Monday, June 15, 2009

1st day for Amir Mukhriz

Hari ni hari pertama Amir dihantar ke rumah babysitter bersama abgnya Adam. Dan juga hr pertama sy tidak bersama Amir sejak dia lahir. Sebelum ni hati sy risau sgt mengenangkan mcm mana la nanti Amir duduk rumah org. Ok ker dia.. meragam ker dia.. Amir ni dah la manja n agak kuat menangis berbanding abgnya Adam dulu. Bukan sy tak percaya pd babysitter (Kak Wati) menjaga anak2 sy.. tp hati ibu mana yg tak risau nak meninggalkan anak di tangan org lain. Yer la.. 1st day berpisah (walaupun hanya di waktu siang).

Sy selalu meletakkan dan membayangkan diri sy di tempat Amir. Amir pun mesti terkejut. Why suddenly persekitarannya dan org2 dikelilingnya lain. Sure dia rasa unsecure. Paling sy kesian bila dia nak menyusu n nak tido. Yer la.. bila dok dgn sy Amir menyusu di badan. Nak tido pun nak menyusu badan jugak. Tp bila dok rumah babysitter ni.. minum susu mama dlm botol jer la. Mesti dia marah2 n menangis nanti. Walaupun sebulan sblum sy mula hantar dia ke rumah K.Wati sy dah train Amir minum susu dlm botol, tp sy cuma bagi dia sekali sehari. Tp hr ni Amir kene minum susu dr botol dr pg sampai la ke ptg.

Hari ni Amir duduk rumah 'ibu'nya, K. Wati.. suasana yg tentu asing bg dia. Dikelilingi org2 yg juga asing bg dia. Cuma harapkan ada Abang Adam nya lah. Org kata baby tak tahu ape2 lg. Tp sebenarnya baby mempunyai deria yg sgt peka. Baby bleh tahu jika org lain yg mendukungnya. Masa balik kampung baru2 ni pun.. Amir tak nak dgn org lain. Bila org lain yg dukung dia.. dia menangis. Mengenangkan tu semua.. buat sy rasa susah hati.. rasa nak menangis.. rasa nak pegi amik dia skang jugak. Tp sy kene kuatkan hati. Ni training buat Amir juga sy sendiri. Minggu ni sy masih blum bekerja. Minggu depan sy sudah mula bekerja dan sy perlu memberikan tumpuan pd kerja. Kalo minggu depan baru nak mula hantar Amir ke rmh babysitter.. mesti sy pun tak dpt nak focus pd kerja nanti... dok teringat kat anak. So dgn menghantar Amir seminggu lebih awal juga sebenarnya membantu sy menyediakan emosi sy utk pegi bekerja minggu depan. Harap2 sy berjaya mengharungi hari ni.. esok dan hari2 seterusnya....

1 comments:

mama husna said...

Irma, tips yang bagus. practice dulu hantar baby ke rumah babysitter sblm masuk kerja.Anyway, Biasalah kan kita mak-mak ni, anak tido sebelah pun boleh risau;)