Thursday, June 04, 2009

Cabaran yang Mencabar

Hari ni masuk hr ke-4 sy menjaga Adam dan Amir. Sebelum ni hubby hantar Adam ke rumah babysitternya sblum dia pegi keje, kerana sy bimbang tak mampu nak menjaga kedua2nya bersendirian. Lg pun dah upah babysitter kan.. hantar jer la. Tp sejak hr isnin lalu babysitter ade emergency.. kakaknya kene strok.. masuk ICU. So.. 1st time la sy kene jaga dua2 putera bersendirian di rumah. PERKKHHH... SANGAT MENCABAR!!!. Yer la.. si abang walaupun dah besar (x de la besar mana pun) byk la kerenahnya. Nak itu.. nak ini.. Ade time dia baik senang la nak menjaganya. Tp bila time dia moody.. manja n mengada2 mengalahkan si adik. Tu belum masuk bab suka menjawab n sengaja sakitkan hati mama dia ni. Kdg2 sajer jer dia ckp kuat2 time adiknya tgh tido. Kdg2 lompat2 atas katil la. Sengaja nak tarik perhatian la tu. Mujur la dia masih mau mendengar kata. Cuma kene pandai caranya.

Si adik lak walaupun hanya tau minum susu dan tido jer.. demandnya tak kurang tingginya. Tak perlu la nak cerita byk di sini sbb dah byk sy bebelkan psl kepayahan menjaga si adik dlm enrty lepas. So.. just imagine nak jaga baby sorg pun susah.. inikan pulak ditambah dgn si abang. Aduh.. mmg stress sgt kdg2. Smpai nangis2 sy dibuatnya. Kdg2 ade juga marahkan si abang .. tp lepas tu sy kesian lak.. menyesal rasa.. pastu sy yg nangis. Kdg2 bila si adik susah sgt nah ditidurkan pun sy nangis.

Smalam (Rabu) hubby pergi kursus di Bukit Tinggi 3 hr 2 mlm. Esok mlm baru balik. Sy minta tolong abah datang temankan kami 3 beranak di rumah. Lg pun skang ni tgh cuti sekolah. Adik2 sy Nadjmi n Nadjihah bleh la temankan Adam. Adam mmg suka betul kalo tok, uncle n aunty dia tu dtg.. sampai tak nak gi rmh babysitter. Dgn adanya abah n adik2 ringan skit la beban sy. Bleh la nak sembahyg, mandi n makan dgn tenang skit. Tp tu la.. bila diorg ni ade kat rmh.. Adam asyik nak main jer. Main tak ingat dunia punya lah. Lari sana sini.. terjerit2.. gelak2.. kuat lak tu. Maka makin sukar la tugas sy menidurkan Amir. Bertambah payah lg bila Adam nangis bila ada yang tak kene sedang dia bermain dgn uncle n aunty nyer tu. Yer la.. uncle nadjmi n aunty nadjihah dah darjah 4 n darjah 2.. main lak dgn budak umur 2 tahun. Tentu la ada skit perbezaan kehendak.. kefahaman.. dan frequency. Sudahnya Adam jugak yg menangis.

Skang ni dua2 Adam n Amir tgh tidor. Sblum ni tak penah dpt dua2 tido serentak waktu siang. Baru la sy berpeluang surf internet, cek emel dan meluahkan perasaan kejap. tp sekejap jer... sbb sy dah mula dengar si adik merengek2 kegelisahan. Sakit perut agaknya. Sbb td masa sy menyusukan dia.. dengar perut dia bunyi2 angin. Kembung perut skit. Tp selalunya ok lepas dia berjaya kentut or berak. Hopefully....

4 comments:

k a s e h K A M I said...

Ucapan tahniah wat Ima sbab dah dah sampai tahap ini dalam hal2 keibuan ni. sesungguhnya masalah ni la experiment kite kan..izan yakin ima akan jadi the best mama nanti:)

Irma said...

Izan, sbb tu la ima rasa kagum sgt sape yg dah melepasi tahap anak 2 ni. mungkin bila masuk anak ke-3 dah biasa kot. Kdg2 ima risau sgt x dpt jd ibu yg baik.

Kamria said...

sabar banyak2 ya kak Irma lumrah seorang ibu kan! Bila kita dah lalui tugas sebagai seorang ibu... terbayang la kita apa yang pernah mak kita wat untuk kita. Masa ni la teringat balik apa yang kita dah wat kat mak kita suatu masa dulu nakalnya, x nak dengar cakapnya... sekarang kita la plak yang kena lalui semua tuhh...

Irma said...

Kam, mmg kene byk sabar kan.. kalo x sabar tu yg jd kes dera tu. skang ni diorg dua2 dah kat rmh bbsiter.. rasa rindu la plak.