Tuesday, October 09, 2007

Ceramah Keselamatan oleh OCPD Hulu Langat

Hari tu bukak blog sebenarnya nak cerita bende lain, tp cerita bende lain pulak. Sebenarnya nak cerita kisah Ceramah Keselamatan (CK) yg diadakan pd hr Khamis lepas. CK bertemakan 'Rakan Kop' ni bersempena Kempen Keselamatan yg bermula sejak 6 Sept hingga 8 Dec di GHRSB. Beberapa siri ceramah telah diadakan dan CK merupakan salah satu drpdnya. Committe telah menjemput OCPD Hulu Langat utk memberikn ceramah. Tp agak mengecewakn kerana beberapa perkara, terutamanya sikap OCPD yg dijemput.


1. OCPD tu tiba lewat 1/2jam. Setibanya dia di sini, dia marah2 pula pegawai yg menyambutnya. Katanya peta tak jelas. Padahal itu la peta yg kami berikn pd para pelawat yg nak dtg ke Golden Hope Carey Island.

2. Ingatkn dah marah2 kat pegawai tu, abis citer. Rupanya tidak. Mula jer ceramah dia dok membebel2 lg pasal ketidakpuasan hatinya. Katanya dia tidak dimaklumkan ttg siapa yg hadir, topik apa, infomasi yg diterima tak cukup dan mcm2 lg lah. Dah la tu gayanya marah2 jer. Dah la tak berterima kasih sbb kami jemput, tp marah2 pulak.

3. Katanya dia sepatutnya ade meeting tp dtg juga kerana dia ingat yg hadir manager2 estet dan high level exec. Tp rupanya pekerja bawahan saje. Ade ke patut dia ckp, kalo dia tahu dia suh jer koperal dia dtg bg ceramah. Begitu rendah pandangan dia terhadap kami. Sungguh pun dia busy n telah mengorbankn masanya utk dtg, tp pd sy tak perlu la nak heboh2 begitu skali, as if kami ni menyusahkan dia. Kalau dah susah nk dtg, hantar jer la org lain. tak perlu la nak komplen2 masa ceramah tu. betul tak?


4. Kerana dia tidak dimaklumkan ttg topik yg perlu diceritakn (menurut OCPD tu - which I doubt) akhirnya sesi ceramah jadi sesi soal jawab. Hadirin tanya, dia jwb. Soalan pertama drpd Mr Jaya, salah seorang Research Controller yg paling senior kat sini. Mr Jaya tanya "kenapa kadar jenayah di negara kita semakin meningkat?". Nak tau apa OCPD tu jawab? Dia marah balik Mr Jaya. Di kata "Siapa ckp? Mana awak dpt maklumat ni? Awk bercakap berdasar ape?" bertubi2 dia tembak Mr Jaya balik. Mr Jaya bg la pendapat dia n beberapa contoh kes (spt kes Nurin). Lepas tu OCPD tu ckp "Org2 mcm ni la yg menulis blog menghentam govt, yg tulis negative je. yg menulis x berdasarkn fakta. bla..bla"... Ade ke patut dia ckp camtu depan public masa tgh ceramah? Mr Jaya diam jer. OCPD beriya2 mendefend kata kadar jenayah di M'sia tak meningkat sebaliknya menurun. Dia bgtau ade officer yg bertggjwb buat kajian ttg kadar jenayah ni.

Well.. to me Mr Jaya cuma bertanya berdasarkan padangan dia sbg org awam. Kita sbg org awam mana la keep rekod pasal kadar jenayah ni. Tp lately ni bila byk dgr kes jenayah kat berita, tentulah kita mendapat tanggapan bahawa kadar jenayah sudah meningkat. 20 tahun dulu nak dgr kes bunuh di berita tv.. punya lah susah. tp sekarang hampir hari2 ade. Apa yg mengecewakan ialah cara OCPD tu handle the question. Dia suh org tanya, tp lepas tu dia tembak balik org yg bertanya. Ade ker patut?? So not professional.


5. Another thing yg sy notice, OCPD ni tak sensitif. Yg hadir ceramah tu bukan org melayu jer. Ada Cina n India juga. Tapi dia bagi contoh2 yg melibatkan perkauman dan boleh mengecilkan hati sesetengah org. Isu politik pn ade masuk skali. Well.. to me SO NOT PROFESSIONAL. Semasa ceramah berlangsung sy dan kawan2 dok mengumpat pasal sikap OCPD ni. bukan saya sorg yg beranggapan negatif, kawan2 sy juga sama. OCPD ni begitu angkuh, sombong dan yg sewaktu dgn nya. At least that the impression I got during his visit to or place.

Bila menulis cerita ni, teringat sy pd Patrick Teoh yg pernah menulis blog ttg pengalamannya membuat aduan di balai polis. So frustrating. Anyhow, I believe there are good cops out there, who potrait good image. Okaylah.. cukup kisah Ceramah Keselamatan dan OCPD Hulu Langat. Ape2 pun sy yakin setiap yg hadir ceramah itu belajar sesuatu dr aktiviti tersebut. Lepas ni saya akan ceritakn kisah Adam Mifzal sakit lagi , dan penemuan beberapa blog yg menarik.

1 comments:

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih