skang ni kalo nak access juga yahoomail, perlu dapatkan kebenaran dari IT Manager. Org tu org besar dalam Sime Darby.. agak2nya dia nak layan ker approval utk masuk yahoomail ni? Eeeeiiii.. geram betul saya!! Setiap kali nak bukak email company mesti rasa stress. Apatah lagi bila nak email. Dari tadi sy dok cuba nak email asyik hang jer. Geraammmmmm!!!! (Ya Allah.. kurniakan lah kesabaran buat hambaMu ini) :