Showing posts with label Song. Show all posts
Showing posts with label Song. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Ayoub & Sepi

Lagu yang sedang terngiang-ngiang di telinga sekarang ini ialah Sepi dari 6ixth Sense. Lagu ni lagu soundtrack cerita 'Ayoub' ..drama kat TV3 yang pukul 10.30 mlm tu. Saya tak mengikuti pun cerita ni. Tapi bila dah nak akhir2 tu macam best plak. Tapi soundstrack dia lagi best lah!!


Sepi - 6ixth Sense
Hapus airmatamu dah jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dah jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Mentari pagi
Bawakan embun sejukkan pagi
Aku di sini menatap engkau
menangis sepi

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dah jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dah jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Thursday, July 29, 2010

Gelora Di Hati Sarah 2 - Ku Di Sini

Ni la cerita favorite saya skang ni. Tiap2 Rabu malam tak sabar2 nak tengok citer ni. Malam tadi episodnya agak menyesakkan dada.Hmm.. iyer ker? ker saya terlalu 'into' the story? Sebagaimana fokusnya si Amir setiap kali menonton Upin & Ipin, begitu lah fokusnya saya menonton drama ini. Dan lagu Fauziah Latiff yang terbaru dan juga merupakan soundtract GDHS2 ni menjadi lagu favorite saya skang ni.


Ku Di Sini - Fauziah Latiff

Ku di sini meratapi kasih hilang pergi
Mungkinkah kembali
Ku tak pasti
Hingga kini meratapi kasih duka ku di hati
Ku mengerti pengorbanan ini
Ku tempuhi dengan rela hati
Walau perit akan ku lalui
Kerana kasih bukan kerana membenci
Andai beginikah penghinaan
Kan ku titip kesabaran dari segala dugaan
Oh Tuhan Kau dengarkanlah rayuan
Cintaku yang berpanjangan tak kesampaian
Yang ku dambakan tiada haluan
Yang berpanjangan tak kesampaian
Yang ku dambakan tiada haluan
Ku di sini melewati hari penuh duri
Masih di sini



Tontoni video klip lagu ini di sini

Tuesday, May 25, 2010

Gelora DI Hati Sara & Niskala

Gelora Di Hati Sara (GDHS) kembali untuk musim ke-2. Saya jarang menyukai drama2 yg disiarkan di TV1 dan TV2. Bukan nak kata drama2 Melayu di channel tu tak berkualiti. Cuma mungkin nasib saya kurang baik kerana setiap kali menonton.. jarang yang dapat menepati selera saya. Tapi berlainan dengan GDHS. Saya menonton GDHS musim pertama dulu ketika bercuti panjang (atas nasihat doktor) awal tahun lepas. Itu pun siaran ulangan jam 1.30 tghari di TV2. GDHS pada saya memang sangat memberi kesan kepada penonton sehinggakan saya sendiri bagai dapat merasakan pergolakan dalam jiwa Sarah.

Tapi saya bukan nak bercerita atau mengulas tentang GDHS. Sudah ramai bloggers mengulas drama ini. Saya sekadar ingin berkongsi lirik lagu tema GDHS nyanyian Niskala. Lagu ni tak popular di radio. Mungkin hanya mereka yang menonton GDHS saje familiar dgn lagu ni. Cuba la cari lagu ni di mana2 laman web, insya-Allah jumpa. Dengarkan..



Masih Di Sini - Niskala
Aku masih tak mengerti

Cebisan hati terukir mengalir

Entah tersentuh tak beralun

Cuba memayungmu erat di hatiku

Kali ini terang ku pandang

Rupa wajah yang menjadi idaman

Sedang ku tahu tak ku mampu

hanya kata-kataku perhiasanmu

Aku masih mimpikan mu

Kerna mainan kasih yang berputik

Mengertilah kata hatiku
Terbit lahir lubuk kasih yang berkasih

Sedangku bertepuk satu tangan
Namun genggamanmu erat padanya
Mahu saja ku melepaskan
Sisa bisa rasa cinta sebegini

Ku masih di sini.. sampai bila
Entah mengapa harus lara
Ku masih begini

Tak bergoyang walau sedetik
Atas kabutnya jiwa ku sandarkan kata doa
Disusuri satu cerita
Bayangan perasaan
Kucoretkan satu pengalaman
Kulepaskan


Monday, May 17, 2010

A.P.I - Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Wednesday, February 10, 2010

Perpisahan

Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, spt biasa sy mendengar radio Hot.fm. Topik perbualan pd pg ini ialah 'Perpisahan yang tidak diduga'. Sy tidak begitu tertarik dgn topik yang bualkan tp lebih tertarik dgn lagu2 yg di keudarakan, lagu2 yg mengisahkan perpisahan. Salah satu lagu yg begitu menyentuh perasaan sy ialah Perpisahan nyanyian Anuar Zain. It was my favorite song when it became OST of Cinta. Lepas dengar lagu ni pg td.. lagu ni asyik terngiang2 dlm kpl. So I want to share the lyric with you n other....

Ku Mengerti Perpisahan Ini
Bukan Kerana Kau Membenci
Tapi Kasih Yang Pernah Ku Beri
Tiada Lagi Bersama

Sering Kala Aku Terlihatkan Mu
Impian Nan Indah Julang Bahagia

Ku Harungi Hari Demi Hari
Bersama Wajah Tak Mungkin Akan Kembali
Tapi Hati Masih Tak Terima
Ditinggalkan Sengsara

Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu

Tak Sanggup Aku Kehilangan
Kehilanganmu
Oh.. oh..
yea… yea..

Masih Tercari-Cari
Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Masih Tercari-Cari Bayanganmu
Tak Sanggup Aku Kehilanganmu

Tuesday, November 04, 2008

Keroncong Hujan

"Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
Gerimis berderai di merata
Bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
Adakala bahgia terasa
Meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
Sayup mendayu lagu keroncong
Merdu irama dialun bersenandung
Hujan membasahi bumi
Melahirkan keluhuran budi
Mengeratkan perpaduan suci
Kasih sayang abadi"


Kenapa saya post lirik lagu ni.. saya pun kurang pasti. Tapi hari ini lagu Keroncong Hujan nyanyian Adibah Noor dalam filem Mukhsin asyik bermain-main dalam fikiran saya. Padahal saya tidak mendengar radio pun ketika ini (kecuali semasa memandung dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi). Bukan bertujuan nak mempromosi filem Mukhsin walaupun saya sendiri memang menyukai filem tersebut. Tapi filem itu telah lama ditayangkan. Yasmin Ahmad pun dah nak keluar dengan Mualaf (dengar cerita kontroversi juga filem ni). Kesimpulannya, saya tiada tujuan specific menge'post' lirik lagu ini. Mungkin sekadar berkongsi lagu2 keroncong yang saya minati. Memang best la lagu2 keroncong ni. Ada lagi satu lagu keroncong yang saya suka. Tapi belum dapat cari liriknya.