Hari Sabtu lepas mek di Kelantan telefon memberitahu ayah sakit kuat. Saya tidak la terkejut sgt kerana mmg sudah maklum akan keadaan ayah yg tak berapa sihat 2-3 bulan ni. Tapi suami saya begitu risau mendengar berita dr mek. Katanya mek takkan telefon kalau ayah biasa2 aje. Dalam masa 2-3 minit selepas mek telefon, Kak Ros pula telefon hp suami mengajak balik sekali ke kampung. Dia minta suami saya drive kerana Abg Hashim sakit lutut dan tak boleh memandu jauh. Pada mulanya saya tak mau balik mengenangkan perjalanan yg jauh. Tapi bila mengenangkan ape pulak kata mereka nanti, saya dan Adam balik skali.
Tengahari tu, dlm jam 12 Kak Ros sampai. Mujur cuma 3 org anaknya ikut, Atiq, Amid, Alif. Itupun berhimpit juga dalam Naza Citra tu. Mulanya risau juga kalau2 Adam merengek dalam kereta. Dah la perjalanan jauh, naik pula dgn org2 yg dia tak pernah jumpa. Tapi Alhamdulillah Adam ok. Malahan dia suka sebab ade abg2 yg mengagahnya. Dia cuma tidur 2 kali sepanjang perjalanan 8 jam tu. Suami saya memandu laju sungguh, 100-120 km/j. Kami di belakang kdg2 mcm naik roller coaster. Terbayang la camne nanti bila kami balik beraya dgn Kenari ku itu. Sepanjang prjalanan kepala sy sakit yg amat sgt. Tak pasti pula kenapa, tp saya suspect low blood preasure sbb minggu lepas sy terpaksa MC kerana low bp.
Tiba di kampung hampir jam 8. Keadaan ayah stabil. Adam pula happy jer, tak menangis langsung walaupun dikelilingi org2 yg tak pernak dia jumpa. Malam itu saya dan Adam tidur awal kerana kepenatan. Kami di kampung selama 3 hari 2 mlm saje. Hari Isnin kami bertolak balik.
Perjalanan jauh dalam masa 3 hari amat memenatkan. Adam dan saya demam dibuatnya. Kesian Adam. Ini kali pertama dia demam sejak lahir. Terus nampak susut mukanya. Kalau setakat demam ok lagi. Ini ditambahkan pula dgn selsema dan batuk. Mujur suami tak kena. Saya dapat MC sehari. Semalam balik cepat sbb x larat sgt. Perjalanan ini membuatkan saya berfikir, macammana lah agaknya nanti bila kami balik beraya nanti. Apa2 pun saya bersyukur kerana kami selamat pergi san selamat kembali. Sempat berjumpa ayah, kalau apa2 jadi selepas ini tak la terkilan sgt. Ayah pun ok, walaupun tak la sihat mana.
Nampaknya hujung minggu ni terpaksa la kami ke KL. Persiapan raya satu pun blum buat. Cadangnya nak shopping baju raya hari Sabtu hr tu. Tapi emergency kene balik kampung pulak. So, hujung minggu ni kene juga shopping. Nanti tak beraya pulak kami sekeluarga.
2 comments:
Terima kasih kerana sudi singgah di blg saya. Harap ayahnda puan segera pulih.
Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Hari Raya.
Terima kasih kerana sudi membuat kunjung balas :)
Post a Comment