Thursday, January 08, 2009

Trip ke India

Fuh!!!! Lega rasanya. Pagi ni PA boss besar sy call bagitau yg sy tak perlu ke India. Alhamdulillah... Sy pasti ade hikmahnya. 2 hari lepas sy diberitahu bahawa sy dan beberapa chief scientist yg lain akan mengikut boss besar ke India akhir bulan ni. Terkejut sy. Dah la dlm group tu sy sorg pompuan.. yg paling muda lak tu... junior scientist la katakan. Pelik jugak sy nape nama sy pulak yg naik. Diorg kata sbb sy incharge biodiesel research. Dan rombongan ke India tu nak visit Jatropha plantation dan biofuel research centre kat sana. Mungkin ade kaitannya.. tp sy rasa ade org lain yg lebih layak dan patut pergi berbanding sy. Oleh kerana masalah passport sy tak settle lg.. smalam sy bergegas menyelesaikan urusan passport di immigresen Shah Alam. Alhamdulillah passport dpt disiapkan by tghari. Dan smalam juga sy dah sign borang visa India di pejabat boss besar.

Namun pg ni.. bila PA boss besar call untuk inform yg sy tak perlu menyertai rombongan tu, sy rasa sgt2 lega. Tak perlu la sy runsing nak meninggalkan anak dan suami lagi. Lepas diberitahu 2 hr lepas.. kepala ni dok asyik terkenang camne la nanti Adam tido dgn papa dia. Dah la Adam tu manja dgn sy. Meninggalkan Adam adalah perkara paling susah utk dilakukan. Selain dr tu.. sy rasa lega jugak sbb tak perlu risau mengenai kesihatan dan ke'larat'an sy nanti. Sebenarnya sy pn tak yakin sy akan larat nak berjalan2 masa visit tu nanti. Sedangkan skang ni pun sy slalu sakit2 pinggang dan cepat penat. Skang ni baru 6 bulan. By the time pegi India nanti, kandungan sy dah nak masuk 7 bulan. Tp.. sy dah tak perlu risau psl sumer tu lg... sbb sy tak perlu pergi India :)

Namunbegitu.. dlm masa yg sama sy turut ada rasa sedikit kecewa dan terkilan. 1 - sbb sy dah susah2 pegi buat passport dan kluarkan RM300 smalam. Tak tau la bleh claim ker tak saya buat passport tu. Kalo ikutkan buat passport untuk urusan kerja boleh claim. Tp ni dah tak jadi pergi.. bleh claim ker eh?. 2 - terlepas peluang ke India.. negara yg belum sy jejaki. Ntah bila lg dpt peluang ke oversea ditanggung oleh company. hehehe.. nak pegi guna duit sendiri.. lama lg nampak gayanya. 3 - terlepas peluang belajar sesuatu yg baru. Org kata jauh berjalan luas pandangan. Ade sesetengah perkara tak boleh dipelajari dr buku jer. Peluang ke oversea ni pun penting utk career ladder sy dlm company ni. Apa2 pun.. bukan rezeki sy kali ni. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Oleh kerana sy tak jadi ke India, maka boleh la kami sekeluarga menyertai our Family Day di Ayer Tawar 24hb nanti. Yey!!! Seronok dapat berkumpul ramai2.. jumpa ahli keluarga yg lain. Dah lama tak jumpa diorg.. ramai juga yg blum tau sy mengandung.. huhuhuhu

4 comments:

areT said...

aku rasa kau patut tgk benda ni dr positive side sbb kalau kau pegi pun, mesti kau tak larat, mana dgn mengandung lagi...mana nak buat keja lagi...takpe...peluang sentiasa ada...pasai pasport tu...nothing to lose sebenarnya...valid utk beberapa tahun...maybe next year company kau hantar kau p Australia ke..who knows?

Irma said...

thanx.. aku pun mmg lega x kene pegi. hopefully dpt peluang ke tmpt lain plak nanti. tp tu la.. aku nyer passport yg dulu hilang. so yg aku buat baru ni imigresen bg 2 thn jer. pas abis 2 tahun br bleh buat baru yg 5 thn punya.

k a s e h K A M I said...

Ruginya tak dapat gi India!.. hik3.. tak pe lah.. tak de rezeki la tu.. kan!? Mungkin nak gi tempat yg lagi best kot!? Mudah2an.. Err.. tahniah nak dapat baby lagi! :D Baper bulan dah?

Irma said...

Izan, yg pasti ade hikmah ima x dpt pegi tu. Baru masuk 6 bulan. Insya-allah akhir bulan 4 due :)