Friday, November 16, 2007

Plan ke German

Hari ni pagi2 lg dah rasa sedih.. sampai jer kat ofis En Faisal bgtau yg plan training 4 bulan di German on balik. Ingatkan ED postpone plan tu sbb merger. tup tap tup tap.. dia on balik plan tu. risau nyer kalo kene pegi sana 4 bulan. camne dgn Adam nanti? dah la adam skang ni manja sgt.. dah mcm katak pisang nak melekat jer. dah la dia kecik lg.. baru 6 bulan.. x putus susu pn lg. kalo kene gi German camne dia nanti? mlm2 kalo dia terjaga mesti nangis2. dah la dgn papa dia pun dia x nak. camne ni???

nak tolak rugi.. n for sure dpt bad reputation n impression pd ED. nak pulak pas merger ni senang2 jer SD nak buang org. kalo tolak lg la senang alasan diorg x nak renew contract. tp kalo terima.. camne adam? just cant imagine my life without him. nak tinggalkan semalam pn dah susah hati. inikan kene tinggal 4 bulan. camne kalo balik2 nanti dia x ingat mama dia ni? 4 bulan bukan sekejap.

kalo pegi attachment 2-3 tahun ok la.. bleh bawak family. tp kalo 4 bulan ni.. bukan dpt permit kerja pun. camne nak bawak family? kalo nak bawa adam pn mesti nak kene bawak sorg lg utk jaga adam time keje. sape yg nak dibawak? aduh.. sakitnya kepala pikir mende ni.. sesak nyer dada.. takut nyer kalo ED panggil utk bgtau pasal ni. harap2 en faisal la kene pegi. dia laki.. senang. x yah nak pikir psl anak tinggal kat sape. sah2 wife dia jaga. tp pompuan bukan senang2 bleh tinggal anak

aduh.. sakit nyer .. rasa nak balik skang ni gak.. nak main2 dgn adam. already missing him.



Monday, November 12, 2007

Ujian dtg melanda

Hari ni rasa x bersemangat sgt. Fikiran bercelaru. Sejak sampai ofis.. x buat keje langsung. bila teringat jer.. mesti menangis. mudah betul air mata ni gugur. just cant help it. Stress sbb abah asyik sms and call. I guess he must be feeling guilty after what he discussed yesterday. Yes.. I was really shocked with the news. Although I've thought about it before, but I never expected that it will come at this moment. But cant blame abah for that. it is his right to ask for that kenari. and his intention was to give to iylia. bukan nak bg kat sape pun. tpi kami pulak yg problem x de kereta.

dr smalam lg air mata ni senang sgt mengalir. teringat kata2 abg. mmg dia penah marah sblum ni. tp smalam dia betul2 marah dan yg amat menyedihkan dia marah pd abah sebenarnya. I was and I am caught in the middle. Hate this feeling. Dulu selalu tersepit antara abah and mama. x sangka plak skang ni tersepit antara abah and husband. though diorg ckp.. not to make me choose.. but still i feel caught in the middle.

ya allah.. dah lama allah x uji aku dgn ujian begini. tu la.. masa happy x ingat pada Nya. skang ni baru diuji sedikit dah menangis beriya2. mcm mana nanti kalo diuji yg lebih berat. ape2 pun syukur ade Adam. budak kecik x tau ape.. dia still ketawa dan menangis spt biasa. alhamdulillah.. tu lah penguat semangat.. penceria hari2.

rasa nak balik rumah.. tenangkan fikiran. tp abg ade kat rumah. dia mc.. mesti sbb dia pun x de mood nak keje. bukan x nak berdepan dgn dia. tp yg sebenarnya x nak berbincang soal tu lg. tak reti nak ckp ape.. mmg dah camni perangai.. nak wat camne. lebih suka berdiam diri. tp stay kat ofis pun.. bukan buat kerja.. asyik teringat psl tu jer... abih2 lawat fotopages org.

camne nak ckp dgn abg? camne nak ckp dgn abah.. sungguh aku x punya kekuatan utk berbicara. diam mungkin yg terbaik buat masa ini. tp bukan selamanya.

Friday, November 02, 2007

Lepas Geram Polis

On d way pegi ofis td... dgr radio era.. slalunya kalo hr jumaat ada 'lepas geram di era'.. ingat nak call nak lepas geram.. tp hr ni diorg x bukak plak topik pg era sbb DJ2 era (AC & Kiran) geram bila slot teka-teki.. soalan yg diorg kasi dijawab dgn mudah oleh pendengar.. huhuhu... so sbb nak balas dendam segmen teka teki tu telah dipanjangkn mnggantikan slot topik pagi era..

tp ni bukan nak citer pasal radio era.. ni nak citer pasal geram yg x dpt dilepaskan kat radio era.. bukan geram kat radio era.. tp geram kat polis (PDRM)... masuk hr ni dah 2 hari dah diorg buat roadblock kat sg manggis.. yg menjadi kegeramannya ialah diorg buat roadblock tu dekat dgn traffic light... x sampai 20m dr traffic light.. dah la jem jd nyer.. dah la buat time peak hour.. time org nak pegi keje... n time org balik keje... dah 2 hari sampai ofis lewat.. sumer sbb polis nyer roadblock tu la...

sy x paham tul ape motif polis buat roadblock tu.. tgk diorg cuma letak papan 'berhenti pemeriksaan polis'.. pastu polis2 tu dok bersidai kat tepi jln sambil borak2... cuma ade 1-2 polis jer yg jaga kat tgh jln tu sambil tgh lambai2 suh jalan.. jd ape kejadahnya dia buat roadblock camtu? ptg smalam masa lalu tmpt yg sama masa balik dr keje.. nampak la ade 1-2 motosikal kene tahan... kalo stakat nak tahan motosikal.. perlu ker buat roadblock yg terlalu dekat dgn taffic light.. waktu peak hour?

eeeii.. geram tul... kalo ade polis yg baca blog ni.. tolong lah beri penjelasan..