Tuesday, September 18, 2007

Sedangkan lidah lagi tergigit

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Mmg benar kata org tua. Ada org kata perselisihan antara suami isteri, malah antara sesiapa pun, ade bagusnya. Salah satunya kita akan lebih memahami org itu, lantas akan lebih berhati2 pada masa depan, dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan. Tapi kalau selalu sgt perselisihan bagus ke? Bagaimana pula kalau perselisihan dalam diam? Selalunya lelaki ni malas nak cakap, tak seperti perempuan yg lebih byk meluahkan perasaan dgn kata2 (membebel). Jadi mcm mana perempuan nak tahu seseorang lelaki tu suka atau tak suka tentang sesuatu perkara.. atau ketidakpuasan hati si lelaki? ini la yg dikatakan perselisihan dalam diam.

Untuk seseorang betul2 mngenali seseorang memerlukan masa. bukan mudah memahami ape yg si lelaki/ suami suka dan tidak suka. sama juga dgn perempuan / isteri. ape makna bila dia diam. ape makna bila dia kata sepatah. apa makna bila dia sekadar senyum. adakalanya diam kerana tidak mahu mengguris perasaan. adakala diam tindakan yg lebih baik utk tidak memanjangkan cerita. adakala diam kerana terlalu marah. tapi bagaimana nak mengetahui yg mana satu maksud diamnya? atau senyumnya?

Jadi,siapa yg sebenarnya lebih complicated? laki atau wanita? pada saya ini bukanlah soal laki atau wanita. sudah semestinya Allah jadikan laki dan wanita itu berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain. perselisihan bukan saja berlaku antara suami-isteri, laki-perempuan, malah sesama jantina pun ada perselisihan. yg penting bagaimana seseorang itu menanganinya, dan belajar dari perselisihan tersebut.

Apa yg saya pelajari ialah kita harus pandai mencari ruang (masa, tempat dan keadaan) bila hendak berkata sesuatu. Juga perlu tahu menyusun kata agar tidak disalahfaham. Barangkali sbb tu ada peribahasa "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa"


0 comments: