"Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
Gerimis berderai di merata
Bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
Adakala bahgia terasa
Meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
Sayup mendayu lagu keroncong
Merdu irama dialun bersenandung
Hujan membasahi bumi
Melahirkan keluhuran budi
Mengeratkan perpaduan suci
Kasih sayang abadi"
Kenapa saya post lirik lagu ni.. saya pun kurang pasti. Tapi hari ini lagu Keroncong Hujan nyanyian Adibah Noor dalam filem Mukhsin asyik bermain-main dalam fikiran saya. Padahal saya tidak mendengar radio pun ketika ini (kecuali semasa memandung dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi). Bukan bertujuan nak mempromosi filem Mukhsin walaupun saya sendiri memang menyukai filem tersebut. Tapi filem itu telah lama ditayangkan. Yasmin Ahmad pun dah nak keluar dengan Mualaf (dengar cerita kontroversi juga filem ni). Kesimpulannya, saya tiada tujuan specific menge'post' lirik lagu ini. Mungkin sekadar berkongsi lagu2 keroncong yang saya minati. Memang best la lagu2 keroncong ni. Ada lagi satu lagu keroncong yang saya suka. Tapi belum dapat cari liriknya.
2 comments:
irma..aku dpt link kau ni..thru wani punye wordpress...rajin2 singgah la blog aku..heheheh
You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view
Post a Comment