Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

'Not so good' week

Last week was a 'not so good' week. Adam demam, Amir selsema + batuk yang tak baik2 dah 3 minggu lebih, and I myself got sore throat and lost my voice. I was supposed to go to Japan for a one-week job attachment. But at last minute I had to cancel it because the kids had not recovered. Alhamdulillah syukur sgt2 that Adam was not admitted to hospital, although at one point I was determined to send him to hospital because he didn't want to eat nor drink. Alhamdulillah juga that my boss willing to replace me for that Japan trip (hhmm... not really sure that he actually willing or not.. hehehehe). Alhamdulillah that I don't have to leave my family for a week. Can't imagine leaving them that long even if they are all healthy. I never leave them more than 2 nights. Maybe that's why I can't imagine if I have to leave them longer.

Some people said it is blessing in disguise. Some other people said rugi tak dpt pegi Jepun. Some other pulak berpendapat nasib baik tak pegi jepun. Whatever people said or think.. I am very sure that all these things happened for reason. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Am I terkilan? Not really. Maybe because I myself was 50-50 when I decided to tell my boss that I can go to Japan if I had to and if he wants me too. I didn't do any preparation except for the Japan visa. Dan akhirnya... Allah menentukan belum masanya saya pergi.

Anyway.. back to office after 1 week there are too many things to be done. As usual I'm having trouble to choose which and where to start with. Already make the task list.. already know which one is more important and/or urgent.. but still don't know where to start with. End up I am here writing on my blog. Very not productive :P

I am thinking of going out for a window shopping and shopping probably on necessary items. Yeah.. got buy some new clothes for Adam since many of his old clothes do not fit anymore. Thinking of buying a new comforter set for the guess room since my sister will use that room during her engagement day just around the corner. Must buy a new pair of sandal for myself. The one that I'm wearing right now are already tore up. Tunggu masa jer nak tercabut. Must find a new nice dustbin for the kitchen as well. The existing one dah hilang penutupnya. Got to buy some stuff for the lab.. polystyrene, white board, papers, etc. Hhmm.. it seems that I have good reason to go for a shopping. But when?

Tuesday, February 23, 2010

PICASA - Amir Mukhriz


Testing upload a picture into my blog through PICASA - very easy. This is a picture of Amir taken couple of weeks ago. He is now 10 months... but he doesn't look like a 10 months old boy. Perhaps because he has less hair.. hehehe. Some people mistaken him as a girl.. hehehe.. Takpe Amir, Abg Adam dulu pun ramai yang ingat perempuan. 'Jambu' sangat ker anak2 mama ni?

Monday, October 19, 2009

After 4 months

Pejam celik pejam celik.. dah 4 bulan sy bekerja setelah lama bercuti (MC + maternity). Rutin harian yg sgt memenatkan berjaya juga sy tempuhi. So far, kesibukan di tmpt kerja dgn kerja2 yg pending sejak sy bercuti dr bulan Feb lalu sy masih boleh handle, walaupun byk bende yg terpaksa di'recall'. Yg lebih memenatkan ialah nak handle anak2 bila balik dr kerja. Sekarang baru la sy terasa jauhnya ofis sy dr rumah, 47km. Kalo dulu tak terasa sgt. Anyway sy bersyukur sbb perjalanan pergi dan balik ke ofis takde jem atau pun tol. Dlm 45 min boleh sampai ke destinasi.

Dalam 4 bulan ni.. rasanya ok la jugak. Amir dan Adam pun dah boleh bangun awal walaupun kadang2 terpaksa juga dikejutkan. Kol 7-7.30 pagi sy dah hantar Amir & Adam. Kdg2 Adam nak papanya yg hantar. Papanya masuk kerja kol 9.. jadi dia selalu kluar lmbt berbanding sy. Malam pulak byk bergantung kepada Amir. Kalo dia tido awal.. senang skit kerja sy. Tp kalo time dia buat perangai mmg payah la. Most of the time.. sy tidurkan Amir.. sy pun tertido skali.

Hr ni sy x de mood nak buat keje sgt. mungkin sbb selsema.. mungkin jugak sbb tak dpt ape yg sy nak. Sy br dapat notebook baru.. company bg in replace of desktop. Smalam sy dah transfer semua file dlm notebook lama (personal notebook) ke dalam external hard disk untuk dipindahkan dalam notebook baru ni. Tp pagi ni bila sy transfer dlm notebook baru.. ade beberapa folder yg mcm x update. So.. ade sesetengah file yg sy nak x de.. n sy x bleh nak buat keje. Lagi satu yg mungkin mambuatkan sy x de mood nak buat keje ialah sbb broadband. Sy cuba connect kan broadband sy di notebook baru.. tp notebook tak dpt detect. Walhal di notebook sy dulu senang jer.. x payah nak install ape2 pun. Oleh kerana x dapat detect broadband.. maka x dpt la nak check yahoo mail & facebook.

Sepanjang 4 bulan ni.. antara perkara2 yg telah berlaku:

1) Naik pangkat
Alhamdulillah.. sy telah dinaikkan pangkat Senior Engineer. sempena kenaikan pangkat, gaji pun naik la skit. Syukur kepada Allah s.w.t. rezeki utk Amir. Tp naik pangkat juga seiring dgn bebanan kerja. Sejak naik pgkt ni.. byk betul keje sy. Dulu sempat juga sy ber'facebook' time keje.. or ber'blogging'.. or ber'fotopaging'.. dan perkara2 yg x sepatutnya dibuat time kerja. Tp sejak naik pangkat ni.. x de masa langsung. Sbb tu juga la dah lama sy x dpt nak tulis blog.. walaupun hati sy meronta2 nak meluahkan perasaan.

2) Bos baru
Bermula 1 July 2009 (financial year baru), sy dpt bos baru. not really new actually. cuma dia baru di'promote'kan ke manager level. Dulu sy report to big bos (VP I). Tp skang ni x perlu lg sbb senior sy dah dinaikkan pgkat ke AVP 1 .. so sy report pd dia jer. OK skit.. sbb sy segan dgn big bos. dr dulu lg kalo ade ape2 sy slalu citer kat senior sy tu.. nanti dia yg reportkan kat big bos.

3) Puasa & Raya
Puasa tahun ni agak mencabar sbb dah ade 2 org anak. Yg sorg dah pandai minta itu ini.. yg sorg lg lak asyik nak duduk beriba. Jadi.. terpasak berbuka puasa bergilir2. Anyway.. sebulan puasa berjaya ditempuhi.. rasa kejap sgt. Raya aidilfitri lak kami sekeluarga beraya di Bidor.. kg opah belah mama. Alhamdulillah segala berjalan lancar.

4) Kereta baru
Berikutan kemalangan yg sy tempuhi setahun yg lalu.. condition kereta kancil sy dah x tip top lg.. walaupun sudah dibaiki. Memandangkan suami sy berulang ke office nyer di damansara setiap hari.. akhirnya kami trade in jer kancil tu dgn viva baru. ok la skit.. x de la risau sgt suami nak drive.

5) Adam & Amir
Adam kini dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dia dah x pakai pampers sejak 2 bulan yg lalu. Dah byk bercakap walaupun pelat. Boleh la diajak berborak dalam kereta. Dah pandai merajuk.. dah pandai menjawab.. dah pandai menyakat adiknya.. dah pandai bergaya dan mcm2 lg. Favorite movie dia skang ni Transfomers 2.. siap kenal lg mana robot baik, mana robot jahat. tp bila nak tido mesti nak tgk Ice Age 2.



Amir lak dah 6 bulan. Dah mula makan nestum n kuat minum susu. Badan x nampak berisi.. tp bleh tahan berat. 2 minggu lepas berat dia 7.2 kg. Dia dah cekap meniarap n menelentang.. kejap jer berguling n pusing2. Dh penah jatuh katil sekali.. sian dia. Dah bergerak ke depan dah.. tp x laju. kalo atas lantai.. laju la sbb licin. Kalo atas tilam slow skit. Amir dah pandai main.. suka senyum.. suka jerit.



6) Kesihatan
Alhamdulillah.. kami dikurniakan kesihatan yg baik. Cuma sejak 3 minggu lepas Amir selsema.. x baik2 sampai skang. Batuk sejak seminggu lepas. Adam pun selsema n batuk.. tp dah beransur pulih. Amir ni yg sy risaukan. Mlm2 asyik batuk x berhenti2 .. tp x de bunyi kahak. Plan nak bawak specialist hr jumaat ni.

Hmm.. ape lg yer. cukup lah dulu. panjang2 kan x bleh nak upload lak.. penat jer mengarang. huhuhu

Tuesday, June 23, 2009

1st day Working

Yesterday was my 1st day at work after a long leave, 18 weeks - 9 weeks of medical leave + 9 weeks of maternity leave. Lama giler. Some of my friends harus la jeles kan.. huhuhu. Seawal 6 pg lg sy dah bgn bersiap.. bukan sbb bersemangat nak pergi kerja. Tp sbb byk bende nak kene buat. Pukul 7 sy dah kluar rmh hantar Adam dan Amir ke rmh K.Wati. Alhamdulillah Adam x byk kerenah pg smalam. Perjalanan ke ofis terasa sgt memenatkan..maklumlah dah lama sy x drive long distance. Sampai jer ofis pening gler kepala ni. Mungkin sbb pencahayaan yg terang dan mungkin juga sbb driving lama. Sy sampai ofis awal juga.. kol 8 tepat. Kira awal la tu... sbb sy mmg terkenal dgn dtg lmbt sblum2 ni :)

Di ofis pg2 lg En Faisal dah dtg jumpa sy utk discuss pasal KPI. Patutnya sy yg pegi jumpa dia. ni.. boss lak dtg jumpa sy..huhuhu. Lepas tu dia ajak pegi East Oil Mill utk jumpa 2 trainee student yg baru masuk bwh jagaan kitorang. Aduh.. 1st day dah kene gi mill. Sib baik x lama. Mata sy dah la mengantuk x cukup tido. Kalo sblum ni kalo x cukup tido waktu mlm pun.. siang masih bleh rehat. Tp ni kat ofis.. nak rehat camne pun. Dah la malam sblum tu pun Amir buat perangai susah tido lg. Dr kol 8.30 sy dok mendodoikan dia.. kol 10.30 br dia tido. Tgh mlm lak x lena tido nyer.. asyik gelisah jer. Tu yg sy jd x cukup tido tu.
Balik dr mill sy habiskan masa mengemas tmpt sy yg bersepah. Buku2, document2, mcm2 la atas meja berdebu tak diusik sejak sekian lama. Lama jugak sy mengemas meja, locker , buat filing document, dll. Kira smalam mmg x mula kerja sgt lg lah. Pastu sy chatting dgn kwn lama.. huhuhu.

Kol 5.15 sy kluar dr ofir dan terus amik Adam n Amir di rmh babysitter. Kemudian balik rumah jap amik stroller Amir dan jln kaki bwk diorg ke playground tmn perumahan kami. Saje jer jln kaki.. dpt exercise skit. Balik rmh dah dekat jam 7. Sy melayan anak2 sementara tunggu hubby balik kerja. Adam time2 camni la dia byk kerenah nak itu ini. Jenuh la nak pujuk dia. Skang dia ni kalo nak sesuatu.. time tu gak dia nak. Kdg2 sy jd x bleh nak handle. Mlm lak lepas sy siap2 mandi n solat.. sy tidokan Amir. Spt mlm sblum nyer dia buat perangai susah nak ditidokan lg. Padahal mata dia dah ngantuk.. byk kali menguap. Lena kat riba tp bila letak jer terjaga balik. Last2 dia tido dlm pelukan sy lebih kurang kol 10.30 gak la. Agaknya ni la perangai baru Amir bila masuk 2 bulan.

Kesimpulannya.. I had a very extremely tiring and exhausting day yesterday. Kpl sy pening dr pg sampai la ke mlm. Bdn sakit2 mcm dah lama x exercise. Bdn pun panas mcm demam jer. Mlm lak x cukup tido. Makan mlm x menentu waktu. Masa dgn hubby n Adam jd terhad sbb byk masa dihabiskan utk menidurkan Amir. Melihatkan jadual sy smalam membuatkan sy terfikir lg ttg idea utk berhenti kerja. Sy rasa mcm x mampu nak melalui kehidupan spt smalam. Tgk lah camne.. mungkin hr ni lebih baik dr smalam ..

Monday, June 15, 2009

1st day for Amir Mukhriz

Hari ni hari pertama Amir dihantar ke rumah babysitter bersama abgnya Adam. Dan juga hr pertama sy tidak bersama Amir sejak dia lahir. Sebelum ni hati sy risau sgt mengenangkan mcm mana la nanti Amir duduk rumah org. Ok ker dia.. meragam ker dia.. Amir ni dah la manja n agak kuat menangis berbanding abgnya Adam dulu. Bukan sy tak percaya pd babysitter (Kak Wati) menjaga anak2 sy.. tp hati ibu mana yg tak risau nak meninggalkan anak di tangan org lain. Yer la.. 1st day berpisah (walaupun hanya di waktu siang).

Sy selalu meletakkan dan membayangkan diri sy di tempat Amir. Amir pun mesti terkejut. Why suddenly persekitarannya dan org2 dikelilingnya lain. Sure dia rasa unsecure. Paling sy kesian bila dia nak menyusu n nak tido. Yer la.. bila dok dgn sy Amir menyusu di badan. Nak tido pun nak menyusu badan jugak. Tp bila dok rumah babysitter ni.. minum susu mama dlm botol jer la. Mesti dia marah2 n menangis nanti. Walaupun sebulan sblum sy mula hantar dia ke rumah K.Wati sy dah train Amir minum susu dlm botol, tp sy cuma bagi dia sekali sehari. Tp hr ni Amir kene minum susu dr botol dr pg sampai la ke ptg.

Hari ni Amir duduk rumah 'ibu'nya, K. Wati.. suasana yg tentu asing bg dia. Dikelilingi org2 yg juga asing bg dia. Cuma harapkan ada Abang Adam nya lah. Org kata baby tak tahu ape2 lg. Tp sebenarnya baby mempunyai deria yg sgt peka. Baby bleh tahu jika org lain yg mendukungnya. Masa balik kampung baru2 ni pun.. Amir tak nak dgn org lain. Bila org lain yg dukung dia.. dia menangis. Mengenangkan tu semua.. buat sy rasa susah hati.. rasa nak menangis.. rasa nak pegi amik dia skang jugak. Tp sy kene kuatkan hati. Ni training buat Amir juga sy sendiri. Minggu ni sy masih blum bekerja. Minggu depan sy sudah mula bekerja dan sy perlu memberikan tumpuan pd kerja. Kalo minggu depan baru nak mula hantar Amir ke rmh babysitter.. mesti sy pun tak dpt nak focus pd kerja nanti... dok teringat kat anak. So dgn menghantar Amir seminggu lebih awal juga sebenarnya membantu sy menyediakan emosi sy utk pegi bekerja minggu depan. Harap2 sy berjaya mengharungi hari ni.. esok dan hari2 seterusnya....

Thursday, June 04, 2009

Cabaran yang Mencabar

Hari ni masuk hr ke-4 sy menjaga Adam dan Amir. Sebelum ni hubby hantar Adam ke rumah babysitternya sblum dia pegi keje, kerana sy bimbang tak mampu nak menjaga kedua2nya bersendirian. Lg pun dah upah babysitter kan.. hantar jer la. Tp sejak hr isnin lalu babysitter ade emergency.. kakaknya kene strok.. masuk ICU. So.. 1st time la sy kene jaga dua2 putera bersendirian di rumah. PERKKHHH... SANGAT MENCABAR!!!. Yer la.. si abang walaupun dah besar (x de la besar mana pun) byk la kerenahnya. Nak itu.. nak ini.. Ade time dia baik senang la nak menjaganya. Tp bila time dia moody.. manja n mengada2 mengalahkan si adik. Tu belum masuk bab suka menjawab n sengaja sakitkan hati mama dia ni. Kdg2 sajer jer dia ckp kuat2 time adiknya tgh tido. Kdg2 lompat2 atas katil la. Sengaja nak tarik perhatian la tu. Mujur la dia masih mau mendengar kata. Cuma kene pandai caranya.

Si adik lak walaupun hanya tau minum susu dan tido jer.. demandnya tak kurang tingginya. Tak perlu la nak cerita byk di sini sbb dah byk sy bebelkan psl kepayahan menjaga si adik dlm enrty lepas. So.. just imagine nak jaga baby sorg pun susah.. inikan pulak ditambah dgn si abang. Aduh.. mmg stress sgt kdg2. Smpai nangis2 sy dibuatnya. Kdg2 ade juga marahkan si abang .. tp lepas tu sy kesian lak.. menyesal rasa.. pastu sy yg nangis. Kdg2 bila si adik susah sgt nah ditidurkan pun sy nangis.

Smalam (Rabu) hubby pergi kursus di Bukit Tinggi 3 hr 2 mlm. Esok mlm baru balik. Sy minta tolong abah datang temankan kami 3 beranak di rumah. Lg pun skang ni tgh cuti sekolah. Adik2 sy Nadjmi n Nadjihah bleh la temankan Adam. Adam mmg suka betul kalo tok, uncle n aunty dia tu dtg.. sampai tak nak gi rmh babysitter. Dgn adanya abah n adik2 ringan skit la beban sy. Bleh la nak sembahyg, mandi n makan dgn tenang skit. Tp tu la.. bila diorg ni ade kat rmh.. Adam asyik nak main jer. Main tak ingat dunia punya lah. Lari sana sini.. terjerit2.. gelak2.. kuat lak tu. Maka makin sukar la tugas sy menidurkan Amir. Bertambah payah lg bila Adam nangis bila ada yang tak kene sedang dia bermain dgn uncle n aunty nyer tu. Yer la.. uncle nadjmi n aunty nadjihah dah darjah 4 n darjah 2.. main lak dgn budak umur 2 tahun. Tentu la ada skit perbezaan kehendak.. kefahaman.. dan frequency. Sudahnya Adam jugak yg menangis.

Skang ni dua2 Adam n Amir tgh tidor. Sblum ni tak penah dpt dua2 tido serentak waktu siang. Baru la sy berpeluang surf internet, cek emel dan meluahkan perasaan kejap. tp sekejap jer... sbb sy dah mula dengar si adik merengek2 kegelisahan. Sakit perut agaknya. Sbb td masa sy menyusukan dia.. dengar perut dia bunyi2 angin. Kembung perut skit. Tp selalunya ok lepas dia berjaya kentut or berak. Hopefully....

Thursday, May 28, 2009

Aduh.. sukarnya...


Aarrgghh :( ... Amir is giving me hard time lately. Susah betul nak tidurkan dia, especially waktu mlm. Jenuh dah susukan.. 'burb'kan.. dodoikan.. most of the time amik masa dekat2 sejam gak baru dia lena. Bila diriba/didukung.. senang jer dia terlelap. Tp bila letak jer.. terus terjaga balik. Kalo tak pun.. lena dlm 15min.. pastu terjaga balik. Kadang2 tu nampak sgt dia dah mengantuk benar.. berkali2 menguap.. tp mcm ditahan matanya supaya tak tertido. Yang pelik nya waktu siang tak la sesusah waktu malam bila nak tidorkan dia. Kadang2 waktu siang sengaja sy biarkan dia berjaga lama skit dgn harapan bila malam dia akan lebih mudah tidor. Tp tak jadi jugak..

Kami mmg tak ajar anak2 tido dalam buaian.. takut nanti susah pulak bila nak jalan2. Tp kat rumah babysitter.. Adam dulu mmg ditidorkan dlm buai. Sy tak salahkan babysitter pun.. mungkin jugak susah nak tidorkan dia. Amir ni nanti pun sy tak kisah kalo babysitter nak tidorkan dalam buai. Yer la.. dia pun ade jaga anak org lain. Mesti susah kalo nak concentrate kat Amir sorang jer. Sedangkan sy pun susah nak tidorkan dia. Inikan pulak org lain.

Kadang2 mmg rasa geram n nak marah jer. Yer la.. kita dah penat seharian jaga dia, malam lak dia buat perangai susah nak tido. Nanti tgh2 malam nak bangun menyusukan dia lg. Tp nak marah dan lepaskan geram pd siapa pun. Dah namanya baby.. dia bukan faham. Nak marahkan hubby... tak boleh juga. Dia pun dah penat seharian di tmpt keje. Kdg2 ada juga la dia tolong tidorkan Amir. Tp jarang2 la berjaya melenakan Amir. Sudahnya kat mama ni jugak yang Amir nak. Itu pun sy dah cukup bersyukur hubby blum lg bersungut sbb sy byk habiskan masa utk Amir. Makan mlm pun skang ni ala kadar jer. Makan pun asing2 sbb kalo Amir tak tidor lg.. salah sorang kene temankan dia. Ha.. ni lg satu masalahnya. Si Amir ni asyik nak berdukung n beriba jer. Dia nak sentiasa ada org temankan dia. Dah tu camne nak wat keje?

Aduuhh.. mencabar betul jaga anak sy yg no-2 ni. Seingat sy Adam dulu tak la sesusah ini nak dijaga. Waktu mlm pun dia cuma bangun 2 kali utk menyusu.. pastu sambung tido balik. Tp Amir ni.. kdg2 bila dah menyusu dia bantai berjaga plak 1-2 jam. Mcm mana la sy nak cukup tido. Skang ni sy masih bercuti tak pe la. Waktu siang bila Amir tido.. sy bleh tido skali (walaupun jarang dpt peluang tu). Tp mcm mana bila sy dah mula bekerja semula nanti? Sy risau keadaan ni berlarutan. Kadang2 terfikir nak berhenti kerja saje dan tumpukan pada keluarga. Tp kedudukan kewangan keluarga tak mengizinkan. Nanti mana cukup duit nak bayar rumah.. kereta.. monthly expenses lg. Org kata.. rezeki ada di mana2. Tp ntah la.. sy blum berani nak ambil langkah drastik berhenti keje. Lg pun tak sampai hati nak biarkan hubby tanggung sorg. Tgk org lain bleh jer besarkan anak2 dan keje dalam masa yg sama. Takkan sy tak boleh kan..

Mungkin ni cuma sementara. Harapnya bila Amir dah besar skit dlm 3-4 bulan.. dia lebih mudah dijaga. Waktu tido yg lebih teratur. Itulah harapan sy. Tp yg pasti bila dah besar skit nanti.. lain pula cabarannya nanti. Hmm.. tak baik betul sy ni dok mengeluh ttg kurniaan-Nya. Begitu sukar waktu sy mengandungkan dia.. bila dah lahir patutnya sy lebih bersyukur dan menghargai putera kurniaan-Nya ini. Tp sy mengeluh pulak. Astaghfirullahal'azim.. ini baru sedikit dugaan yg diberiNya. Blum lg dugaan anak sakit.. dan mcm2 lg. Betapa sukarnya membesarkan anak.. mcm2 pengorbanan dilakukan si ibu.. masa, tenaga, perasaan, wang.. etc. Patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sy yakin siapa yg telah menjadi ibu.. pasti lebih faham perasaan ibunya kini.

Hmm.. sy ni mengeluh mcm tak penah ada anak plak. Padahal dulu sy berjaya mengharungi dugaan membesarkan anak sulong, Adam. Tp yer la kan.. cabarannya berbeza. Skang ni bukan stakat nak jaga Amir.. nak melayan kerenah Adam yg dah 2 tahun tu pun satu hal lg. Sungguh mencabar... Apa2 pun.. sy masih bersyukur dgn dikurniakan suami yg memahami.. anak2 yg sihat.. Walau sesusah mana pun menjaga dan membesarkan mereka.. mereka tetap mengembirakan dan menceriakan keluarga kami.





Tuesday, May 19, 2009

Adam Mifzal & Amir Mukhriz

Last week we held a birthday celebration for our first son, Adam Mifzal. His birthday is actually on 11th May, but we held it on Sunday 10th May. It was a last minute plan. Mula2 ingat tak nak celebrate since sy pun masih dlm pantang. Tp hubby kata kesian lak nanti tak de gambar 2nd birthday Adam. So.. last2 buat jugak la a small party for him. Jemput family, his babysitter and jiran2 sebelah rumah. Menu simple jer.. bihun goreng, keropok, nugget, agar2, cake, fruits and air. Tp penat gak la sbb masak sendiri (except for the cake).


(Left: Adam 3 days; Middle: Adam 1 yr; Right: Adam 2 yr)

Macam tak percaya dah 2 tahun anak mama & papa ni. The 1st year rasa lama gak. Tp bila dah masuk setahun rasa cepat jer dia membesar. He learnt a lot of things through observation and he learnt them very fast. Bila dia dah pandai bercakap (still pelat2 and only certain ppl yg paham..hehehe) best sgt. We treat him mcm kwn2 jer. But towards the end of my pregnancy Adam byk kerenah. I guess he knew that he was about to get a brother. Tensen gak melayan kerenah dia. Anyway masa birthday Adam hr tu suka betul dia dapat hadiah.. walaupun tak banyak berbanding masa his 1st birthday. But he loves all his presents, especially the one yg mama & papa beli la. We bought him 2 presents - playhouse (khemah) with balls and a small pool yg bleh isi air or balls. Habis bersepah rumah dgn toys Adam. Dah mcm nursery pun ade gak.

Our second son, Amir Mukhriz was born on 20th April 2009, 3 weeks before Adam turned 2 years old. Dia ni kecik skit berbanding abangnya masa lahir, only 2.8kg. Could be due to pregnancy problem that I had, uri rosak and flow dlm tali pusat tak kuat, causing him not getting enough nutrition from me. Apa2 pun alhamdulillah dia slamat dilahirkan masa minggu ke-39. Hopefully he grows well after this.

(Left: Amir 3 days; Right: Amir 3 weeks)

Amir ni kira ok la.. tak byk kerenah n bukan yg jenis menangis. Jarang dengar dia menangis. Sama mcm Adam dulu. Tp lately ni dia start kembung perut. Dia tak menangis tp dia selalu mengerang2 mcm meneran nak berak n kentut. Tgh tido pun kdg2 dia mengerang. Kesian sgt tgk bila dia mengerang2.. mcm sakit jer. Org kata baby kdg2 meneran nak membesarkan badan.. mcm mengeliat. Tp kdg2 mmg dia meneran nak kentut/berak. Bila dah berjaya kentut/berak baru dia nampak lega. Jenuh dah sapu minyak kat perut n kaki dia, tuam perut dia, but still dia kembung. Adam pun dulu mcm tu jugak. Nothing much that we can do to help him. Just hoping that as he grows this mengerang2 thing will be gone soon.

Wednesday, December 17, 2008

Trip ke Zoo Melaka

Pada 30 November yg lepas kami sekeluarga telah pergi ke Zoo Melaka. Sebenarnya mmg dah lama plan nak bawak Adam pegi zoo since that dia suka tgk binatang. Tangguh punya tangguh.. akhirnya tercapai juga hasrat nak bawak dia. Beberapa hari seblum pegi tu dah tanya2 member yg pernah pegi Zoo Melaka. Ade yg kata ok.. ade yg kata x berapa. Sy pn ade jenguk2 website zoo melaka n zoo negara. Memandangkan keluasan Zoo Negara tu agak besar.. we thought of start with a smaller zoo which is Zoo Melaka



Tiba di zoo around 11 a.m. .. kira dah lmbat sbnarnya. Planning nak sampai zoo awal pagi.. so that bleh abis by tengahari.. maklumlah masa tu musim hujan.. almost hari2 hujan.. especially in the evening. Tp biasa la bila dah ade budak2 ni.. plan kluar kol 8.. last2 dekat kol 9.30 gak baru gerak dr Salak Tinggi. Kitorg singgah breakfast jap kat R&R Seremban. Skali Adam ternampak lak machine yg budak2 suka naik yg masuk duit tu. Dia nak naik sgt n pastu x nak turun plak. dlm 20 min gak la tunggu dia puas main.. last2 ktorg angkut jer dia. huhuhu


Bayaran masuk zoo tu RM7 utk org dewasa. Adam still free. Kitorg x de la excited sgt nak tgk binatang2 tu.. tp lebih excited nk tgk Adam's reaction. Mula2 tu boring gak.. sbb kebanyakan binatang were resting masa tu. Tak banyak binatang yg bergerak2. N furthermore binatang2 tu quite far dr pagar... mcm nampak x nampak jer. Adam pun jd ala2 boring n mengantuk. Dah la tenghari time dia tido. Kitorg punya la usaha nak make him stay awake. Kejap2 dukung dia.. kejap2 bg dia duduk dlm stroller. Bila dok dlm stoller jer dia nak tertido.. kesian gak kat dia.. heheheh.. but Alhamdulillah Adam x meragam.Kitorg amik masa 2 jam lebih gak nak jalan satu zoo tu. Penat giler rasa.. kira berbaloi gak la bayar RM7 tu.


Tuesday, December 09, 2008

Algae World 08 & Baby on the Way

Bulan lepas saya telah mengikuti satu international conference (Algae World 2008) in Singapore. Pertama kali saya diberi peluang menyertai international conference di luar Malaysia. Kalo ikutkan sejarah company ni, junior exec (below 3 yrs) mmg de peluang nak pegi conference kat oversea. Tp alhamdulillah rezeki saya. tambahan lak conference tu bersifat teknikal dan merupakan topik research projek sy. Byk yg sy pelajari ketika di sana. Balik dr conference berserabut otak berfikir camne nak buat report. Ilmu n info yg sy dpt dr conference tu pun tidak tersusun dgn baik dlm otak ni. Ni dah masuk 3 minggu, tp report x siap lg... huhuhu... harap2 dapat siapkan hr ni. hehehhe.. tp 2 minggu lepas pun bende yg sama sy katakan.. hehehe..

Saat nak meninggalkan Adam n Papa kat KLIA rasa nak menangis.. tapi kalo Adam nampak mama dia nangis, sure dia nangis skali.. huhuhu


Masa pergi Singapore tu.. first time la tinggalkan Adam selama 2 mlm. Kesian dia. Hubby kata Adam dok panggil2 'mama'.. nak tido pggil.. bgn tido pggil.. yer la.. sejak lahir x pernah lg sy tinggalkan dia kecuali waktu kerja. kalo kene outstation jauh pun.. sy berusaha balik ke rumah hr yg sama. penat mmg la penat. tp x sampai hati la nak tinggalkan dia. Tmbahan lak Adam menyusu badan. Sejak sy tahu sy nak kene pergi Singapore.. sy dah mula train Adam minum susu botol. Sblum ni kat rumah babysitter dia ok jer minum susu dlm botol. Cuma bila dok dgn sy jer dia ngada2. Bermula raya aidilfitri yg lepas.. start reduce bg susu bdn. Alhamdulillah by the time sy pegi Singapore hr tu dia dah mula minum susu di botol sepenuhnya. Cuma kdg2 tu dia ngada2 nak juga susu bdn. Nak lepas gian la tu.. heheheh..



Beberapa pemandangan di Singapore yang sempat diambil... tak sempat nak jalan ke mana-mana pun.

Ade kemungkinan bulan januari ni kene ke jepun pulak utk projek bioethanol. Tp x confirm lg sbb dengar2 citer projek tu ditangguhkan. Sy sbenarnya teringin juga nak ke sana. Tujuannya nak belajar jer. Dgn org2 Jepun ni.. kdg2 diorg x reveal sumer information walaupun kita dah sign agreement. Sbb tu sy rasa penting utk pergi sana n lihat sendiri technology diorg. Tp pd masa yg sama sy berat hati juga kalo terpaksa pergi. Kalo kene pergi mungkin dekat seminggu juga. Camne la nak kene tinggalkan Adam lg. Tmbahan pulak masa tu kndungan dah masuk 6 bulan. Skang ni pun sy rasa dah x larat.. mcm dah ngandung 8 bulan. Camne la bila perut makin besar nanti. Lain betul la mngandung yg 2nd one ni. Asyik sakit2 jer. Risau jugak.

Hari sabtu lepas pergi monthly check-up. Doctor kata mungkin baby girl.. tp x confirm lg.. sbb position baby masa scan tu agak menyukarkan keadaan melihat jantina baby. Kalo betul la girl.. best nyer. Mmg berharap dpt baby girl. Org kata anak pompuan ni senang skit nak jaga masa kecik. Tp bila dah besar nanti.. susah nak jaga. Anyway bila dia besar nanti ade la anak pompuan nk tolong2 buat kerja rumah. Anak laki pulak susah jaga masa kecik.. dah besar nanti senang. Tp kalo rezeki dpt boy jugak.. sy terima. Janji sihat.. sempurna fizikal dan akalnya.. alhamdulillah.