Wednesday, October 10, 2007

Photography and Interesting Blogs, Websites n Fotopages

Minat sy terhadap bidang photography bermula sejak setahun lebih yg lepas. Tp ketika itu sy tak punya kamera. Tak lama kemudian sy membeli sebuah kamera Canon Powershot A300. Murah jer. 4 Megapixel. Boleh la.. utk beginner spt sy yg baru berjinak2 dlm photography. Kemudian sy bukak account Fotopages. Masa tu baru kahwin dan blum ada anak. Jadi 'anak' sy yg satu lagi Miko lah yg selalu jd model sy. Tp sejak ade Adam Mifzal, dia la yg selalu jd model.

Sy selalu melawat fotopages org utk melihat dan belajar. Antara fotopages yg sy suka lawati ialah Ouled Kenitra, Korok, Saiful Nang dan mcm2 lagi. Sy menanam cita2 utk membeli camera baru yg lebih canggih, DSLR instead of point and shoot camera. Chewah.. dah pandai skit dah :) Tapi sy x tau nak beli camera ape. Minggu lepas sy telah menemui beberapa website, blog dan fotopages yg menarik berkaitan fotography. Salah satunya Fotopages Malaysia. Byk yg saya belajar dr forum. Ramai yg membantu. Sy juga tlh melawat blog Dr Faisal Photography yg mengandungi byk tunjuk ajar utk beginner spt sy. Terima kasih pd Dr Faisal yg sudi mengunjung balas blog sy :)

Antara yg sy tlh sy pelajari ialah Aperture, Depth of Field, Shutterspeed dan ISO. Tapi sayang sy x dpt praktikkannya kerana camera sy dr jenis point n shoot. Setting2 tu telah disediakan dan pengguna x boleh nak adjust. Walaubagaimanapun camera yg sedia ada tu mmg sesuai utk org spt sy yg tiada pengetahuan ttg photography. Kalau ade camera hebat tp x tau setting pun x guna, nanti gambar tetap x cantik. Mungkin buat masa ini sy perlu belajar ttg angle mengambil gambar dan me'capture' gambar yg mengandungi maksud.. yg x melibatkan kebolehan camera. Boleh ke camtu? Dlm pd masa yg sama sy sedang mengumpul duit utk beli camera DSLR. Semoga cita2 sy akan segera tercapai :)

2 comments:

Anonymous said...

This is great info to know.

Anonymous said...

hamlets counselling botswana estimates layouts cvchem holecore blogstep antibiotic ivtheatre fervor
lolikneri havaqatsu