Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Gelora DI Hati Sara & Niskala

Gelora Di Hati Sara (GDHS) kembali untuk musim ke-2. Saya jarang menyukai drama2 yg disiarkan di TV1 dan TV2. Bukan nak kata drama2 Melayu di channel tu tak berkualiti. Cuma mungkin nasib saya kurang baik kerana setiap kali menonton.. jarang yang dapat menepati selera saya. Tapi berlainan dengan GDHS. Saya menonton GDHS musim pertama dulu ketika bercuti panjang (atas nasihat doktor) awal tahun lepas. Itu pun siaran ulangan jam 1.30 tghari di TV2. GDHS pada saya memang sangat memberi kesan kepada penonton sehinggakan saya sendiri bagai dapat merasakan pergolakan dalam jiwa Sarah.

Tapi saya bukan nak bercerita atau mengulas tentang GDHS. Sudah ramai bloggers mengulas drama ini. Saya sekadar ingin berkongsi lirik lagu tema GDHS nyanyian Niskala. Lagu ni tak popular di radio. Mungkin hanya mereka yang menonton GDHS saje familiar dgn lagu ni. Cuba la cari lagu ni di mana2 laman web, insya-Allah jumpa. Dengarkan..



Masih Di Sini - Niskala
Aku masih tak mengerti

Cebisan hati terukir mengalir

Entah tersentuh tak beralun

Cuba memayungmu erat di hatiku

Kali ini terang ku pandang

Rupa wajah yang menjadi idaman

Sedang ku tahu tak ku mampu

hanya kata-kataku perhiasanmu

Aku masih mimpikan mu

Kerna mainan kasih yang berputik

Mengertilah kata hatiku
Terbit lahir lubuk kasih yang berkasih

Sedangku bertepuk satu tangan
Namun genggamanmu erat padanya
Mahu saja ku melepaskan
Sisa bisa rasa cinta sebegini

Ku masih di sini.. sampai bila
Entah mengapa harus lara
Ku masih begini

Tak bergoyang walau sedetik
Atas kabutnya jiwa ku sandarkan kata doa
Disusuri satu cerita
Bayangan perasaan
Kucoretkan satu pengalaman
Kulepaskan


Tuesday, January 13, 2009

Car Accident

Just now I read one of my friend's blog. She told about how she accidently slip at staircase and had minor injury. Luckly it was not a serious injury. Reading her story made me want to share mine. Few months back (on 14th August 2008 to be exact), I had an accident. I was on my way to the office after sending my son to the babysitter's house. The accident happened about 2-3km from the house. I was driving my little Kancil up a hilly road (the roads at that area is quite hilly), when i suddenly crashed faced to faced with another kancil coming from the opposite direction (in front of me). I really did not notice the car. I didnt even realize when I hit the car. The driver, who was a young lady (I assume around 22-24) said I was in her lane. As I didnt really remember and realize what actually happened, I just took whatever she said as true. Maybe I did got into her lane. Maklum jer lah, jalan kampung memang sempit. Nak berselisih pun susah. Somehow mesti termasuk lane org.. kan.


My little kancil
Some villagers and people passed by stopped to help. I was a bit stuck but still be able to get out of my car. It seemed to me that the young lady did not injured herself, as she could easily get out of her car and walked. Alhamdulillah I did not had any serious injury. Luckly I weared my seat belt that day. It saved me from any serious head injury. I got a cut in my mouth, between the nose and mouth, which was due to knocked at the steering. It caused me difficulty to speak and smile for almost 1 week. I suffered chest pain due to the impact of accident, during the first two weeks. I also suffered from knee injury. I still feel the pain until today when I do certain movement. And now when my body's weight increases due to pregnancy, the load on my knee also increases. Its painful especially during praying.


The other kancil I hit
Apa2 pun, Sy bersyukur sgt2 sbb masa accident Adam was not with me. Cant imagine if he was inside the car. Org2 kampung ckp kat situ mmg selalu org accident. Org kata tempat tu 'keras'.. wallahualam. Sy jugak bersyukur sbb tak mengalami kecederaan yg serius, sungguhpun kecederaan kereta boleh dikatakan agak serius. Nilai kerosakan berjumlah RM6850. Oleh kerana insured value kereta kancil saya rendah, insuran cuma membayar RM4000 sahaja, manakala selebihnya perlu ditanggung oleh saya. It took more than 4 months to settle everything.. insurance n fixing the car. Baru2 ni dah dapat balik kancil tu. But the condition is no longer the same as before. Bunyi enjin kasar jer. Bawak pun tak brape best. Tp boleh la pakai kalo nak drive dekat2. My hubby doesnt encourage me to travel to work everyday using that kancil, especially masa tgh mengandung ni. Tapi sebenarnya sy lagi suka naik kancil tu, minyak jimat. Dah la distance from home to office 50km. Dengan keadaan jalan yg byk lori dan batu2, sayang nak drive nissan tu.


Moral of the story.. sentiasa lah berhati2 ketika memandu. Always be prepared.. anytime.. anywher.. coz anything could happen to you. Some people asked whether I became phobia to drive after the accident. Alhamdulillah, Im not. I can still drive. Did I cry after the accident? No I did not cry immedietly after the accident. But I cried 2-3 hours after that...huhuhu.. Lambat skit impact dia. Tambahan pulak nangis sebab sakit sgt lutut yg cedera tu.

Thursday, January 08, 2009

Trip ke India

Fuh!!!! Lega rasanya. Pagi ni PA boss besar sy call bagitau yg sy tak perlu ke India. Alhamdulillah... Sy pasti ade hikmahnya. 2 hari lepas sy diberitahu bahawa sy dan beberapa chief scientist yg lain akan mengikut boss besar ke India akhir bulan ni. Terkejut sy. Dah la dlm group tu sy sorg pompuan.. yg paling muda lak tu... junior scientist la katakan. Pelik jugak sy nape nama sy pulak yg naik. Diorg kata sbb sy incharge biodiesel research. Dan rombongan ke India tu nak visit Jatropha plantation dan biofuel research centre kat sana. Mungkin ade kaitannya.. tp sy rasa ade org lain yg lebih layak dan patut pergi berbanding sy. Oleh kerana masalah passport sy tak settle lg.. smalam sy bergegas menyelesaikan urusan passport di immigresen Shah Alam. Alhamdulillah passport dpt disiapkan by tghari. Dan smalam juga sy dah sign borang visa India di pejabat boss besar.

Namun pg ni.. bila PA boss besar call untuk inform yg sy tak perlu menyertai rombongan tu, sy rasa sgt2 lega. Tak perlu la sy runsing nak meninggalkan anak dan suami lagi. Lepas diberitahu 2 hr lepas.. kepala ni dok asyik terkenang camne la nanti Adam tido dgn papa dia. Dah la Adam tu manja dgn sy. Meninggalkan Adam adalah perkara paling susah utk dilakukan. Selain dr tu.. sy rasa lega jugak sbb tak perlu risau mengenai kesihatan dan ke'larat'an sy nanti. Sebenarnya sy pn tak yakin sy akan larat nak berjalan2 masa visit tu nanti. Sedangkan skang ni pun sy slalu sakit2 pinggang dan cepat penat. Skang ni baru 6 bulan. By the time pegi India nanti, kandungan sy dah nak masuk 7 bulan. Tp.. sy dah tak perlu risau psl sumer tu lg... sbb sy tak perlu pergi India :)

Namunbegitu.. dlm masa yg sama sy turut ada rasa sedikit kecewa dan terkilan. 1 - sbb sy dah susah2 pegi buat passport dan kluarkan RM300 smalam. Tak tau la bleh claim ker tak saya buat passport tu. Kalo ikutkan buat passport untuk urusan kerja boleh claim. Tp ni dah tak jadi pergi.. bleh claim ker eh?. 2 - terlepas peluang ke India.. negara yg belum sy jejaki. Ntah bila lg dpt peluang ke oversea ditanggung oleh company. hehehe.. nak pegi guna duit sendiri.. lama lg nampak gayanya. 3 - terlepas peluang belajar sesuatu yg baru. Org kata jauh berjalan luas pandangan. Ade sesetengah perkara tak boleh dipelajari dr buku jer. Peluang ke oversea ni pun penting utk career ladder sy dlm company ni. Apa2 pun.. bukan rezeki sy kali ni. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Oleh kerana sy tak jadi ke India, maka boleh la kami sekeluarga menyertai our Family Day di Ayer Tawar 24hb nanti. Yey!!! Seronok dapat berkumpul ramai2.. jumpa ahli keluarga yg lain. Dah lama tak jumpa diorg.. ramai juga yg blum tau sy mengandung.. huhuhuhu

Wednesday, December 17, 2008

Trip ke Zoo Melaka

Pada 30 November yg lepas kami sekeluarga telah pergi ke Zoo Melaka. Sebenarnya mmg dah lama plan nak bawak Adam pegi zoo since that dia suka tgk binatang. Tangguh punya tangguh.. akhirnya tercapai juga hasrat nak bawak dia. Beberapa hari seblum pegi tu dah tanya2 member yg pernah pegi Zoo Melaka. Ade yg kata ok.. ade yg kata x berapa. Sy pn ade jenguk2 website zoo melaka n zoo negara. Memandangkan keluasan Zoo Negara tu agak besar.. we thought of start with a smaller zoo which is Zoo Melaka



Tiba di zoo around 11 a.m. .. kira dah lmbat sbnarnya. Planning nak sampai zoo awal pagi.. so that bleh abis by tengahari.. maklumlah masa tu musim hujan.. almost hari2 hujan.. especially in the evening. Tp biasa la bila dah ade budak2 ni.. plan kluar kol 8.. last2 dekat kol 9.30 gak baru gerak dr Salak Tinggi. Kitorg singgah breakfast jap kat R&R Seremban. Skali Adam ternampak lak machine yg budak2 suka naik yg masuk duit tu. Dia nak naik sgt n pastu x nak turun plak. dlm 20 min gak la tunggu dia puas main.. last2 ktorg angkut jer dia. huhuhu


Bayaran masuk zoo tu RM7 utk org dewasa. Adam still free. Kitorg x de la excited sgt nak tgk binatang2 tu.. tp lebih excited nk tgk Adam's reaction. Mula2 tu boring gak.. sbb kebanyakan binatang were resting masa tu. Tak banyak binatang yg bergerak2. N furthermore binatang2 tu quite far dr pagar... mcm nampak x nampak jer. Adam pun jd ala2 boring n mengantuk. Dah la tenghari time dia tido. Kitorg punya la usaha nak make him stay awake. Kejap2 dukung dia.. kejap2 bg dia duduk dlm stroller. Bila dok dlm stoller jer dia nak tertido.. kesian gak kat dia.. heheheh.. but Alhamdulillah Adam x meragam.Kitorg amik masa 2 jam lebih gak nak jalan satu zoo tu. Penat giler rasa.. kira berbaloi gak la bayar RM7 tu.


Tuesday, December 09, 2008

Algae World 08 & Baby on the Way

Bulan lepas saya telah mengikuti satu international conference (Algae World 2008) in Singapore. Pertama kali saya diberi peluang menyertai international conference di luar Malaysia. Kalo ikutkan sejarah company ni, junior exec (below 3 yrs) mmg de peluang nak pegi conference kat oversea. Tp alhamdulillah rezeki saya. tambahan lak conference tu bersifat teknikal dan merupakan topik research projek sy. Byk yg sy pelajari ketika di sana. Balik dr conference berserabut otak berfikir camne nak buat report. Ilmu n info yg sy dpt dr conference tu pun tidak tersusun dgn baik dlm otak ni. Ni dah masuk 3 minggu, tp report x siap lg... huhuhu... harap2 dapat siapkan hr ni. hehehhe.. tp 2 minggu lepas pun bende yg sama sy katakan.. hehehe..

Saat nak meninggalkan Adam n Papa kat KLIA rasa nak menangis.. tapi kalo Adam nampak mama dia nangis, sure dia nangis skali.. huhuhu


Masa pergi Singapore tu.. first time la tinggalkan Adam selama 2 mlm. Kesian dia. Hubby kata Adam dok panggil2 'mama'.. nak tido pggil.. bgn tido pggil.. yer la.. sejak lahir x pernah lg sy tinggalkan dia kecuali waktu kerja. kalo kene outstation jauh pun.. sy berusaha balik ke rumah hr yg sama. penat mmg la penat. tp x sampai hati la nak tinggalkan dia. Tmbahan lak Adam menyusu badan. Sejak sy tahu sy nak kene pergi Singapore.. sy dah mula train Adam minum susu botol. Sblum ni kat rumah babysitter dia ok jer minum susu dlm botol. Cuma bila dok dgn sy jer dia ngada2. Bermula raya aidilfitri yg lepas.. start reduce bg susu bdn. Alhamdulillah by the time sy pegi Singapore hr tu dia dah mula minum susu di botol sepenuhnya. Cuma kdg2 tu dia ngada2 nak juga susu bdn. Nak lepas gian la tu.. heheheh..



Beberapa pemandangan di Singapore yang sempat diambil... tak sempat nak jalan ke mana-mana pun.

Ade kemungkinan bulan januari ni kene ke jepun pulak utk projek bioethanol. Tp x confirm lg sbb dengar2 citer projek tu ditangguhkan. Sy sbenarnya teringin juga nak ke sana. Tujuannya nak belajar jer. Dgn org2 Jepun ni.. kdg2 diorg x reveal sumer information walaupun kita dah sign agreement. Sbb tu sy rasa penting utk pergi sana n lihat sendiri technology diorg. Tp pd masa yg sama sy berat hati juga kalo terpaksa pergi. Kalo kene pergi mungkin dekat seminggu juga. Camne la nak kene tinggalkan Adam lg. Tmbahan pulak masa tu kndungan dah masuk 6 bulan. Skang ni pun sy rasa dah x larat.. mcm dah ngandung 8 bulan. Camne la bila perut makin besar nanti. Lain betul la mngandung yg 2nd one ni. Asyik sakit2 jer. Risau jugak.

Hari sabtu lepas pergi monthly check-up. Doctor kata mungkin baby girl.. tp x confirm lg.. sbb position baby masa scan tu agak menyukarkan keadaan melihat jantina baby. Kalo betul la girl.. best nyer. Mmg berharap dpt baby girl. Org kata anak pompuan ni senang skit nak jaga masa kecik. Tp bila dah besar nanti.. susah nak jaga. Anyway bila dia besar nanti ade la anak pompuan nk tolong2 buat kerja rumah. Anak laki pulak susah jaga masa kecik.. dah besar nanti senang. Tp kalo rezeki dpt boy jugak.. sy terima. Janji sihat.. sempurna fizikal dan akalnya.. alhamdulillah.

Thursday, May 08, 2008

Tazkirah Sarapan Pagi

Pagi ini saya telah mendapat ilmu/pengetahuan baru dari sesi tazkirah waktu sarapan pagi. Di pejabat saya ada seorang rakan yang gemar bercerita dan berkongsi ilmu2 agama termasuk lah cerita2 sejarah. Banyak ilmu yang berguna saya pelajari dari cerita2 yang disampaikan. Waktu sarapan pagi adalah waktu di mana kami berkumpul dan makan bersama sambil berbual2, samada berbual kosong mahupun sesuatu yang berilmiah. Sebenarnya selalu juga rakan saya ini berkongsi ilmu. Tapi sebelum2 ini saya tak pernah tulis ape yg saya pelajari. Jadi bagi mengelakkan saya lupa, saya rasa saya patut tulis di blog ni. Dpt juga berkongsi ilmu dgn pembaca.

Cerita yang disampaikan pagi td mengenai kisah Nabi Musa a.s. Menurut rakan saya ini pada zaman Nabi Musa a.s, iman bersifat ‘ainul iman’ atau iman yang timbul dari apa yang dilihat. Pada zaman itu Allah telah menunjukkan Ke-Esa-anNya secara zahir selama 40 thn kepada umat Nabi Musa a.s. Antaranya Laut Merah terbelah, makanan turun dari langit, air keluar dari batu tergantung dan pakaian yang membesar bersama pemakainya. Namun begitu iman yang bersifat begini tidak kuat. Ketika Nabi Musa a.s. pergi mengadap Allah selama 40 hari, umatnya telah menyembah berhala (patung sapi emas).

Berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w, di mana iman bersifat yakin dengan sepenuh hati walaupun sesuatu yang tidak dapat dilihat, mahupun sesuatu yang di akal manusia itu tidak logic. Contohnya pada malam Israk Mikraj, Rasulullah telah menaiki buraj (sejenis binatang) dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa dan kemudiannya naik ke langit. Semuanya berlaku dalam satu malam. Jika difikirkan oleh akal fikiran manusia yang sgt terbatas ini, tentu sahaja ianya tidak logic. Tapi sebagai orang Islam kita wajib percaya dan yakin, itu lah Iman.

Dari cerita yg disampaikan juga, baru saya tahu bahawa umat Nabi Musa a.s itu terbahagi kepada 12 puak. Ketika Laut Merah terbelah, Allah telah membuat 12 belahan laut untuk 12 puak, yang mana setiap puak melalui satu belahan (bukan seperti yang digambarkan, laut terbelah dua). Pada ketika Firaun sampai di tepi laut merah yang sedang terbelah itu, Firaun sedar bahawa laut akan bertaut kembali dan dia akan lemas sekiranya dia turut mengejar Nabi Musa a.s yang sedang melintas laut yg terbelah itu. Allah telah mengarahkan Jibrail menunggang seekor kuda betina yang kemudianya berlari di depan Firaun. Ia telah menyebabkan kuda jantan yang ditunggang oleh Jibrail mengejar kuda betina tersebut, lalu masuk ke dalam laut yang terbelah. Pengikut2 Firaun juga turut masuk ke dalam laut yg terbelah itu apabila melihat raja mereka masuk. Seperti yang diketahui umum akhirnya Firaun dan pengikut2nya mati apabila laut yang terbelah pada mulanya, kembali bercantum.

Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh rakan saya ini. Tapi tidak dapat saya karang semula kerana ada yang saya lupa. Barangkali lain kali saya patut membawa buku nota kecil dan mencatatnya ketika dia bercerita. Apa2 pun saya sgt bersyukur dgn adanya orang seperti rakan saya ini. Moga2 bertambah pahala dan ilmunya berkat ilmu yang disampaikan kepada saya dan rakan2 yg lain.