Showing posts with label TV/Movie. Show all posts
Showing posts with label TV/Movie. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Gelora Di Hati Sarah 2 - Ku Di Sini

Ni la cerita favorite saya skang ni. Tiap2 Rabu malam tak sabar2 nak tengok citer ni. Malam tadi episodnya agak menyesakkan dada.Hmm.. iyer ker? ker saya terlalu 'into' the story? Sebagaimana fokusnya si Amir setiap kali menonton Upin & Ipin, begitu lah fokusnya saya menonton drama ini. Dan lagu Fauziah Latiff yang terbaru dan juga merupakan soundtract GDHS2 ni menjadi lagu favorite saya skang ni.


Ku Di Sini - Fauziah Latiff

Ku di sini meratapi kasih hilang pergi
Mungkinkah kembali
Ku tak pasti
Hingga kini meratapi kasih duka ku di hati
Ku mengerti pengorbanan ini
Ku tempuhi dengan rela hati
Walau perit akan ku lalui
Kerana kasih bukan kerana membenci
Andai beginikah penghinaan
Kan ku titip kesabaran dari segala dugaan
Oh Tuhan Kau dengarkanlah rayuan
Cintaku yang berpanjangan tak kesampaian
Yang ku dambakan tiada haluan
Yang berpanjangan tak kesampaian
Yang ku dambakan tiada haluan
Ku di sini melewati hari penuh duri
Masih di sini



Tontoni video klip lagu ini di sini

Tuesday, May 25, 2010

Gelora DI Hati Sara & Niskala

Gelora Di Hati Sara (GDHS) kembali untuk musim ke-2. Saya jarang menyukai drama2 yg disiarkan di TV1 dan TV2. Bukan nak kata drama2 Melayu di channel tu tak berkualiti. Cuma mungkin nasib saya kurang baik kerana setiap kali menonton.. jarang yang dapat menepati selera saya. Tapi berlainan dengan GDHS. Saya menonton GDHS musim pertama dulu ketika bercuti panjang (atas nasihat doktor) awal tahun lepas. Itu pun siaran ulangan jam 1.30 tghari di TV2. GDHS pada saya memang sangat memberi kesan kepada penonton sehinggakan saya sendiri bagai dapat merasakan pergolakan dalam jiwa Sarah.

Tapi saya bukan nak bercerita atau mengulas tentang GDHS. Sudah ramai bloggers mengulas drama ini. Saya sekadar ingin berkongsi lirik lagu tema GDHS nyanyian Niskala. Lagu ni tak popular di radio. Mungkin hanya mereka yang menonton GDHS saje familiar dgn lagu ni. Cuba la cari lagu ni di mana2 laman web, insya-Allah jumpa. Dengarkan..



Masih Di Sini - Niskala
Aku masih tak mengerti

Cebisan hati terukir mengalir

Entah tersentuh tak beralun

Cuba memayungmu erat di hatiku

Kali ini terang ku pandang

Rupa wajah yang menjadi idaman

Sedang ku tahu tak ku mampu

hanya kata-kataku perhiasanmu

Aku masih mimpikan mu

Kerna mainan kasih yang berputik

Mengertilah kata hatiku
Terbit lahir lubuk kasih yang berkasih

Sedangku bertepuk satu tangan
Namun genggamanmu erat padanya
Mahu saja ku melepaskan
Sisa bisa rasa cinta sebegini

Ku masih di sini.. sampai bila
Entah mengapa harus lara
Ku masih begini

Tak bergoyang walau sedetik
Atas kabutnya jiwa ku sandarkan kata doa
Disusuri satu cerita
Bayangan perasaan
Kucoretkan satu pengalaman
Kulepaskan


Monday, November 03, 2008

Sindarela

"Dalam hidup cinta boleh datang dan pergi
ketawa kerananya.. senyum kerananya..menangis semahunya.. sakit
bermula dengan persahabatan
segelintir pula cuma sedar bila ia hilang
semata-mata untuk rasa dihargai
ada yang percaya cintanya untuk selamanya
for some of us finally they realize that life is not a fairy tale
they need to start over
demi sebuah impian tak salah untuk kita korban
bilamana hati kita rapuh menghadapi realiti
menangis..menangis semahunya
tapi jangan biarkan hati kita terus rebah
sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
kita tetap tak boleh buat penilaian
in life we have to learn to let go and keep on moving
the more you wait the more time you waste
bermula dengan hati,angan dan mimpi
sebesar manapun kedudukan kita
segagah prinsip mampu goyah because of love
cause we are human being
mudah lemas bila cintanya lemah
kita harus kuatkan hati..percaya naluri
just admit it.lafazkan cinta..ku mahukan dia"

This is taken from telenovela "Sindarela" aired on TV3, at the end of the last episode. I really like it. I like the telenovela very much too, although my husband said the story was unlogic. But who cares.. there a lot of stories that are far beyond logic too.. and we still watch them.