Wednesday, October 10, 2007

Adam Mifzal sakit lagi

Pulang dr kampung hubby di Kelantan 2 minggu lepas, Adam dan sy telah demam + selsema + batuk. Mungkin disebabkn keletihan travel. Alhamdulillah Adam sembuh dlm masa 2-3 hari. Sy pula masih selsema + batuk hingga hr ini. 3 hari lepas Adam demam + batuk + selsema semula. Tapi kali ni benar2 teruk sakitnya. Suhu bdn dia mencapai 104F atau 40degC. Batuknya berkahak, nafasnya berbunyi. Kami segera bawa Adam ke hospital kerana klinik yg biasa kami pergi tutup pd siang hr (hr Ahad). Doktor kata tonsil Adam bengkak n merah kene infection. Wallahu'alam bagaimana Adam bleh kene. Kesian Adam.. dia menangis setiap kali batuk. Dpt sy bayangkn betapa peritnya tekak dia. Sedangkn kalo sy yg kene pn dah gelisah. Inikn pula baby 5 bulan. Kerana high fever, doktor tpaksa masuk ubat melalui dubur utk segera menurunkn suhu badan.

Sepanjang Adam demam panas, air mata sy begitu mudah berguguran. Tak sanggup sy melihat anak sy terseksa begitu. Terasa berat ujian yg Allah berikan kali ini. Begitulah besarnya kuasa Yg Maha Esa. Bila2 masa saje Dia boleh mengurniakan nikmat kesihatan dan menariknya semula sekelip mata. KepadaNya sy bermohon agar Adam segera sembuh. Alhamdulillah demam Adam surut dlm masa sehari. Tapi selsema dan batuknya masih berterusan hgga hr ni.

Pengajaran yg sy dpt, lain kali jgn bawa baby berjalan jauh. perjalanan yg jauh memenatkn baby. Juga jgn bawa dia ditempat yg terlalu ramai org spt shopping complex. Antibody baby blum betul2 kuat dan mudah terkena jangkitan. Kesilapan kami ialah bawa Adam shopping di KL semasa dia baru saja sembuh. Natijahnya dia sakit semula. Nampak gayanya raya kali ni mungkin kami tak pulang ke kampung.

0 comments: