Wednesday, June 23, 2010

Ulasan - Melayu Ke Mana?

I've been following our Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir's blog (http://chedet.co.cc/chedetblog/) for quite sometime. Initially I just want to improve my English, not only from his posts but from the comments made by his followers. But since early this year I began to really follow his blog because I find that his view in many things are quite different than others, which I respect. Although I don't agree with all his writing/opinion, often he gave a different perspective.

Recently he wrote about bangsa Melayu in two posts (http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana.html) and(http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana-2.html). As usual many people made comments, some are very fruitful while some are opposite. And here is my comment to his post:

By Irma Hakimi on June 17, 2010 1:15 PM

Assalamualaikum.. Yang dihormati Tun dan pengikut Che Det,
Pada saya memang benar Melayu harus bersatu tanpa perlu mengira fahaman politik. Tetapi apa yang lebih penting umat Islam sendiri yang sangat harus bersatu, tanpa mengira bangsa, keturunan, mahupun fahaman politik. Rakyat Malaysia juga perlu bersatu tanpa mengira kesemua yang dinyatakan di atas.


Sehingga hari ini saya tidak faham mengapa perlu adanya parti2 politik yang berbeza2 - UMNO, PKR, PAS, MIC, MCA, DAP, etc. Pada saya kesemua parti politik mempunyai visi yang sama pada dasarnya iaitu mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, kaum masing2, agama masing2, kemajuan dan pembangunan negara (sosio dan ekonomi), dan segala yang baik2 belaka. Tetapi hanya kerana berbeza pendapat kita berpecah-belah, bukan sahaja Melayu malah kaum2 lain juga berpecah-belah. Mengapa kesemua parti tidak politik menumpukan dan melihat kesamaan yang wujud antara mereka - iaitu mahukan yang terbaik untuk rakyat. Tetapi parti2 politik lebih menumpukan kepada perbezaan antara satu sama lain, membeza-bezakan antara satu sama lain malah memburuk-burukkan satu sama lain. Saya sangat2 tidak faham.

Saya dari generasi yang lahir dlm tahun akhir 70an, tidak merasai kepayahan mencapai kemerdekaan seperti generasi terdahulu, dan membesar dalam keadaan negara yang aman dan membangun. Tetapi semakin saya meningkat usia semakin saya tidak faham dengan politik dalam negara dan keadaan rakyat yang semakin berpecah belah. Saya langsung tidak minat politik, tidak mengikuti, dan tidak menyebelahi mana2 parti politik. Saya rasa ramai lagi orang dari generasi saya dan generasi selepas saya yang sama seperti sama.

Berbalik kepada isu tadi, berbeza pendapat tidak bermaksud kita tidak boleh duduk di bawah bumbung yg sama, tidak boleh berada dalam kapal yang sama, tidak boleh bekerja secara professional bersama2. Sedangkan dalam satu pejabat ada masanya kita tidak bersetuju dengan sesuatu/seseorang, tapi kita tidak terus berhenti kerja. Kita masih juga bekerja menjalankan tanggungjawab masing2 untuk mencapai matlamat masing2. Dalam sesebuah perkahwinan juga ada masanya suami isteri berbeza pendapat, tapi tidak pula terus bercerai bila ianya terjadi. Seperti lelaki dan perempuan yang dijadikan Allah berbeza tetapi saling melengkapi. Begitu juga pelbagai kaum di dunia. Pasti ada hikmah mengapa Allah jadikan pelbagai kaum itu berbeza.

Pada saya kuncinya ialah TOLERANSI (bertolak ansur). Perpaduan juga memerlukan toleransi dalam hal tertentu. Hal apa? Kembalilah kepada agama, rujuk kepada ajaran/kepercayaan masing2. Saya percaya tidak ada satu agama pun dalam dunia yang membenarkan perkara2 tidak baik dilakukan (mencuri, membunuh, berzina, etc).

Saya sedar memang mudah bercakap tapi melaksanakannya tidak semudah berkata2. Sedangkan dulu rakyat boleh bersatu menentang penjajah, mengapa sekarang rakyat tidak boleh bersatu untuk kemajuan dan kebaikan semua? Mengapa rakyat perlu memilih parti politik untuk mendapatkan kemajuan? Kalau kita fikir susah untuk bersatu, maka susahlah ia. Pokok pangkalnya perlu ada kemahuan. Jika mahu, Insya-Allah boleh.

Apa yang ingin saya tekankan di sini:1) Kita SEMUA harus bersatu tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan, agama, fahaman politik demi kebaikan semua. 2) Jangan hanya melihat perbezaan, tapi lihatlah persamaan yang kita ada antara kita.3) Toleransi dan kerjasama perlu untuk mencapai sesuatu.

Maaf sekiranya buah fikiran ini agak menyimpang dari tajuk yang Tun bincangkan di atas. Wallahu 'alam

0 comments: