Aduh.. geramnya!!! Sejak 2-3 minggu lepas company sy telah mem'block' kebanyakan website yang sering sy kunjungi (bukan sy saja.. ramai lg yg lain masuk website2 tu). Antara yg telah di'block' termasuk lah yahoomail, hotmail, gmail, facebook, friendster, youtube, etc. Walaubagaimanapun sesetengah website lain (spt blogspot, fotopages, photobucket) masih boleh dikunjungi. Download lagu pun dah tak boleh skang ni.
Saya tak kisah kalo IT Dept nak block website2 yang lain. Sy akui sesetengah org leka sgt melayari website sampai tak buat keje. Yang buat saya sgt2 geram ialah kenapa perlu diorang block public email tu, especially yahoomail, gmail dan hotmail. Kebanyakan kami lebih prefer menggunakan email luar berbanding email company (xxx@simedarby.com) terutamanya untuk attachment, walaupun untuk urusan kerja. Ini kerana email company SANGAT SLOW.. SELALU HANG.. dan kadang2 email yang dihantar TAK SAMPAI. Lawak kan.. dah jadi macam snail mail pulak.. surat hilang tgh jalan. Ada yang beri alasan server jadi SLOW kerana ramai yang melayari website2 tu. Mungkin ada kebenarannya. Tapi perlu ker sampai block email??
Saya tak kisah sgt kalo IT Dept nak block email luar. Tp biar la email system SIME DARBY ni cukup efficient. Ni nak bukak email pun slow.. apatah lagi nak reply/forward/attach. IT Dept tak dpt nak terima ker hakikat sistem diorang belum cukup bagus? Ini la yang dikatakan 'marahkan nyamuk, bakar kelambu'. Skang ni kalo nak access juga yahoomail, perlu dapatkan kebenaran dari IT Manager. Org tu org besar dalam Sime Darby.. agak2nya dia nak layan ker approval utk masuk yahoomail ni? Eeeeiiii.. geram betul saya!! Setiap kali nak bukak email company mesti rasa stress. Apatah lagi bila nak email. Dari tadi sy dok cuba nak email asyik hang jer. Geraammmmmm!!!! (Ya Allah.. kurniakan lah kesabaran buat hambaMu ini) :
3 comments:
la..aku pun turut tak paham kenapa yahoo pun di blok...heheheh..kalau friendster ke, facebook ke..revlon gak la kena blok....heeeiii....hangin
ha.. tu la kan. mmg hangin satu badan aku ni. sbb tu aku slamber jer sebut nama company (SIME DARBY) kat situ. bior ler ade org baca.
ahah la tak paham, ada company (besar2 plak tu) boleh block internet or website...tu anid lagi kesian, block internet lagi...confuse kan? zaman2 IT, nak sekat2 technology. tpt aku belum lagi...tp kalau dia buat, aku nak buat mogok;)
Post a Comment