Thursday, September 13, 2007
Hari pertama berpuasa
Hari pertama berpuasa sebagai seorang ibu, agak mencabar rasanya kerana anakanda tersayang Adam Mifzal masih menyusu badan. Ada sedikit kebimbangan susu berkurang pada siang hari kerana tidak dapat minum. Kalau selalu, sekurang2nya 1.5Liter air suam pasti habis pada siang hari. Walaupun Adam di rumah Kak Wati ade susu yang telah dibekalkan, tapi aku di office masih perlu memerah susu untuk buat stock. Hmm.. hati berbelah bagi juga samada nak puasa atau tidak. Tak pe lah.. tengok dulu macam mana. Di office pun masa terasa lambat pulak. Sampai sempat la bukak blog.Selalunya aku ni hangat2 tahi ayam jer. Mula2 jer semangat dgn blog ni. Lama2 tinggal gitu jer. Sama la cam Friendster, Fotopages, termasuk lah thesis MSc. aku. huhuhuhu... ape nak jadi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment