Pagi ini saya telah mendapat ilmu/pengetahuan baru dari sesi tazkirah waktu sarapan pagi. Di pejabat saya ada seorang rakan yang gemar bercerita dan berkongsi ilmu2 agama termasuk lah cerita2 sejarah. Banyak ilmu yang berguna saya pelajari dari cerita2 yang disampaikan. Waktu sarapan pagi adalah waktu di mana kami berkumpul dan makan bersama sambil berbual2, samada berbual kosong mahupun sesuatu yang berilmiah. Sebenarnya selalu juga rakan saya ini berkongsi ilmu. Tapi sebelum2 ini saya tak pernah tulis ape yg saya pelajari. Jadi bagi mengelakkan saya lupa, saya rasa saya patut tulis di blog ni. Dpt juga berkongsi ilmu dgn pembaca.
Cerita yang disampaikan pagi td mengenai kisah Nabi Musa a.s. Menurut rakan saya ini pada zaman Nabi Musa a.s, iman bersifat ‘ainul iman’ atau iman yang timbul dari apa yang dilihat. Pada zaman itu Allah telah menunjukkan Ke-Esa-anNya secara zahir selama 40 thn kepada umat Nabi Musa a.s. Antaranya Laut Merah terbelah, makanan turun dari langit, air keluar dari batu tergantung dan pakaian yang membesar bersama pemakainya. Namun begitu iman yang bersifat begini tidak kuat. Ketika Nabi Musa a.s. pergi mengadap Allah selama 40 hari, umatnya telah menyembah berhala (patung sapi emas).
Berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w, di mana iman bersifat yakin dengan sepenuh hati walaupun sesuatu yang tidak dapat dilihat, mahupun sesuatu yang di akal manusia itu tidak logic. Contohnya pada malam Israk Mikraj, Rasulullah telah menaiki buraj (sejenis binatang) dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa dan kemudiannya naik ke langit. Semuanya berlaku dalam satu malam. Jika difikirkan oleh akal fikiran manusia yang sgt terbatas ini, tentu sahaja ianya tidak logic. Tapi sebagai orang Islam kita wajib percaya dan yakin, itu lah Iman.
Dari cerita yg disampaikan juga, baru saya tahu bahawa umat Nabi Musa a.s itu terbahagi kepada 12 puak. Ketika Laut Merah terbelah, Allah telah membuat 12 belahan laut untuk 12 puak, yang mana setiap puak melalui satu belahan (bukan seperti yang digambarkan, laut terbelah dua). Pada ketika Firaun sampai di tepi laut merah yang sedang terbelah itu, Firaun sedar bahawa laut akan bertaut kembali dan dia akan lemas sekiranya dia turut mengejar Nabi Musa a.s yang sedang melintas laut yg terbelah itu. Allah telah mengarahkan Jibrail menunggang seekor kuda betina yang kemudianya berlari di depan Firaun. Ia telah menyebabkan kuda jantan yang ditunggang oleh Jibrail mengejar kuda betina tersebut, lalu masuk ke dalam laut yang terbelah. Pengikut2 Firaun juga turut masuk ke dalam laut yg terbelah itu apabila melihat raja mereka masuk. Seperti yang diketahui umum akhirnya Firaun dan pengikut2nya mati apabila laut yang terbelah pada mulanya, kembali bercantum.
Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh rakan saya ini. Tapi tidak dapat saya karang semula kerana ada yang saya lupa. Barangkali lain kali saya patut membawa buku nota kecil dan mencatatnya ketika dia bercerita. Apa2 pun saya sgt bersyukur dgn adanya orang seperti rakan saya ini. Moga2 bertambah pahala dan ilmunya berkat ilmu yang disampaikan kepada saya dan rakan2 yg lain.
0 comments:
Post a Comment